"KRINGGGGGGGGGGG!!!!!" Bunyi loceng yang membingitkan telinga tiba-tiba muncul di permukaan udara berhadapan dengan muka Arsh. Jari runcing Arsh menekan button berhenti.
Arsh bangun dari tidur dan menguap serta mengeliat. Pandangan Arsh tertumpu pada tingkap kayu yang sedikit usang. Cahaya matahari pagi memecah suasana dibilik Arsh. Terbit satu senyuman kecil di mulut Arsh.
" Ini harinya! Permulaan kini bermula untuk aku menjadi pahlawan lagenda yang terulung!" Kata Arsh sebelum bangun dari katilnya untuk membersihkan diri.
Arsh bersiap memakai pakaian sekolah barunya. Baju T-shirt berwarna putih dan seluar slack berwarna putih di sarung ke badan Arsh yang sedikit berisi. Badan Arsh dilahirkan tegap dan tinggi. Kulit Arsh berwarna kuning langsat sedikit berbeza berbanding rakyat di Planet Aqua yang berwarna coklat cerah. Baju yang Arsh pakai menunjukkan tahun satu di sekolah tinggi baju amat dikenali ramai iaitu baju Sekolah Lagenda Aqua Crsytal atau lebih dikenali sekolah ksyatria.
Arsh turun ke bawah sambil membawa kot baju sekolahnya yang berwarna putih berjalur biru serta beg galas bertali satunya berwarna hitam berjalur kuning. Arsh memasak sarapan iaitu Baton makan kebiasaan rakyat Planet Aqua untuk bersarapan. Baton adalah sejenis daging dari kambing terbang bersayap kecil yang di ternak dan di rebus dahulu kemudian di panggang berserta Iton iaitu sos istimewa khas untuk memasak Baton. Baton boleh dihias dengan kepelbagaian seperti Baton salad, Baton cheese, Baton biasa , Baton tomato atau Baton cili. Kebiasaan Baton yang dibuat oleh Arsh ialah Baton biasa kerana senang dimasak tetapi hari Arsh memasak Baton bernasi perang dan sup sayur menunjukkan perasaan gembiranya hari pertama sekolah.
"Jemput makan! Ibu, ayah, Serena dan Seren" Arsh tersenyum hambar pada gambar keluarga milik Arsh.
Arsh menyuap makanan penuh kesopanan dan cukup tertib walaupun dia seorang lelaki. Ini semua atas jasa ibu dan ayahnya ketika masih hidup yang mengajar adab dan tertib kehidupan pada Arsh.
"Saya pergi dulu." Sebaik sahaja mencuci pinggan mangkuk dan memakai kasut berkulit berwarna putih.
Arsh menyarung kotnya yang lebih menyerupai doktor tetapi lebih cantik dan elegen berbanding kot doktor.
Pokok sakura biru laut atau nama sebenarnya Sakura Aqua Diraja yang hanya hidup di Planet Aqua. Kelompak bunganya keguguran dan ditengah-tengahnya ada permata aqua. Permata itu akan hilang jika dipetik atau selepas kelompaknya hilang. Permata itu hanya boleh dipetik oleh ratu atau kerabat Diraja sahaja.
Arsh leka memandang bunga tanpa disedari dirinya diperhati oleh seseorang yang memakai jubah hitam yang menutup wajahnya serta rambutnya di atas bangunan tinggi 100 meter dari jabatan yang dilalui oleh Arsh.
Sebaik sahaja Arsh menyedari dirinya di perhati oleh seseorang. Arsh mengalih matanya dengan pandangan helang dan serta-merta orang yang memakai jubah hitam itu hilang dari pandangan.
"Siapa?" Bisik hati Arsh dan matanya masih memerhati kawasan tadi.
Selepas 10 minit perjalanan, Sekolah Ksyatria terbentang di depan mata. Ramai pelajar baru melaporkan diri pada hari pertama. Banyak kawasan dijaga rapi oleh ksyatria senior. Ada yang memakai kot labuh berwarna biru pekat dan berjalur putih, ada yang memakai baju kot labuh berwarna hitam berjalur kuning, ada yang memakai kot kuning berjalur putih, ada juga yang memakai kot hitam berjalur putih.
"Ada perbezaan ke kot labuh yang mereka pakai?" Arsh bermonolog.
Papan kenyataan penuh dengan manusia yang sedang mencari bilik darjah yang akan mereka duduki. Termasuklah Arsh.
"Bilik A001, meja 4. Eh? Sampaikan meja mereka tetapkan? " kata Arsh dalam hati.
"Senior!" Sekumpulan gadis yang agak comel menanyakan sesuatu ke sekumpulan senior berbaju biru pekat berjalur putih dengan suara manja.
YOU ARE READING
Pahlawan Lagenda (Memori hilang)
FantasySebuah bintang biru berkilau bak belian terletak di galaksi Rima Sakti. Nama bintang tersebut adalah Aqua kristal. Sebuah bintang yang aman dan harmoni dan ditintah oleh kerabat diraja. Bintang yang amat maju berlandaskan graviti. Sebuah sekolah dit...