Bab 3

3.5K 102 2
                                    

BAB 3

Dengan suara yang serak dan mata yang sembab akibat terlalu banyak menangis Sarah segera berjalan laju menuju ke bilik abangnya tanpa menghiraukan keadaan di sekelilingnya. Setelah memastikan nombor bilik , Sarah pantas menolak pintu bilik.

“Abang.”ucap Sarah perlahan antara dengar atau tidak .

Serasa hendak gugur jantungnya melihat keadaan abangnya yang kritikal itu , wayar yang berselirat dan kepala yang berbalut itu dipandang sayu . Ibu bapanya mengarahkan dia masuk kedalam dahulu memandangkan mereka perlu berbincang dan bertanya lebih lanjut tentang kemalangan itu .

"Abang , bangunlah . Jangan buat adik macam ni . Jangan tinggalkan adik sorang-sorang . Adik perlukan abang dalam hidup adik . You’re my everything . Siapa nak buat adik gembira lagi ? Abang tak kesiankan adik ke ? Tak kesiankan mama dengan papa ke ? Please wake up !! Abang … Bangunlah .. Adik nak bagitahu abang hari tu waktu percubaan adik dapat straight A’s .. Abang kan dah janji nak bagi hadiah , tak baik tau mungkir janji . “ ujar Sarah seolah – olah abangnya mendengar apa yang diucapkan . Puan Rosma dan Encik Adzan yang hanya menjadi pemerhati sejak tadi tidak dapat berbuat apa – apa , mereka hanya mampu memandang sayu kearah Sarah .

Tidak dinafikan Sarah lebih akrab dengan Azzam jika hendak dibandingkan dengan Rizal Zafril yang sekarang masih belajar di Ireland , kejadian yang menimpa Azzam tidak diberitahu pada Rizal buat masa ini kerana tidak mahu menyusahkan dia .

Tiba – tiba , mereka dapati tangisan Sarah semakin kuat. Pasti ada sesuatu yang terjadi . Encik Adzan pantas mendapatkan Doktor Azli iaitu doktor yang ditugaskan untuk merawat Azzam . Doktor Azli pantas mendapatkan Azzam . Mesin electrocardiogram(ECG)  yang berada di sebelah Azzam sudah memaparkan satu gasiran yang lurus menandakan tiada lagi denyutan yang dapat dikesan . Doktor Azli  masih tidak putus asa segera memeriksa denyutan nadi pesakitnya itu. Namun ternyata ianya hanya sia- sia kerana mesin itu tidak pernah menipu , Azzam Rezza sudahpun pergi meninggalkan keluarganya .

“Innalillahiwainnalillahiraji’un”ucap Doktor Azli perlahan namun masih dapat didengari oleh telinga Sarah yang sedang berdiri di sebelah ibunya . Doktor Azli menarik selimut yang sebelum ini membaluti tubuh Azzam hingga ke kepala . Encik Adzan dan Puan Rosma hanya mampu menitiskan air mata kesedihan sambil mengucap sama untuk anaknya . Sarah sudahpun menggeleng tidak percaya dengan apa yang telah terjadi pada abangnya .

Doktor Azli hanya mampu memandang sayu kearah keluarga itu , seterusnya memohon maaf kerana tidak dapat menyelamatkan nyawa pesakitnya itu lantas keluar dari bilik yang sudah bermandi air mata itu . 

“Abannnnnnnggggggg !!!!!” raung Sarah dengan tangisan yang sayu , Puan Rosma cuba menenangkan anaknya itu dengan memeluknya seerat yang mungkin .

“Sampai hati abang buat adik macam ni ! Kenapa abang ?!! Kenapa abang tinggalkan kami semua ? Siapa nak jaga kami abang ? Siapa ?” raung Sarah seraya meleraikan pelukan erat ibunya . Pintu bilik dikuak secara tiba – tiba Rizal masuk lantas memeluk Sarah erat , dia tahu adiknya sedang dilanda kesedihan yang tidak terkira .

Dia sendiri terkejut apabila sampai di rumah, Mak Timah mengarah dia untuk segera datang ke sini , pabila ditanya mengapa Mak Timah hanya mampu berkata yang abangnya kemalangan dan masih dalam keadaan kritikal .

Jeritan Sarah sebentar tadi cukup untuk membuatnya sedar bahawa abangnya sudah tiada di dunia ini . Segalanya hanya tinggal kenangan . Tangisan Sarah makin reda didalam pelukan abangnya yang erat itu . Lama kelamaan dia mulai letih dan terus tertidur di atas sofa itu . Sebelum jenazah diuruskan, Rizal dan ibu bapanya sempat menyedekahkan surah Yasin untuk bekalan arwah di sana .

Hanya Kau Yang TerakhirWhere stories live. Discover now