Bab 26

2.3K 64 0
                                    

BAB 26

Alhamdulillah , dah dua bulan aku dan Ammar mula rapat . Diri Ammar bagaikan gabungan di antara Farhan , arwah abang dan arwah Hairy bagi aku . Tak sangka kan ? And , hari ni adalah hari pertunangan aku dgn dia . Mama , papa , ibu dan ayah tk nk melambat2 kan lgi benda ni .

Tangan Sarah laju menulis pada diari kesayangannya . “Fuyyoo , aku berpuitis siot .” Sarah berkata pada dirinya .

“Sarah , dah siap ke belum ni ?”tanya Kak Nora , jurusolek yang ditugaskan untuk menyiapkan Sarah untuk majlis pertunangannya itu .

Sarah menutup diarinya lalu disimpan di dalam laci . Rantai yang tergantung pada leher jinjangnya dibetulkan . “Dah .”

“Hmm , tunggu sini dulu . Dalam lima belas minit diorang sampai .”ujar Kak Nora .

“Okay .”balas Sarah .

Telefon bimbit yang berada di hadapannya dicapai . Mesej dihantar pada bakal tunangannya .

Awak ikut sekali ke ? –Sarah-

Ikut , tapi ibu dgn ayah tk bagi saya masuk dlm masa majlis . Sedih . Tk dpt jumpa awk . –Ammar-

Ish , awak ni . Ibu dgn ayah tk bgi awk msuk msa majlis je . Bukannya sampai esk . –Sarah-

Haha , yelah . Okay , saya dh nk smpai rumah awk ni . Bye .-Ammar-

Sarah tersengih , telefon bimbit diletakkan semula di atas meja . Seketika kemudian , pintu bilik dikuak . Qashmiera tersenyum , lantas melangkah mendekati Sarah .

“Eyh , akak . Simplenya ?”tutur Sarah sewaktu melihat Qashmiera hanya mengenakan baju kurung moden berwarna kelabu dan sedikit solekan nipis di mukanya .

“Mestilah . Buat apa akak nak pakai gempak – gempak pun ?”tanya Qashmiera semula .

“Yelah , akak kan perunding imej Sarah . Kenalah pakai gempak – gempak .”balas Sarah .

“Ish , ada – ada je dia ni . Lawalah gaun ni bila Sarah pakai , tapi sebenarnya akak still tak puas hati tau dengan gaun ni . Akak rasa macam ada yang tak kena dekat neck tu .”terang Qashmiera .

What ? Akak cakap tak puas hati ? Believe it or not , ni lah pertama kali Sarah pakai baju vogue macam ni , tau tak ?”bantah Sarah .

Qashmiera tergelak . Pada masa yang sama , pintu bilik diketuk .

“Masuk , pintu tak kunci .”tutur Sarah sedikit kuat .

“Sarah , rombongan dah sampai . Cepat turun .”ujar Kak Nora .

“Argh , akak Sarah takut .”ujar Sarah . Tangannya memegang erat tangan Qashmiera .

“Eyh , sejuknya tangan . Rileks , tak ada apa pun lah . Baru nak tunang dah gabra semacam , belum nak kahwin lagi ?”usik Qashmiera .

“Ish akak ni , ke situ pula ! Lambat lagi lah .”balas Sarah . Dia mula berdiri dibantu oleh Qashmiera .

Sarah dan Qashmiera mula turun dari tangga perlahan – lahan , disebabkan gaun yang disarung pada tubuh Sarah agak labuh . Sarah perlahan – lahan duduk bersimpuh di atas kusyen besar berwarna putih yang sedondon dengan gaun labuh yang dipakainya .

Selepas selesai segala perkara , kini tibalah masa untuk menyarung cincin . Sarah masih tidak lekang dengan senyuman walaupun sedari tadi jantungnya seperti  hendak melompat . Puan Aisyah mula menghampirinya lalu duduk bersimpuh di hadapannya . Qashmiera dan mamanya yang berada di kiri dan kanannya dikerling .

Hanya Kau Yang TerakhirWhere stories live. Discover now