BAB 22
Kini genap dua minggu Hairy pergi meninggalkannya . Dan sepanjang waktu itu , kenangan Hairy dan dirinya bagaikan tidak berhenti berputar di dalam fikirannya . Sarah mengeluh . Segala – galanya telah berubah , hidupnya bagaikan kosong tidak berseri . Belum sempat dia melabuhkan punggung di atas kerusi kecil di balkoninya itu , telefon bimbit di atas katil berdering kuat .
Nama ‘Ammar’ terpapar di atas skrin sentuh itu , Sarah pantas menekan icon ‘answer’.
“Assalamualaikum .”suara garau Ammar mula kedengaran .
“Waalaikumussalam.”jawab Sarah .
“Busy ke?”tanya Ammar .
“Tak pun . Kenapa ?”balas Sarah .
“Err .. Saya ingat nak ajak awak keluar . Saya pernah janji dengan awak saya nak ajak awak keluar kan dua minggu lepas ? So ,hari ni saya tak berapa sibuk sebab tu saya nak ajak awak ni . Boleh ?”jelas Ammar lancar .
Sarah tergelak kecil dengan penjelasan Ammar yang sungguh lengkap itu . “Kalau saya cakap saya tak boleh ?”acah Sarah .
“Err .. Kalau awak dah tak boleh , apa saya boleh buat pun ?”ujar Ammar . Sarah terdengar Ammar mengeluh perlahan .
“Okay , okay . Saya freelah . Saja je nak test awak , pukul berapa nak keluar ni ?”tanya Sarah terus .
“Around four , if you don’t mind ?”putus Ammar .
“Okay . Ambik kat rumah saya .”balas Sarah .
“Yes ma’am .”tuturAmmar dan terus memutuskan talian selepas memberi salam. Memandangkan sekarang baru sahaja menginjak pukul dua belas tiga puluh tengah hari , jadi Sarah hanya menghabiskan masa membaca novel kegemarannya di dalam bilik .
**********
‘Pon pon’ bunyi hon kereta Toyota Vios Ammar mula berbunyi . Sarah menggapai beg tangannya dan pantas bergerak membuka pintu . Kasut Converse hitam kesukaannya disarung pantas .
“Fuhh.”Sarah mengeluh tatkala melabuhkan punggungnya di dalam kereta .
Ammar mengerling Sarah perlahan . “Macam penat sangat je ?”
“Mestilah penat . Menggelabah saya waktu awak cakap awak dah on the way tadi tau tak ?!”jawab Sarah pantas . Kereta Ammar mula meluncur laju meninggalkan bangle keluarganya .
“Kenapa pula ? Bukan saya memang dah cakap saya ambik awak around four something ?”tutur Ammar pelik .
Sarah tersengih . “Tapi tadi saya tertidur . Bangun bangun je dapat text dari awak , mana tak menggelabah ?”
“It’s not my fault .”jawab Ammar selamba .
Sarah tersenyum . “So , where we wanna go now ?”tanya Sarah perlahan sambil membelek – belek Galaxy SIII nya .
“Mid Valley ? If you don’t mind ?”jawab Ammar yang masih fokus pada pemanduannya .
“No prob .”balas Sarah ringkas . Tangannya lincah menaip , membalas mention di dalam Twitter .
Setelah agak lama berdiam diri , Ammar mula bersuara .
“Sarah .”panggil Ammar .
“Yea ?”
“Awak ‘U’ mana ek ?”tanya Ammar sambil menukar gear memandangkan trafik di kota metropolitan ini sungguh teruk .
“University of Law Sheffield .”balas Sarah perlahan . Telefon bimbitnya diletakkan di atas riba . Dia mula teringatkan kenangan – kenangan bersama Hairy sewaktu di U.K dahulu .
YOU ARE READING
Hanya Kau Yang Terakhir
Teen Fiction"Kenapa mesti kau wujud dalam hidup aku? Kenapa?" Hari ini mungkin permulaan. Aku kena kuat, aku mesti kuat nak hadapi semua ni. Walaupun pemergian abang merentap separuh dari nyawa aku. -Sarah-