BAB 12
“Mama!”jerit Sarah sewaktu membuka surat tawaran yang diterimanya dari University of Law Sheffield. Air mata kegembiraan menitis di pipinya sewaktu membaca surat itu. Seisi rumah yang mendengar jeritannya itu mula datang ke arahnya.
“Kenapa ni Sarah ?”tanya Puan Rosmah sewaktu melihat Sarah sudah pun menangis sambil memegang sehelai kertas putih. Rizal dan juga Encik Adzan yang sedang berada di situ juga hanya memandang Sarah dengan seribu satu persoalan di hati .
“Sarah dapat offer dari University of Sheffield!”ujar Sarah teruja. Encik Adzan , Puan Rosmah dan Rizal yang mendengar sudah tergamam.
“You’re not kidding me right ?”tanya Rizal meminta kepastian. Sarah yang mendengar pantas menggeleng , surat yang berada di tangannya dilayangkan di hadapan Rizal.
Tatkala itu , Rizal memeluk Sarah erat. Puan Rosmah dan Encik Adzan hanya tersenyum melihat telatah dua beradik itu .
“Registration bila Sarah ?”tanya Encik Adzan setelah sekian lama berdiam diri. Sarah yang mendengar soalan dari papanya itu , memandang sekilas ke kertas putih yang masih lagi berada di genggamannya .
“Ermm , kalau ikut yang tulis kat kertas ni , 6 Mei .”jawab Sarah .
“Dah nak dekat dah tu . Bila nak start prepare barang ?”tanya Rizal .
“Esok !”jawab Sarah bersemangat . Puan Rosmah, Encik Adzan dan Rizal sudah tersenyum lebar melihat Sarah yang sudah pun naik ke tingkat atas .
_____________________________________________________________________________________
“Kenapa Farhan tak angkat call aku ?”tanya Sarah pada diri sendiri . Tidak dinafikan kali terakhir dia dapat bercakap dengan Farhan adalah selepas mereka pulang dari Pulau Redang . Itupun untuk memohon maaf atas kesilapan yang dibuat olehnya .
Telefon yang berada di tangan diputar – putar . Otaknya ligat memikir pelbagai sebab , mengapa sudah sekian lama dia tidak mendengar sebarang khabar berita dari Farhan .
Sarah mengintai laptopnya yang terbuka, memaparkan timeline Twitternya. Dia menggerak gerak kan tetikus, tangannya pantas klik nama Farhan. Sarah dapati kali terakhir Farhan tweet pada hari terakhir mereka di Redang. Sarah mengeluh perlahan.
Telefon bimbit ditangan nya direnung lama sebelum nombor Ain pantas didail.
“Assalamualaikum .”ujar Sarah memula bicara.
“Waalaikumussalam . Ada mimpi apa tiba – tiba telefon aku ni ?”tanya Ain pantas .
“Laaa , kena mimpi dulu ke baru boleh call kau ?”balas Sarah juga dengan soalan .
Ain yang mendengar jawapan Sarah sudah ketawa perlahan . Rindu sungguh pada rakan karibnya itu . “Ain , “panggil Sarah.
“Kenapa ?”tanya Ain. Sarah menarik nafas panjang sebelum berkata , “Aku dah dapat offer letter .”
“What ?! University mana ?!!”tanya Ain teruja .
Sarah sekali lagi menarik nafas panjang , “University of Sheffield.”
Ain yang setia mendengar sudah menjerit kuat , Sarah tersenyum sambil menjauhkan sedikit telefon dari telinganya sewaktu Ain menjerit bingit . “Ain ! Tak payahlah sampai macam tu sekali !”tegur Sarah sambil tergelak .
“Sarah sayang , macam mana aku tak menjerit kalau aku pun dapat offer letter dari universiti yang sama?”balas Ain selepas selesai mengambil nafas .
YOU ARE READING
Hanya Kau Yang Terakhir
Fiksi Remaja"Kenapa mesti kau wujud dalam hidup aku? Kenapa?" Hari ini mungkin permulaan. Aku kena kuat, aku mesti kuat nak hadapi semua ni. Walaupun pemergian abang merentap separuh dari nyawa aku. -Sarah-