Bab 18

1.8K 58 0
                                    

BAB 18

Yes Ain ? What can I do for you ?”tanya Sarah malas . Tangannya lincah mengemas meja belajarnya .

“Err , Sarah . Aku nak minta tolong kau ni.”tutur Ain perlahan .

“Tolong apa ?”tanya Sarah pantas .

“Hujung minggu ni aku kena pergi Sabah , takde siapa yang nak teman aku . So , the conclusion is kau temankan aku boleh ?”terang Ain panjang .

Sarah tertawa perlahan , “Sejak bila kau pandai tanya – tanya bagai ni . InsyaAllah boleh , nanti aku tanya parents aku . Apa – apa aku roger kau . Cun ?”jawab Sarah .

Ain tergelak sebelum menjawab , “Okay , aku ciao dulu . Kau text je kat aku kalau kau boleh , nanti aku ambik kau . Alaah , tiga hari je Sarah .”balas Ain .

“Okay Cik Ain . Dah , dah aku nak kemas bilik aku ni . Jangan kacau .”

“Woah ! Sarah ? Kau kemas bilik ? Tak percaya aku .”usik Ain .

“Ain , boleh tak dalam satu hari kau tak mengacau aku ?”perli Sarah .

Ain tersenyum nipis , “Entah . Macam mustahil je ? Okay , okay aku tak kacau kau dah . Selamat mengemas . Assalamualaikum .”

“Waalaikumussalam .”jawabnya lantas meletakkan semula telefon bimbitnya di atas meja solek miliknya.

Setelah selesai menyusun buku – buku yang berselerakan di atas meja itu , Sarah menghempas badannya ke atas katil . “Fuhh , at last bilik aku dah jadi ‘bilik’ yang sebenar .”ujarnya sendiri .

Telefon bimbit yang terletak di atas meja solek digapai , icon gallery ditekan . Gambar – gambarnya bersama Hairy dibuka satu per satu . Sarah tersenyum lebar mengingatkan peristiwa dan kenangan mereka dalam setiap satu gambar itu .

‘Hairy , awak kat mana ? Saya call awak tak angkat , saya text awak tak reply , dah berkali – kali saya lalu depan rumah awak tapi langsung takde orang . Kenapa awak hilang macam tu je ? Awak dah tak sayang dekat saya dah ? Tolonglah jangan lukakan hati saya macam mana Farhan dah buat pada saya dulu . Saya sayangkan awak setulus hati saya . Jangan seksa saya macam ni .’getus hati Sarah .

Air matanya jatuh setitik menimpa pipi gebunya . Sarah menyeka air mata yang makin laju menimpa pipi, dia bertekad untuk tidak berhenti mendapatkan sebarang khabar dari Hairy .

**********

Peti sejuk dibuka , jus oren diambil lalu dituangkan dalam gelas . Sarah melabuhkan punggung di depan televisyen . Astro Hitz dibuka memandangkan video clip kegemarannya disiarkan , What Makes You Beautiful .

Tidak lama kemudian , mamanya mengambil tempat di sebelahnya . “Sarah tak keluar hari ni?”tanya Puan Rosmah .

“Nak pergi mana ma ?”tanya Sarah kembali .

“Takdelah selalunya Sarah pergi jogging ,hari ni tak pergi ke ?”

“Owh , pergi . Tapi lambat sikit kot , penatlah ma sebab tadi Sarah kemas bilik .”terangnya .

Puan Rosmah mengangguk perlahan , Sarah bersuara tatkala teringat yang dia akan menemani Ain ke Sabah hujung minggu ini .

“Ermm , ma .”panggil Sarah .

“Hmm ?”

“Hujung minggu ni Sarah ingat nak teman Ain pergi Sabah . Boleh ?”tanya Sarah .

“Sarah dengan Ain , dua orang je ?”

“Ada lagi , kawan kerja dia . Tapi mama tahu jelah Ain tu , kalau dengan orang yang dia tak rapat mana dia nak . Tadi baru dia call Sarah , ajak teman . Boleh ?”terang Sarah sambil bertanya lagi sekali .

“Boleh . Nanti mama bagitahu dekat papa . Sarah pergi dengan siapa ?”

“Ain lah . Dia dah book flight ticket dah . Hari Jumaat malam tu , Sarah tidur rumah dia .”jelas Sarah lagi .

Puan Rosmah mengangguk . Mereka terus menonton televisyen , selang beberapa jam kemudian Sarah bersiap untuk berjoging .

**********

Telefon bimbit ditangannya diputar perlahan . Kini , sudah tiga kali dia mendail nombor telefon Hairy . Jarinya masih teragak – agak untuk menekan icon ‘call’. Akhir sekali Sarah memutuskan untuk menghantar pesanan ringkas pada Hairy .

Assalamualaikum , Sarah minta maaf klau ganggu Hairy , Sarah just nk bagitau yg tiga hari ni Sarah tak ada dkt KL , Sarah pergi teman Ain kat Sabah . And Sarah nk Hairy tau yg Sarah rindu dekat Hairy . Kalau free jgn lupa call Sarah kay .

Setelah berpuas hati dia menekan icon ‘send’ . Sarah melepaskan keluhan berat , perasaan rindunya pada Hairy membuak – buak . Empat bulan dari sekarang mereka akan bertunang , buat masa ini belum ada sebarang persiapan dari pihaknya . Bagi Sarah , tidak perlulah terburu – buru . Dalam dia leka termenung telefon bimbitnya mula menyanyikan lagu ‘Moment’ menandakan ada mesej masuk . Sarah pantas menekan icon ‘open’ apabila melihat nama Hairy tertera di atas skrin itu .

Waalaikumussalam , Sarah tak ganggu pun . Pergilah , Hairy tunggu kepulangan Sarah dkt sini . Hairy pun rindu Sarah juga . Hairy minta maaf klau sejak akhir-2 ni Hairy buat Sarah risau pasal Hairy . InsyaAllah klau Hairy ada masa , Hairy call Sarah .

Sarah terpaku tatkala membaca mesej daripada Hairy itu , air matanya mula menitis namun pantas diseka . Dia mula menaip ,

Sarah tak kisah , Sarah tak paksa pun Hairy call Sarah tiap-2 hari . Sarah faham klau Hairy sibuk .Sarah mybe balik Isnin ptg . Sarah nak call Hairy boleh ?

Sarah terus menekan icon ‘ send’.

Tak payahlah . Jangan risau pasal Hairy , Hairy okay .. Kalau panjang umur Hairy tnggu Sarah . Kalau Sarah balik nanti , pakai jubah putih kay ? Untuk Hairy , boleh kan ?

Sarah tergamam , sungguh dia tidak mengerti apa yang cuba Hairy sampaikan dalam mesej itu namun dia masih membalas .

InsyaAllah , Sarah pakai . Tapi kenapa ?

Pendek dia membalas . Seminit kemudian , mesej Hairy diterima lagi .

Tak lama lagi Sarah akan tahu . Hairy ada kerja , kalau ada masa kita text lagi kay ? Assalamualaikum . Love – Hairy .

Air mata Sarah menitis lagi . Dia cuba untuk memahami maksud Hairy , namun otaknya seolah – olah tidak berfungsi untuk itu . Tangannya pantas menaip ,

Waalaikumussalam , love you so much . Don’t forget me :)

Sarah mengangkat begnya untuk diletakkan di atas troli . Dia menolak troli itu menuju ke arah Ain yang masih setia menunggunya sedari tadi , dalam hatinya tidak putus – putus doa dipanjatkan pada Yang Maha Esa agar perjalanan mereka ke Sabah selamat . 

Hanya Kau Yang TerakhirWhere stories live. Discover now