"Kau!!Spesies manusia memang tak pernah nak mengenang budi!!"pungkas seseorang sambil mengangkat pedangnya tanda bersedia untuk menyerang Boboiboy.
"A-apa??"soal Boboiboy yang tidak faham sambil cuba mengecam muka orang itu kerana mukanya ditutup dengan bayang-bayang.Tetapi belum sempat Boboiboy meneliti siapa itu,pedang yang dipegang orang itu telah dijatuhkan ke arahnya dan...
(ZAPP!!)
"Tidaaaaaaaaaaaakkk!!!!"jerit Boboiboy yang ketakutan seperti orang yang terkena histeria.Fang yang sedang melipat pakaian terus melemparkan baju yang dipegangnya dan bergegas ke arah Boboiboy.
"Boboiboy!!Boboiboy!!Kau okay tak ni?!!Boboiboy!!Bangun!!"kejut Fang sambil menggoncang-goncang badan Boboiboy agar Boboiboy terbangun dari tidurnya.
Boboiboy membuka matanya dan mendapati Fang sedang memandangnya dengan pandangan risau menjadikan Boboiboy semakin sedih entah kenapa dan terus memeluk Fang erat-erat.
"K-kenapa ni Boboiboy??"tanya Fang yang semakin risau tetapi tidak mendapat jawapan dari Boboiboy.Kerisauan Fang semakin bertambah apabila Fang mendengar esakan dan rasakan yang bajunya mulai basah.
"Boboiboy.Jawablah!Kau kenapa ni??Jangan buat aku risau"ucap Fang yang semakin risau dan memegang bahu Boboiboy lantas menolaknya sedikit agar pelukannya terlepas.Fang dapat lihat mata Boboiboy merah berserta ada banyak kesan-kesan air mata pada pipi Boboiboy.
"F-Fang..."panggil Boboiboy yang masih menangis sambil memandang Fang.
"Ya?"
"A-aku-aku manusia Fang!!"ucap Boboiboy berserta air matanya yang semakin deras menjadikan Fang terkejut.Tetapi baru saja Fang ingin membuka mulut,Boboiboy terlebih dahulu telah membuka mulutnya.
"Dan sepatutnya aku dah MATI 5 tahun lepas!!"sambung Boboiboy sambil menekankan perkataan 'mati' menjadikan Fang terkaku kerana tidak mempercayai apa yang baru saja didengarnya.
"J-jadi...Betullah masa kebakaran dulu tu kau dah..."Fang tidak dapat menghabiskan kata-katanya tak tahu kenapa.Boboiboy hanya mampu tersenyum pahit.
"Ya Fang...Aku dah mati..."ucap Boboiboy yang tolong menyambungkan ayat Fang membuatkan Fang terkejut tahap babun lantas memegang kedua-dua bahu Boboiboy.
"Macam mana kau boleh selamat?!"tanya Fang yang masih terkejut.
"Hmm...Ada...Vampire selamatkan aku..."jawab Boboiboy perlahan sambil menundukkan kepalanya sedikit.
"Bukan ke sebelum ni kau tak ingat??Macam mana kau boleh tiba-tiba ingat??"tanya Fang dan mengangkat dagu Boboiboy agar Boboiboy dapat melihat mukanya.Sebenarnya di sudut hati Fang,dia berasa sangat gembira kerana Boboiboy telah mengingat semula siapa dirinya yang sebenar.
"A-aku...Tak tahu...Yang aku ingat,aku masuk dalam bilik yang ada banyak gambar kat dinding,lepas tu tengok beberapa gamba--"
"Kau masuk dalam bilik yang aku larang kau masuk tu ke?!!"soal Fang yang memotong percakapan Boboiboy menjadikan Boboiboy rasa bersalah.
"Ma-maaf!!Aku tahu,aku tak sepatutnya--"
(CHUPP~)
Sekali lagi Fang memotong percakapan Boboiboy.Tetapi kali ini Fang memotongnya dengan cara menempelkan bibirnya pada bibir Boboiboy menjadikan Boboiboy automatik blushing.Setelah beberapa saat,barulah Fang melepaskan bibir Boboiboy dan memandangnya dengan agak lama.
"Sorry..."ucap Fang perlahan sambil mengelap bekas-bekas air mata pada mata dan pipi Boboiboy.Boboiboy yang mendengarnya hanya blur.
"Kenapa sorr--"
"Kalau aku tahu gambar-gambar tu dapat kembalikan memori kau,dah lama aku bagi kau masuk bilik tu..."sampuk Fang lantas memeluk Boboiboy erat-erat.
"Serius aku rindu kau..."bisik Fang pada telinga Boboiboy.Boboiboy yang mendengarnya berasa terharu kerana dia tak sangka,sampai ke tahap ni Fang sayangkan dia?
"Entah kenapa...Aku tiba-tiba jadi sayang pada Fang..."monolog Boboiboy yang mula blushing lagi tanpa disedarinya.
*Di Vamp.World*
Ying yang sudah tidak mempunyai tenaga hanya terbaring di hadapan pintu tempat mereka terkunci sambil matanya memandang Yaya yang seperti nyawa-nyawa ikan.
"Yaya..."panggil Ying lemah.
"Hm"
"Kau...Takda apa-apa cara ke yang boleh keluarkan kita dari sini??"tanya Ying manakala Yaya hanya menghela nafas berat dan menggelengkan kepalanya.
"Tapi takkanlah kita nak tunggu je??Kaukan genius!!"tanya Ying lagi.
"Memanglah.Tapi masalahnya,semua ilmu aku ada tak boleh membantu kita untuk situasi macam ni..."jelas Yaya menjadikan Ying semakin sedih.
"Tanpa alatan lab kita,aku...Tak dapat buat apa-apa..."sambung Yaya lagi.Ying yang mendengarnya mula mendapat idea lantas bangun dan menghampiri Yaya.
"OchoBat!!"ucap Ying secara tiba-tiba manakala Yaya yang tidak faham hanya mengerutkan keningnya.
"Huh?"
"Kita boleh minta tolong OchoBat!!"jelas Ying yang tiba-tiba menjadi bersemangat membuatkan Yaya yang mendengarnya terkejut.
"Tak boleh...Kan OchoBat kena jaga Boboiboy..."balas Yaya yang cuba menahan dirinya daripada marah.
"Alaa...Apa salahnya kalau dia tinggal Boboiboy sekejap??Kan Boboiboy dah pandai jaga diri dan aku yakin 99.9% yang dia dah selat dengan orang yang boleh jaga dia..."jelas Ying yang cuba memujuk Yaya.
"Ish...Alat nak hubungi dia takda..."ucap Yaya malas manakala Ying hanya mendengus geram melihat Yaya yang bersikap seperti orang yang tiada semangat dan usaha.
"Haish!Sejak bila kau jadi sengal ni ekk?!!Aku tak pernah tengok kau macam ni!!Kau selalu ada cara untuk selesaikan satu-satu masalah.Tapi sejak kita terperangkap kat sini,aku rasa kau dah berubah!!Berubah kepada orang yang langsung takda usaha untuk selesaikan masalah yang sedang dihadapi!!"tegur Ying manakala Yaya hanya mendiamkan diri.
"Pleaselah Yaya...Masalah apa je yang kau tak dapat selesaikan?"rayu Ying membuatkan Yaya rasa bersalah dan cuba memikirkan sesuatu.
"Hmm...Kalau OchoBat ada,apa yang dia boleh bantu?"tanya Yaya yang masih berfikir.
"Dia boleh...Tolong hantarkan sesuatu untuk lepaskan kita...Maybe"jawab Ying ragu membuatkan Yaya mendapat satu idea.
"Ha!!Bernas!!Sekarang aku dah ada idea!!"puji Yaya manakala Ying pula mula riak dalam diam.
"Hakhakhak!!Aku sedar aku bijak!!Malas nak riak!"monolog Ying dengan riaknya.
Yaya mula menutup matanya dan cuba mengosongkan fikirannya.Dia sedang cuba membuat satu connection dengan minda OchoBat agar OchoBat dapat mesejnya.
"Kau kenapa?"tanya Ying hairan apabila melihat Yaya tiba-tiba menutup matanya.
"Shh!"balas Yaya.Ying cepat-cepat menutup mulutnya.
"Vamp.World...Bilik kurungan kebal...Makmal kajian...Buku jampi...Hippomane Mancinella...Chlorine Trifluoride...Campurkan..."gumam Yaya dengan ayat yang tergantung-gantung menjadikan Ying yang mendengarnya krikk krikk.
"Janji dia berjaya"monolog Ying.
*Di rumah Fang*
OchoBat serta-merta terjaga dari tidurnya apabila dia terdengar satu suara samar-samar memasuki deria pendengarannya.
"Mesti Yaya dan Ying ditimpa masalah!!"gumam OchoBat risau.
To Be Continued
Hmm...Tak dapat update malam tadi ಥ‿ಥ Tengah type² tahu² je hilang ಥ‿ಥ Sedar² je dah 6:30 ಥ‿ಥ

ANDA SEDANG MEMBACA
ʟᴏᴠᴇ ʏᴏᴜ, ᴍʏ ᴄᴜᴛᴇ ᴠᴀᴍᴘɪʀᴇ (ғᴀɴɢʙᴏʏ ғᴀɴғɪᴄ) ✓
Fanfiction✦✧✧ 🄲🄾🄼🄿🄻🄴🅃🄴🄳 ✧✧✦ Warning⚠⚠⚠ Fujo fudan area!!Tak suka jangan baca!! Sinopsis⤵⤵⤵ Vampire AU!! Satu kebakaran telah terjadi di Sekolah Rendah Pulau Rintis menyebabkan keadaan menjadi amat huru-hara kerana masing² sibuk menyelamatkan diri. Bo...