BAB 6
Sarah berlari menuju ke pusat sumber dengan pantas. Hari ini dia benar – benar rasa bersalah . Sepatutnya dia sudah berada di pusat sumber itu tiga puluh minit yang lalu tetapi akibat terleka bersembang dengan Ain sebentar tadi dia hampir terlupa yang dia ada berjanji untuk berjumpa dengan Farhan di pusat sumber.
Langkah Sarah semakin perlahan dan terus berhenti di hadapan pintu pusat sumber. Nafasnya yang tercungap cungap , distabilkan semula. Dia berjalan selangkah namun terhenti apabila ternampak Farhan di hadapan pintu.
Tapi bukan ini yang dia inginkan apabila terserempak lelaki ini. Farhan sedang menolong seorang perempuan mengangkat buku bukunya yang bertaburan di atas lantai. Sambil memberi buku itu kembali dia ternampak tangan Farhan mendarat di atas tangan perempuan itu . Tidak dapat dinafikan dari mata perempuannya , gadis itu seperti merelakan perbuatan Farhan dan mula merenung Farhan .
Farhan yang mula menyedari Sarah berada di situ mula mengejarnya pabila Sarah mula mengundur sedikit demi sedikit dan pantas berlari dari situ .
“Sarah !!” jerit Farhan kuat ,dia yakin Sarah mendengarnya dan dia juga yakin Sarah sudah tersalah sangka dengan adegan tadi .
Sarah hanya mentulikan telinganya . Kali ini dia terpedaya dengan tipu muslihat seorang lelaki. Sarah terus berlari menuju ke pintu pagar . Namun , tidak sempat dia melepasi pagar itu , tangan kanannya direntap dari belakang.
“Lepaslah ! Sakit tau tak?!!” ucap Sarah separuh menjerit . Dia masih berusaha untuk melepaskan tangannya dari genggaman Farhan itu namun apalah sangat tenaganya kalau hendak dibandingkan dengan Farhan . Akhirnya dia hanya membiarkan sahaja , mukanya dipalingkan ke tempat lain dengan riak yang sungguh masam .
“Saya akan lepaskan tangan awak kalau awak cakap dengan saya kenapa awak lari tadi ?”ujar Farhan dalam nada yang tegas . Mata coklatnya merenung ke dalam mata Sarah .
“Awak tanya saya kenapa ? Pegang tangan perempuan lain depan saya then buat tak tahu je yang saya ada kat situ and now you ask me why ?!! It is such a stupid question ever ! Sudahlah saya tak naklah terpedaya dengan kata – kata awak tu lagi !”ucap Sarah sinis namun terselit ketegasan pada nadanya . Wajah Farhan tidak dipandang langsung dari tadi . Farhan yang mendengar melepaskan satu keluhan yang berat .
”Saya just tolong dia angkat buku dia yang terjatuh . Kenapa senang sangat nak salah faham sekarang ni? Pandang mata saya .” ujar Farhan dengan suara yang dikendurkan . Namun , kata – katanya tidak diendahkan oleh Sarah .
“Saya cakap pandang saya !” jerit Farhan lantas memagut dagu Sarah untuk memandang ke arahnya . Sarah berpaling ke arah muka Farhan , mata Farhan direnung setajam – tajamnya .
“Awak jealous kan sebenarnya ?”tanya Farhan . Namun , kata – kata itu bukannya meredakan kemarahan Sarah malah menaikkan lagi suhu kemarahnnya . Tangannya direntap kasar dari genggaman Farhan . Matannya masih tajam menikam mata Farhan .
“Saya ? Jealous ? Awak bukan sesiapa dalam hidup saya Farhan . Takde sebab saya perlu jealous dengan siapa awak nak kawan even nak bercinta sekalipun , bukan saya yang berhak menentukan hidup awak . Awak yang berhak tentukan ! “ balas Sarah geram . Segala yang terbuku di hatinya dihamburkan sepuas – puasnya . Setelah melepaskan segala – galanya , Sarah berpaling ke belakang dan meneruskan langkah untuk ke pintu pagar menantikan mamanya . Namun , langkah Sarah terhenti sewaktu terdengar suara Farhan .
“Bukan sesiapa ? Saya ni takde maknalah dalam hidup awak ? Walaupun kawan ? Thank you so much sekarang baru saya sedar yang saya tak layak untuk awak , thanks again sebab buat saya sedar siapa saya di hati awak selama ni . And sorry sebab pernah menyemak dalam hidup awak . Saya baru sedar yang saya ni tengah bermimpi je .” balas Farhan dengan nada yang jelas terluka .
Sarah menoleh ke belakang untuk memanggil Farhan namun suaranya tersekat di kerongkong sewaktu melihat Farhan pergi meninggalkannya dengan langkah yang cukup longlai .Air mata Sarah mengalir deras , dia terduduk disitu . Tangisannya dihambur sepuas – puasnya .
YOU ARE READING
Hanya Kau Yang Terakhir
Teen Fiction"Kenapa mesti kau wujud dalam hidup aku? Kenapa?" Hari ini mungkin permulaan. Aku kena kuat, aku mesti kuat nak hadapi semua ni. Walaupun pemergian abang merentap separuh dari nyawa aku. -Sarah-