Bab 19

1.8K 53 0
                                    

BAB 19

Memandangkan Ain perlu menghadiri mesyuarat jadi Sarah menikmati sarapan pagi berseorangan . Roti bakar digigit sedikit demi sedikit . Jus oren dan air suam di tepi pinggan belum disentuh sedari tadi . Angin pantai yang kuat membuatkan rambutnya yang tidak diikat itu berkibar – kibar .  Sarah mula teringat memori – memori sewaktu dia , Ain , Farhan dan abangnya bercuti di Redang tahun lepas .

Sarah mengeluh , setelah menghabiskan separuh dari roti bakarnya dia meneguk sedikit jus oren dan air suam lantas terus berlalu . Niatnya untuk kembali semula ke bilik terbantut apabila ternampak pantai jernih yang menarik perhatiannya .

Sarah mula menapak ke arah pantai . Seliparnya dibuka dan dipegang untuk merasai kehalusan pasir pantai .Bunyi deruan ombak yang menghempas pantai menyamankan jiwanya . Suasana seperti inilah yang akan menyebabkan dia teringat pelbagai memori dan kenangan bersama Hairy .

Sedang dia leka menikmati kedinginan angin pantai itu , dia seperti ternampak satu susuk tubuh yang cukup dikenali , seseorang yang telah lama pergi meninggalkannya .

Sarah berlari anak menuju ke arah lelaki itu , sewaktu lelaki itu berpaling , langkah Sarah terhenti bagaikan ada satu kuasa yang mengawalnya . Matanya dikelip – kelip dan digosok berkali – kali . Lelaki itu mula pelik dengan kelakuannya yang seperti orang mamai , mula berkerut dahi memandangnya .

Setelah berkali – kali mengenalpasti , Sarah secara automatik memeluk lelaki itu erat , sambil menangis teresak – esak .

"Abang , kenapa abang tinggalkan Sarah dulu ? Kenapa abang buat Sarah macam ni ? Sampai hati abang biarkan Sarah tempuh semua ni sorang – sorang kan ? Abang , janganlah seksa Sarah macam ni lagi."tutur Sarah dalam tangisan yang tiada henti .

Lelaki itu mula pelik , namun tetap membalas pelukan gadis yang membahasakan dirinya sebagai Sarah itu . Bukan untuk mengambil kesempatan , tetapi melihat dari kondisi gadis itu terang menunjukkan yang dia tertekan . Dia hanya membiarkan gadis itu meluahkan apa yang terbuku di hatinya . Lama kelamaan tangisan Sarah mula reda dengan sendirinya .

"Puas?"tanya lelaki itu pada Sarah .

Sarah mengangguk .

"Saya minta maaf , tapi saya just nak bagitahu yang saya tak kenal pun siapa awak . Saya bukan abang awak , mungkin muka saya serupa tapi terus terang saya cakap saya bukan abang awak ."terang lelaki itu pada Sarah .

Sarah tergamam .Pelukan eratnya pada lelaki itu dileraikan pantas . Lama kelamaan dia mengangguk perlahan , "Bukan awak yang patut minta maaf tapi saya . Saya yang tiba – tiba peluk awak , saya minta maaf sebab jadikan awak mangsa keadaan ."

"Ouh , takpe . Saya tak kisah kalau awak nak luahkan apa yang awak rasa dekat saya .I can be your brother ."tutur lelaki itu lagi . Sarah tersenyum , hambar . Syukurlah masih ada orang seperti lelaki ini di dalam dunia serba moden kini . Sarah mengeluh , personaliti dan perwatakan lelaki ini tak tumpah seperti arwah abang sulungnya , Azzam Rezza . Tak cukup dengan itu ,cara percakapannya pula persis Hairy .

'Argh ! Apa semua ni ? Kenapa bayangan orang – orang yang aku sayang ada dalam dia ? Petanda apa ni Ya Allah ?' Sarah bermonolog sendiri .

"Thanks , anyway my name is Sarah ."ujar Sarah sambil menghulurkan tangannya .

"Awak dah cakap dah tadi ."usik lelaki itu sambil membalas huluran tangan Sarah .

"Nama saya Ammar . Ammar Rezza."balas Ammar kembali .

Untuk kali kedua Sarah tergamam lagi . 'Ya Allah , apa yang kau cuba tunjukkan pada aku ini Ya Allah ? Tak cukup lagi ke muka dia dah sama dengan arwah abang Azzam , ni nama dia pun sama juga ? Kau berikanlah hambaMu ini kekuatan Ya Allah .' getus Sarah di dalam hati . Matanya dipejamkan .

Hanya Kau Yang TerakhirWhere stories live. Discover now