Boboiboy telah sampai di kawasan tandas perempuan di blok A.Boboiboy cuba mencari pelajar yang bernama Suzy itu dengan memanggil-manggil namanya.
"Suzy!!Suzy!!Kau kat mana?!!"panggil Boboiboy dengan suara yang kuat tetapi tidak mendapat sebarang balasan dari Suzy.
Tiba-tiba Boboiboy terhidu sesuatu.
"Bau macam..."Boboiboy terpaksa menggantung ayatnya apabila dia ternampak sebuah tangki gas yang telah bocor.
"Alamak..."gumam Boboiboy panik dan cuba untuk melarikan diri.
*Di padang*
"Weh korang!!"panggil seorang budak perempuan sambil berlari ke arah Fang dan pelajar-pelajar yang lain.
Pelajar-pelajar itu menoleh ke arah budak perempuan yang memanggil mereka dan berasa amat terkejut kerana...
"S-Suzy?!!!"soal mereka serentak apabila melihat budak perempuan itu 'Suzy'.
"Hah...Hah...Cik-cikgu suruh kita berkumpul kat luar gate sekolah sebab-"
Kata-kata Suzy terpotong apabila Fang tiba-tiba menolaknya sehingga terduduk di atas tanah.
"Woi kau!!"panggil Fang dengan kasar membuatkan Suzy sedikit takut.
"Kau tahu tak...Kawan aku,masuk balik dalam bangunan sekolah tu,untuk selamatkan kau...Tapi,kenapa kau ada kat sini??"soal Fang yang sedang menahan geram membuatkan semua yang ada di situ terdiam.
"J-jadi,macam mana dengan abang tadi tu?"tanya seorang budak lelaki pada Fang.
Tanpa menjawab soalan budak lelaki tadi,Fang terus mengangkat kakinya untuk memasuki bangunan sekolah.
Tiba-tiba...
(BOOM!!)
Satu letupan yang dahsyat telah meletupkan bangunan sekolah itu sehingga seluruh binaannya hampir hancur.Fang yang melihat kejadian itu hanya terpaku di tempatnya berdiri.
"Ti-tidak...Boboiboy..."gumam Fang perlahan dengan air matanya yang mula bertakung.
*Di suatu tempat*
Terlihat sesusuk makhluk bermata merah menyala sedang berdiri di atas pokok sambil memerhatikan kawasan sekolah yang telah diletupkan.
"Heh,sesuai rancangan..."gumamnya sambil smirk dan menampakkan gigi taringnya yang menakutkan.
Tanpa membuang masa,makhluk itu terus terbang ke dalam arah kawasan sekolah yang masih dilitupi api yang menjulang-julang.
*Di tempat Boboiboy*
"A-aku...Dah tak boleh bertahan..."gumam Boboiboy yang sudah terbaring lemah di atas lantai yang hampir hancur itu dengan kecederaan yang parah,terutama di bahagian kepala dan kakinya.
"Aku...Akan mati ke?"soal Boboiboy pada dirinya sendiri apabila pandangannya mula mengabur.
Samar-samar Boboiboy ternampak sesusuk makhluk aneh mendarat tak jauh darinya dan mula berjalan ke arahnya.
"A-apa tu?"soal Boboiboy pada dirinya sendiri.
Makhluk itu telah sampai di sebelah Boboiboy.Dia melutut dan mula mengangkat sedikit badan Boboiboy.Matanya terus tertumpu pada leher Boboiboy yang mempunyai kesan luka kecil.
"Akhirnya...Aku dapat kau..."monolog makhluk itu sambil smirk dan terus menusukkan kedua-dua taringnya yang tajam ke leher Boboiboy.Dia mula menghisap darah Boboiboy.
Boboiboy sedar darahnya mula dihisap makhluk itu.Tetapi,apa dia boleh lakukan?Dia sudah cedera parah bahana letupan tadi.Jadi,apa yang Boboiboy boleh lakukan sekarang hanyalah menutup matanya dan berserah dengan apa saja yang akan berlaku.
"Selamat tinggal dunia..."monolog Boboiboy yang telah menutup matanya rapat-rapat sambil tersenyum kecil.
Makhluk itu terus-menerus menghisap darah Boboiboy sehingga Boboiboy menghembuskan nafas terakhirnya.Setelah memastikan Boboiboy sudah tidak bernyawa,makhluk itupun melepaskan taringnya dari leher Boboiboy dan menatap wajah tidak bernyawa Boboiboy seketika.
"Seperti yang dijangka...Darah kau sangat manis...Darah macam ni yang selalu menjadi idaman vampire macam aku..."gumam makhluk itu yang menggelarkan dirinya 'vampire' sambil mengelus pipi Boboiboy.
"Takpa...Mulai hari ni,kau akan jadi milik aku..."gumam vampire itu lagi lalu mengangkat Boboiboy dengan gaya bridal dan membawanya pergi entah kemana.
*Di padang*
Fang dapat lihat pihak bomba sedaya upaya mencuba untuk memadamkan api yang masih membakar sekolah dengan sabar kerana Fang hanya terkaku di situ dan tidak tahu nak buat apa-apa.
SKIP
Api telah berjaya dipadamkan membuatkan semua pelajar dan guru berasa lega.Pihak bomba juga telah menasihatkan agar tiada sesiapa yang memasuki bangunan sekolah buat masa ini.
Sedang pihak bomba berbincang dengan guru besar,tiba-tiba Fang berlari dengan pantas memasuki bangunan sekolah.
"Hei!!Jangan masuk!!Bahaya!!"larang seorang anggota bomba dengan suara yang kuat tetapi hanya dibiarkan oleh Fang.
Fang terus berlari ke kawasan blok A dimana tandas perempuan terletak.Fang mula mencari Boboiboy di sekitar kawasan itu,tetapi langsung tidak menjumpai keberadaan Boboiboy.Akhirnya Fang memutuskan untuk memanggil Boboiboy.
"Bo-Boboiboy!!Kau boleh dengar aku tak??Kau kat mana??Keluarlah!!Jangan sembunyi!!"panggil Fang tetapi tidak mendengar apa-apa balasan dari Boboiboy melainkan gemanya sendiri.
Tiba-tiba Fang ternampak sesuatu berwarna oren di atas lantai dan segera berlari menghampiri benda itu.
---
Terkejut bukan kepalang lagi Fang apabila mendapati benda yang dilihatnya tadi merupakan...Topi dinosour kepunyaan Boboiboy.Fang serta-merta terduduk di atas lantai dan mengambil topi itu dengan tangannya yang sedikit menggigil.
"T-tak mungkin...I-ini semua tak betul..."gumam Fang yang air matanya sudah mengalir di pipinya apabila melihat topi itu dengan lebih dekat.Fang mula memeluk topi itu dengan erat.
"Bo-Boboiboy...Ke-kenapa-Hiks...Kenapa kau tinggalkan aku??"ucap Fang yang sudah menangis teresak-esak.
Serentak dengan itu,pihak bomba yang mengikuti Fang sampai di tempat Fang dan mula mendekati Fang yang terduduk di atas lantai.
"Adik...Okay?"tanya seorang ahli bomba pada Fang tetapi Fang langsung tidak menjawab soalan itu.
Ahli bomba itu melihat Fang sedang memeluk sebuah topi berwarna oren sambil menangis.
"Ada pelajar yang terperangkap!!Cuba cari mayat dia sampai jumpa!!"arah ahli bomba itu yang memahami mengapa Fang begitu.
To Be Continued
Errr...
![](https://img.wattpad.com/cover/208187181-288-k182158.jpg)
YOU ARE READING
ʟᴏᴠᴇ ʏᴏᴜ, ᴍʏ ᴄᴜᴛᴇ ᴠᴀᴍᴘɪʀᴇ (ғᴀɴɢʙᴏʏ ғᴀɴғɪᴄ) ✓
Fanfiction✦✧✧ 🄲🄾🄼🄿🄻🄴🅃🄴🄳 ✧✧✦ Warning⚠⚠⚠ Fujo fudan area!!Tak suka jangan baca!! Sinopsis⤵⤵⤵ Vampire AU!! Satu kebakaran telah terjadi di Sekolah Rendah Pulau Rintis menyebabkan keadaan menjadi amat huru-hara kerana masing² sibuk menyelamatkan diri. Bo...