Bab 5

2.8K 75 1
                                    

BAB 5

“Sarah !” jerit Farhan sewaktu ternampak kelibat Sarah di depan pintu pagar sekolah .

“Haa?”desis Sarah perlahan . Dia menoleh ke kiri ,kanan , atas dan bawah untuk mencari orang yang telah melaungkan namanya dengan kuat itu . Pada masa yang sama , dia memperlahankan langkah yang sebelum ini seperti tidak cukup tanah untuk berjalan

Sewaktu dia sedang berpusing-pusing unutk mencari suara itu ,dia ternampak Farhan yang sedang berlari mendapatkannya , langkahnya dihentikan . Sekarang , hanya Farhan yang sentiasa ada di kala suka dan dukanya , kalau hendak diharapkan Ain , Ain masih sibuk dengan hal keluarganya dan macam – macam lagi , dia kasihankan rakannya itu . Mama dan papanya pula sudah mengetahui hubungan dia dan Farhan .

‘Mama tak kisah Sarah nak berkawan dengan siapa tapi Sarah kena pandai jaga diri dan batas – batas pergaulan . Mama tengok Sarah makin rapat dengan Farhan . Tak semua lelaki baik dan tak semua lelaki jahat . Pandai – pandailah Sarah jaga diri . Mama tak nak terlalu mengongkong Sarah dalam buat keputusan.’ terimbau kembali kata – kata ibunya sewaktu makan malam tempoh hari .

“Hai awak ! Kenapa termenung ? Ingat saya ke ? Saya dah depan mata dah ni , takkan sempat termenung lagi?”usik Farhan apabila melihat gadis pujaan hatinya itu sedang termenung tanpa berkelip mahupun menyedari kehadirannya di situ .

“Hah ?!” jawab Sarah terpinga – pinga , jauh betul fikirannya melayang sebentar tadi .

‘Alahai dia ni, perasan betul orang ingat kat dia. Banyak lagi benda lain boleh diingat ingatkan lah.’ Dengus hati kecil Sarah.

“Owh , ingat .. err .. mm , tak ingat apa- apalah . Kenapa awak panggil saya macam nak bagi arahan dekat budak kawad tadi ?”soal Sarah menukar topik . Farhan tergelak tatkala mendengar soalan Sarah .

“Kenapa awak gelak ? Tak lawaklah .”marah Sarah geram .

“Okey , okey . Janganlah marah – marah sayang . Saya panggil awak macam nak bagi arahan kawad tadi sebab saya nak ajak awak dating hujung minggu ni . Boleh ?” tanya Farhan terus.

“Eei , apa sayang – sayang ni ? Geli tau tak ?”tukas Sarah .

“Yelah , yelah . Awak tak suka saya panggil awak sayang kan ? Awak tak sayang saya kan ? Tak pelah kalau macam tu , doa jelah kita dapat jumpa lagi lepas ni . Manalah tahu kalau – kalau Allah lebih sayangkan saya .”rajuk Farhan .

“Eyh , mana ada . Mengada – ngadalah awak ni . Yelah , yelah panggil lah saya apa – apa pun .”pujuk Sarah terpaksa .

‘Eei, ada yang makan penampo kejap lagi ni kang. Tadi dia suka hati panggil aku sayang, lepastu nak ajak dating. Sekaragn nak mengada pulak?! Eeii geram pulak aku!’ Sarah berkata. Namun kata katanya hanya dapat diluah di dalam hati.

“Betul ni ? Seriously ? “ tanya Farhan lagi .

“Ye , betul . Awak nak ajak saya keluar tadi kan ? Erm , bolehlah kot ? Tapi saya kena tanya mama saya dululah.”jawab Sarah . Serentak dengan itu mukanya bertukar merah . Sekarang baru dia tersedar yang dia sudah memberikan lampu hijau pada Farhan untuk memanggil dia dengan apa – apa panggilan .

Why are you blushing my dear ?”tanya Farhan yang mulai risau . Sarah hanya diam tanpa kata tetapi mukanya masih merah .

“Sayang ?”panggil Farhan dengan suara yang sengaja dilembutkan .

“Dahlah tu , tak payahlah kacau saya lagi .” Farhan yang dari tadi melihat sudah meletuskan tawa yang kuat melihat perangai Sarah itu .

**********

“Abang Riz terus stay sini ke ?”tanya Farhan pada Sarah sewaktu mereka sedang berehat di atas bangku taman rekreasi itu setelah masing – masing kepenatan berjoging .

“Entahlah , dia kata hujung bulan ni dia balik sana sebab kena buat exam . “balas Sarah .

“Okey , awak jomlah balik dah nak maghrib dah ni . Badan saya dah melekit dah pun .”rungut Sarah , sambil mengemaskan ikatan rambutnya .

“Yelah saya pun dah tak selesa dah ni .”balas Farhan lantas berdiri. Sarah turut sama berdiri. Peluh yang menitik dilap dengan kain yang tergantung di lehernya.

Mereka berjalan sambil bersembang kosong. Sehinggalah sampai di hadapan rumah Sarah

Thanks teman saya sampai rumah ni. And thanks jugak sebab sudi teman saya jog.” Ujar Sarah. Farhan tersenyum nipis.

“Takde hal lah. Lagipun memang dah niat nak jog harini. Hari pun dah nak huja ni, saya balik dululah. Assalamualaikum.” Balas Farhan. Sarah menjawab salam itu dan terus masuk ke dalam rumah.

*********

Baby you light up my world like nobody else , The way that you flip your hair gets me overwhelmed , But when you smile at the ground ain’t it hard to tell, You don’t know .. o .. o , you don’t know you beautiful

Lagu ‘What Makes You Beautiful’ mula berkumandang dari handphonenya, menandakan ada yang menghantar mesej kepadanya . Sarah segera mencapai telefon tersebut di atas almari dan terus menekan icon ‘open’. Dia sudah menjangkakan mesej itu pasti dari Farhan dan jangkaannya tepat!

 

         Hai awak ! Dah mandi belum ?

Sarah pantas membalas.                    

        Dah mandi dahlah , Makan pun dah . Sekarang nk tido tapi tk boleh .

Sarah pantas menekan butang ‘send’. Seminit selepas itu Farhan terus menelefonnnya . Sarah agak terpinga-pinga namun masih menjawab panggilan itu .

“Helo.”Sarah memulakan bicara .

“Helo wak . Kenapa tak boleh tidur ?”tanya Farhan .

“Entah , tak tahulah.”

“Rindu kat sayalah tu . Sebab tu tak boleh tidur.”usik Farhan.

“Eei perasannya dia ! Takde maknanya saya nak rindu awaklah .”pantas Sarah membidas sambil itu dia menguap .

“Aik ? Dah ngantuk dah ? Takpelah awak tidur , esok kita jumpa kat sekolah .”

“Eyh , mana ada ngantuk , tak ngantuklah .”balas Sarah . Bimbang Farhan meneka yang dia hanya membohong ataupun tidak ingin melayannya .

“Takpe wak , saya tak kisah punlah awak nak tidur , saya pun dah ngantuk dah ni . Lagipun saya tahu awak rindu saya , so awak kenalah dengar suara saya dulu sebelum awak tidur kan ? Dah , dah pergi tidur .” jelas Farhan dengan suara yang cukup lembut .

“Hmm , yelah tu . Okey , saya tidur . Good night , sweet dream .”

“Tu je ?” tanya Farhan .

“Nak apa lagi ?” tanya Sarah bingung.

I love you takde ? Tadi saya cakap awak tak balas pun.” Ujar Farhan dengan nada merajuk .

“Hah ? Err .. “Sarah menggaru kepala yang tidak gatal .

“Cepatlah wak , saya tunggu ni ..”

Yelah , yelah . Err .. I .. I .. lo .. ve.. you .” ucap Sarah tergagap .

Fine , tak ikhlas langsung .”rajuk Farhan lagi .

“Ye . I love you . Tak payahlah merajuk . Eeei , umur dah 17 tapi perangai macam 7 tahun pulaknak merajuk bagai .” ujar Sarah sambil membebel . Farhan di hujung talian mula membuat muka bosan namun dilayannya juga . Setelah mengucap selamat malam buat kali yang kedua , mereka memutuskan talian dan membuai mimpi .

Hanya Kau Yang TerakhirWhere stories live. Discover now