Boboiboy dan Fang sedang makan malam bersama dalam keadaan senyap.Masing-masing tidak tahu bagaimana untuk memulakan perbualan dan topik apa yang ingin dibualkan.Tetapi Boboiboy perasan sesuatu yang menjadikan dia berasa tidak selesa sehingga dia terpaksa makan sambil melihat pinggannya.
"Kenapa Fang asyik tengok aku je??"soal Boboiboy pada dirinya sendiri.Tiba-tiba dia merasakan yang mukanya memanas.
"Arrgh!!Minta-mintalah Fang tak nampak muka aku ni!!"monolog Boboiboy malu.
"Ehem!"Fang berdehem untuk mendapatkan perhatian Boboiboy tetapi Boboiboy yang tidak memahaminya hanya memulaukan Fang.Fang hanya mampu mengeluh.
"Boboiboy"panggil Fang akhirnya.Boboiboy yang mendengarnya cepat-cepat mengangkat kepalanya dan memandang Fang dengan pandangan hairan.
"Kau...Boleh jadi manusia semulakan?"tanya Fang yang masih memandang Boboiboy menjadikan Boboiboy sedikit terkejut.
"M-macam mana kau boleh tahu??"tanya Boboiboy balik manakala Fang hanya tersenyum kecil.
"Aku baca kat buku kau..."jawab Fang ringkas.
"Macam mana dia boleh faham??"soal Boboiboy pada dirinya sendiri.
"Ohh...Ha ah...Tapi is tak semudah tu...Kalau aku nak kembali jadi manusia,aku kena--"
"Kau kena hisap darah orang yang kau sayang pada bahagian leher betul tak??Tak perlu explain,aku dah tahu"potong Fang dengan jawapan yang membuatkan mulut Boboiboy automatik terkunci.Apa yang Boboiboy mampu lakukan hanyalah membalasnya dengan anggukan kecil.
"Jadi kau...Ada tak orang yang sayang??"tanya Fang lagi lantas mengangkat kerusinya dan diletakkan di sebelah Boboiboy lalu memandang Boboiboy tepat pada matanya.
"Hmm...Aku...Tak tahu"jawab Boboiboy perlahan.Fang yang mendengarnya berasa agak kecewa.
"Tak sangka...Lepas semua yang telah berlaku,kau masih takda menaruh hati pada aku??Weh!Kenapa sadis sangat hidup aku ni?!(╥﹏╥)"monolog Fang yang hanya mampu menangis di dalam hatinya.
"Ohh"balas Fang sepatah.
"Se-sebenarnya orang yang aku sayang tu ialah kau Fang!!Tapi aku tak nak cakap,sebab aku tak nak kau mati!!"monolog Boboiboy sedih tetapi dia hanya menunjukkan sebuah senyuman manis pada Fang lantas memeluknya membuatkan Fang sedikit terkejut.
"Kau kenapa??"tanya Fang hairan.Jarang-jarang Boboiboy manja dengannya.Tapi sejak akhir-akhir ni,manja Boboiboy ni lain macam!!
"Saja"jawab Boboiboy sepatah.
"Bukan ke dulu kau juga yang suruh aku jadi manja dengan kau??"sambung Boboiboy dan menyorokkan mukanya pada dada Fang.Fang hanya mampu bersabar dan menahan dirinya daripada nosebleed akibat ke'cute'an Boboiboy.
"Pergh!Kalau macam ni,dia takda hati kat aku pun takpalah!!Janji muka comel ni sentiasa ada hushhush!!"monolog Fang yang dah melting macam ais yang terkena sinaran matahari.
*Di Vamp.World*
(BRUKK!!)
Untuk kali yang ke-5,Ying terlanggar rak buku dengan kuat sehingga buku-buku yang disusun bertaburan di atas lantai.
"Urghh!Yaya!Kenapa kita kena buat kajian dalam gelap macam ni?!"soal Ying ysng sudah hilang kesabaran sambil memegang kepalanya yang sakit.
"Shh!Perlahanlah sikit suara kau tu!!Kau nak kita kena tangkap dan dikurung lagi ke?!"balas Yaya bengang tetapi masih lagi mengawal suaranya agar tidak terlalu kuat.
"Ish!Aku tak nampak apa-apa tau!!Macam mana kau boleh tuang bahan-bahan kimia tu dalam keadaan macam ni??"tanya Ying lagi.
"Kau ni...Kan spesies vampire boleh melihat dalam gelap...Takkan kau ta--Oh lupa.Kau belum 200 tahun lagi...Sorry"jawab Yaya yang baru ingat umur Ying belum mencapai umur minimum vampire Untuk melihat dalam gelap.

ANDA SEDANG MEMBACA
ʟᴏᴠᴇ ʏᴏᴜ, ᴍʏ ᴄᴜᴛᴇ ᴠᴀᴍᴘɪʀᴇ (ғᴀɴɢʙᴏʏ ғᴀɴғɪᴄ) ✓
Fanfic✦✧✧ 🄲🄾🄼🄿🄻🄴🅃🄴🄳 ✧✧✦ Warning⚠⚠⚠ Fujo fudan area!!Tak suka jangan baca!! Sinopsis⤵⤵⤵ Vampire AU!! Satu kebakaran telah terjadi di Sekolah Rendah Pulau Rintis menyebabkan keadaan menjadi amat huru-hara kerana masing² sibuk menyelamatkan diri. Bo...