“Are you sure Hairy ? You still got chances to do the chemotheraphy . You’re still young , I’m sure you have so much thing to do .If you don’t do the chemo ,you only have two years to spend .”ujar Doktor Devine , iaitu doktor yang bertanggungjawab merawatnya sepanjang dia menghidap barah otak itu .
“I’m sure , I’m the one who decide it . Anyway thanks , you’ve helped me more than I needed doctor.”balas Hairy sambil bersalaman dengan doktor itu .
“Welcome Hairy , but I hope you’ll change your mind . I want you to do that chemotheraphy Hairy , but what can I do ? As you’ve said just now , you are the one who decide I can’t force you .You’re a fine young man . It’s a shame that you want to lose your life just like that .” jawab Doktor Devine lagi.
Hairy hanya membalas dengan senyuman hambar . Tahun ini adalah tahun akhirnya menuntut di University of Law Sheffield bersama Sarah .
Hakikatnya tiada siapa yang tahu penyakit yang dihidapnya kini , termasuklah keluarganya di Malaysia . Biarlah hanya dia yang mengetahuinya . Setelah lebih setahun menjalinkan hubungan dengan Sarah , mereka memutuskan untuk bertunang selepas Hari Graduasi mereka .
Dia mula melangkah keluar dari bilik doktor itu , langkah diatur untuk mengambil teksi . Memandangkan hospital itu terletak jauh dari universitinya jadi dia terpaksa menggunakan teksi tanpa pengetahuan orang lain . Rasa bersalah menyelubungi dirinya , pasti nanti ramai yang tertanya – tanya dengan simptom – simptom yang dihidapinya kini . Keluhan berat dilepaskan , Hairy pasrah . Biarlah Allah sahaja yang menentukan hidup matinya kini .
**********
“Awak pergi mana pagi tadi ?”tanya Sarah perlahan sewaktu mereka dalam perjalanan untuk ke perpustakaan .
“Hah ? Owh , pagi tadi saya pergi teman kawan saya check up dekat hospital .”dalih Hairy , dia menghindarkan diri dari memandang wajah Sarah . Dia tahu pasti Sarah dapat membaca riak wajahnya yang menyatakan dia menipu .
“Okay , tapi saya text , call awak kenapa awak tak reply ?”tanya Sarah lagi .
“My phone was out of battery , dear .”balas Hairy perlahan . Sarah hanya tersenyum lantas mengangguk. Seribu kali syukur dipanjatkan pada yang Maha Esa , kerana memperoleh wanita setulus Sarah . Seminggu yang lepas mereka pulang semula ke Malaysia untuk berjumpa dengan ibu – bapa Sarah dan dia pasti , jika ditakdirkan dia tidak sempat disatukan dengan Sarah pasti keluarganya dapat menjaga Sarah dengan baik .
Terimbas semula pertemuannya dengan keluarga Sarah tempoh hari , segala – galanya indah . Sarah merupakan anak bongsu pada Puan Rosmah dan Encik Adzan . Perangai Sarah di rumah sahaja sudah cukup untuk dia menerangkan bagaimana Sarah yang sebenar .
“Woah , jumpa future husband dekat U.K , untunglah .”usik Rizal sewaktu dia , Qashmiera , Sarah dan Hairy sedang menonton tv sementara mamanya sibuk memasak di dapur .
Bukannya Sarah dan Qahmiera tidak mahu meolong , tapi pabila ditanya Puan Rosmah hanya menjawab, “Tak boleh , harini mama nak masak pakai air tangan mama je , korang tak payah tolong pergilah buat apa – apa yang patut . Hari ni kerja korang makan je .”
“Abang .”tegur Sarah perlahan . Hairy di hadapannya sudah tersenyum sumbing .
“Betul apa ? Abang jumpa dengan Kak Miera dekat Mid Valley je tau ! Sarah siap jumpa dekat U.K , mana adil .”tambah Rizal lagi .
“Abang , dahlah tu . Dah merah muka Sarah asyik kena kacau je dengan abang . Cubalah bagi dia rehat kejap .”tegur Qashmiera lagi .
Belum sempat Sarah mencelah , kedua – dua anak buah kembarnya iaitu , Rayyan Najmi dan Rayyan Naqli mula datang ke arahnya .
YOU ARE READING
Hanya Kau Yang Terakhir
Teen Fiction"Kenapa mesti kau wujud dalam hidup aku? Kenapa?" Hari ini mungkin permulaan. Aku kena kuat, aku mesti kuat nak hadapi semua ni. Walaupun pemergian abang merentap separuh dari nyawa aku. -Sarah-