“Hari ni class awak pukul berapa ?”tanya Hairy pada Sarah sewaktu mereka sedang menikmati sarapan pagi di sebuah restoran berdekatan dengan universiti mereka .
“Urmm , pukul sebelas setengah . Kenapa ?”jawab Sarah sebelum menyambung suapannya .
“Hmm , macam ni . Apa kata kita pergi jalan – jalan dulu lepastu nanti saya kita sama – sama pergi class . Sebab class saya pukul dua belas setengah . Nak ?”terang Hairy panjang , kemudian dia terbatuk – batuk kuat .
“Eyh , awak okay tak ni ? Macam tak sihat je ?”ujar Sarah risau , Sarah meletakkan sudu dan garfunya ke bawah . Belakang Hairy diusap perlahan dengan harapan dapat meredakan batuknya .
“Don’t worry , I’m okay . Just batuk biasa je , jangan risau kay . So how ? Nak ke tak nak ?”sambung Hairy setelah batuknya mula reda .
“Urmm , okay . Tapi dekat – dekat je tau sebab saya takut lambat pula .”balas Sarah sambil tersenyum nipis menyerlahkan kedua – dua belah lesung pipitnya.
“Jangan risau saya tak bawa awak jauh – jauh . Dah , cepatlah it’s already eight thirty a.m dear” ujar Hairy , setelah selesai mereka mula beransur . Sarah dan Hairy jalan beriringan menuju ke taman rekreasi yang tidak jauh dari restoran tadi .
**********
“Awak makan comotlah .”ujar Sarah sambil tangannya mengelap hujung bibir Hairy dengan tisu yang sentiasa terletak di dalam begnya .
Hairy yang melihat hanya diam membiarkan tingkah laku Sarah itu dan menyambung suapan aiskrimnya. Pandangannya dibuang ke air pancut di tengah – tengah tasik .
Ya , di tasik inilah dia terjumpa Sarah dalam keadaan yang sungguh tidak dijangka . Dan sekarang dengan pertemuan yang tidak disengajakan itulah dia mula rapat dengan gadis melayu kacukan itu .
“Ish awak ni ! Termenunglah pula ! Buat penat je saya cakap dari tadi .”bentak Sarah , lengan Hairy ditepuk sedikit kuat . Hairy yang tersentak tersenyum simpul .
“Alaah , baru termenung kejap . Awak tu kalau termenung lagi lama tau . Apa salahnya sekali sekala awak rasa macam mana cakap dengan meja . Kan ?”usik Hairy sengaja menaikkan suhu kemarahan gadis yang mula bertapak di hatinya itu .
“Orang cakap betul – betul dia main – main pula .” rajuk Sarah . Pandangannya dialihkan dari Hairy .
“Atotototo , merajuk ke ?” tanya Hairy walaupun dia tahu soalan itu sungguh kurang cerdik untuk diajukan pada Sarah pada waktu ini .
“Okaylah , I’m so sorry kay ? I didn’t meant it . Sorry kay sayang ?”pujuk Hairy bersahaja . Sarah yang mendengar mula ketawa apabila Hairy mencuit pinggangnya .
“Haa ! Macam tu baru comel . Asyik masam je , tak comel .”ujar Hairy lagi apabila Sarah mula berhenti ketawa .
“Ada – ada je awak ni . Eyh , dah pukul sebelas dah ni . Jomlah gerak , nanti kita lambat pula .”balas Sarah sambil mengerling ke arah jam tangannya .
“Yea , I think so . Leggo .” ucap Hairy . Beg dan fail yang diletak di tepi dicapai . Sarah yang juga telah berdiri mula melangkah , namun langkah mereka terhenti sewaktu satu suara menegur mereka .
“Assalamualaikum .”
Sarah dan Hairy yang mendengar terus menoleh , Hairy yang masih lagi samar – samar dengan kemunculan jejaka itu hanya terdiam namun tidak pada Sarah . Keningnya bertaut rapat , seribu satu persoalan bermain di hatinya . Hakikatnya dia tertanya – tanya mengapakah lelaki itu muncul di hadapannya kini. Salam yang diberi hanya dijawab di dalam hati .
YOU ARE READING
Hanya Kau Yang Terakhir
Novela Juvenil"Kenapa mesti kau wujud dalam hidup aku? Kenapa?" Hari ini mungkin permulaan. Aku kena kuat, aku mesti kuat nak hadapi semua ni. Walaupun pemergian abang merentap separuh dari nyawa aku. -Sarah-