BAB 27
Kini sudah dua minggu Sarah menetap di Sheffield . Bertuah sungguh dirinya apabila kawan lamanya , Susan menawarkan untuk menetap di rumahnya . Sarah berjalan – jalan di sekitar taman tempat dia dan Hairy bertemu suatu ketika dahulu .
Dia mula duduk di atas bangku yang menghadap air pancut di tengah – tengah tasik itu . Tempat yang sama di mana dia dan Hairy bertemu dahulu . Sarah mengeluh perlahan . Sejak dari dia datang ke Sheffield , masih belum ada sebarang khabar berita dari Ammar .
Dalam hatinya , merintih kata – kata rindu yang teramat sangat pada tunangnya itu . Namun , ego membatasi segalanya . Sarah mengeluh perlahan . Mukanya diraup .
"Kenapa mengeluh ?"tegur seseorang dari belakangnya , mengejutkan dirinya yang sedang termenung. Sarah mengucap panjang sambil mengurut dadanya . Dia mula berdiri dan menoleh ke belakang .
Sarah tersentak melihat seorang lelaki berdiri tegak di hadapannya sambil di bibirnya mengukir senyuman yang cukup indah , bagaikan senyuman itu hanyalah untuk dirinya .
"Dah lama saya tunggu khabar dari awak , saya rindukan awak . Sebab tu saya datang sini ."ujar lelaki itu perlahan .
Sarah mengeluh . 'Ammar , kau tak tau betapa terseksanya aku waktu aku tinggalkan kau dulu .' Sarah merungut di dalam hatinya .
"Don't you have anything to say Sarah ?"Ammar bersuara apabila mendapati dirinya hanya diam sedari tadi .
"Hah ? I think , no ?"balas Sarah . Ammar tersengih perlahan . Dia menarik tangan Sarah , duduk di atas bangku itu . Mereka mula melabuhkan punggung di atas bangku itu .
"Are you sure ? Don't you miss me ?"tanya Ammar lagi .
"Tipunya kalau saya cakap saya tak rindukan awak ."balas Sarah tanpa memandang Ammar . Pandangannya dihalakan pada air pancut di tengah – tengah tasik .
"Saya tau kenapa awak larikan diri dari saya . Saya minta maaf , apa yang awak nampak dekat rumah ibu tu kebetulan je . Dahlah , saya tak nak ungkit benda yang dah jadi . Sebab satu benda , saya sayangkan awak . Saya tak mungkin cari orang lain sedangkan awak dah cukup sempurna buat saya ."
Sarah terdiam , air mata mula mengalir ke pipinya . "Bukan awak yang sepatutnya minat maaf . Tapi saya , saya yang buat kesimpulan tanpa tanya dekat awak . Kalau saya bagi awak peluang untuk jelaskan , mesti benda ni tak jadi rumit macam sekarang . Semuanya bermula dari saya ."balas Sarah , panjang .
"It's my fault as well . Dahlah , sekarang ni yang penting kita dua – dua salah dalam hal ni , kita pun dah minta maaf dan memaafkan . Ibu dah tanya saya bila kita nak kahwin , dia pula yang tak sabar." Ammar menukar topik .
Muka Sarah memanas , "Apa awak ni , lambat lagilah . Saya pun tengah study kan ?"
"Saya dah cakap dah dekat ibu , jangan risaulah kita kan dah janji habis je awak belajar kita kahwin." balas Ammar .
"InsyaAllah ."
"Dah makan ?"tanya Ammar . Sarah menggeleng .
"Jom , saya belanja ."balas Ammar. Dia mula menarik tangan Sarah . Seketika kemudian Sarah berhenti .
"Jap jap jap , awak ni macam tahu je jalan kat sini ?"tanya Sarah pelik .
"Errr.. Actually kan , saya dah tiga hari dah dekat sini ."Ammar berterus terang .
Sarah membesarkan matanya . "What ? Baru sekarang cakap ? Maksudnya selama tiga hari ni awak spy saya dekat sini ? Eeeii , teruknya !!"Sarah membebel . Ammar tergelak sambil menggosok perlahan bahunya yang dipukul Sarah .
**********
"Aku terima nikahnya Sarah Azrin Syahana binti Adzan dengan mas kahwin RM80 tunai ."lancar Ammar melafazkan , dan secara rasminya dia sudahpun bergelar seorang isteri pada Ammar Rezza bin Zaihan .
Mama dan ibu yang berada di kiri dan kanannya dipeluk erat . Seketika kemudian , dia memeluk Ain yang berada di belakangnya . Air mata yang mahu mengalir diseka perlahan .
"Heyp , kenapa nangis ? Cairlah eyeliner tu !"tegur Ain yang sudah menggantikan tempat mamanya di kanannya .
Sarah tersenyum nipis melihat gelagat rakannya yang mula mengelap perlahan bawah matanya . Seketika kemudian , Ammar mula menghampirinya untuk upacara pembatalan air sembahyang .
Ain di sebelah sudah tersengih – sengih sedari tadi . Sarah pantas menepuk paha Ain membuatkan gadis itu terjerit perlahan . "Ish , dia ni . Tengah jadi pengantin pun kasar lagi ."sempat Ain membebel sambil menggosok – gosok pahanya .
Ammar sudahpun berada di hadapannya , Sarah tersenyum nipis walaupun sebenarnya dia gementar . Tanpa menunggu lama , dia menghulurkan tangannya . Ammar menyarungkan cincin pada jari manisnya , diikuti dengan dirinya . Sarah mula mengambil cincin yang dihulurkan Ain , lalu disarungkan pula pada jari Ammar .
Sarah menunduk lalu mencium tangan Ammar , dan seperti biasa jurukamera yang berada di sekelilingnya meminta supaya melakukannya sedikit lama .
'Woi , aku dah sakit tengkuk dah dari tadi asyik tunduk !'jerit Sarah di dalam hatinya . Dia terus bangun dan beberapa saat kemudian .
Bibir Ammar sudahpun menyentuh dahinya , Sarah tersentak namun dia pantas mengawal riak mukanya agar senyum . Pipinya memerah tanpa bantuan pemerah pipi . Dan sekali lagi , semua jurukamera meminta perkara yang sama .
Sarah membentak di dalam hati , 'Ingat ni freeshow ke ? Argghh ! Pipi aku dah 100 darjah celcius dah ni!'
Dan apabila bibir Ammar mula beralih dari dahinya , Sarah mengeluh lega . Mereka masing – masing mula berdiri untuk ke meja makan bagi acara makan beradab .
Ammar membantu dirinya untuk berdiri , memandangkan baju yang direka oleh kakak iparnya ini agak labuh ditambah lagi dengan kesakitan pada pinggangnya akibat terlalu lama duduk. Setelah selamat berdiri , mereka mula berjalan keluar dari rumah . Sarah menyarung kasut tumit tinggi berwarna putih sambil Ammar menyarung kasut lelaki berwarna hitam .
Mereka mula berjalan beriringan ke meja makan . Sarah memegang erat lengan Ammar , memandangkan kasut tumit tingginya itu membuatkan badannya tidak seimbang .
"Rilekslah ."bisik Ammar pada dirinya .
"Awak suruh saya rileks ? Oh , no . Tambah lagi saya dah rasa macam nak jatuh pakai kasut ni . Tak selesa langsung tau tak ?"tutur Sarah juga perlahan .
"Siapa suruh awak pilih kasut tu ?"balas Ammar selamba .
"Nak gaduh ke ?"tanya Sarah kembali .
Ammar tersenyum nipis , "Sorry,sorry . Dahlah tu , cuba senyum sikit . Tak comel dah muka isteri abang ni."tutur Ammar selamba .
Sarah sudah menelan air liur , bulu romanya meremang , jantungnya bagaikan sudah melompat keluar . " Am ! Tolonglah jangan guna perkataan abang tu sekarang . Saya tak berapa nak ready lagi ."
Riak muka Ammar bertukar sewaktu mendengar ayat Sarah , Sarah yang mula perasan itu . Menggosok perlahan tangan Ammar .
"Awak sorrylah , I didn't meant that . You know how much I love you right ? Hanya kau yang terakhir di dalam hidup Sarah Azrin Syahana ."tutur Sarah dengan suara yang lembut dan hanya Ammar yang mendengarinya .
Ammar mula merenung ke dalam anak matanya . "Terima kasih sayang . Am janji , Am takkan sia – siakan kehadiran Sarah dalam hidup Am ."balas Ammar . Tangan Sarah digenggam erat .
THE END
Terima kasih sebab sudi baca karya sulung yang tak seberapa ni, kalau nak lebih thrill dari ni, you may give a visit to MAAF, AKU SUKA KAU KOTT, TERAKHIR & BUKAN YANG TERINDAH.
Hit the comment and vote button!
YOU ARE READING
Hanya Kau Yang Terakhir
Jugendliteratur"Kenapa mesti kau wujud dalam hidup aku? Kenapa?" Hari ini mungkin permulaan. Aku kena kuat, aku mesti kuat nak hadapi semua ni. Walaupun pemergian abang merentap separuh dari nyawa aku. -Sarah-