CHAPTER 3

2.9K 188 83
                                    

Fang hanya menongkat dagunya dan termenung sendirian sambil pandangannya hanya tertumpu pada langit yang cerah pada pagi itu.

Lima tahun telah berlalu sejak kejadian kebakaran di sekolah itu.Kini,Fang telah berada di tingkatan 4 dan bersekolah di Sekolah Menengah Pulau Rintis yang merupakan satu-satunya sekolah yang terdekat dengan tempat tinggalnya.

Sedang fikiran Fang melayang entah kemana,tiba-tiba seorang guru memasuki kelas dan ketua kelas mengarahkan semua pelajar berdiri.

"Kelas bangun!!"

Fang seperti biasa menjadi orang yang terakhir untuk bangun dari kerusinya.

"Selamat pagi cikgu Shielda!!"ucap ketua kelas diikuti pelajar lain pada guru itu 'cikgu Shielda' manakala cikgu Shielda hanya tersenyum dan membuat isyarat menyuruh murid-murid duduk.

"Kelas,hari ni korang semua akan dapat kawan baru..."ucap cikgu Shielda sambil menepuk bahu pelajar di sebelahnya.

Fang yang mendengarnya hanya memandang dengan ekor matanya.

"H-hai semua...Nama saya Boboiboy...Saya baru pindah sini..."ucap pelajar baru itu 'Boboiboy' yang mula memperkenalkan dirinya.

Fang yang mendengar nama dan suara itu cepat-cepat mengalihkan pandangannya ke hadapan.

"T-tak mungkin..."monolog Fang yang seakan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.Air matanya juga hampir mengalir apabila dia memandang wajah Boboiboy.

Tanpa sedar,Fang telah bangun dari tempat duduknya dan menepuk meja membuatkan seisi kelas termasuk Boboiboy memandang ke arah Fang.

"K-kau...Boboiboy...kan?Macam mana kau..."tanya Fang dengan soalan tergantung dan kembali duduk lalu mengalihkan pandangannya keluar semula membuatkan Boboiboy memandang Fang dengan pandangan hairan.

"Kenapa dengan dia?"soal Boboiboy pada dirinya sendiri.

"E-err...Boboiboy,awak boleh duduk di sebelah Fang..."ujar cikgu Shielda manakala Boboiboy hanya krikk krikk.

"Siapa Fang?"tanya Boboiboy.

Fang yang terdengar soalan Boboiboy dapat rasakan yang hatinya sedikit hancur kerana dia tidak menyangka yang Boboiboy tidak mengingatinya.

"Fang tu yang berdiri tadi..."jawab cikgu Shielda sambil menunjuk ke arah Fang.Boboiboy hanya mengangguk dan terus berjalan ke arah Fang manakala cikgu Shielda pula terus memulakan sesi pembelajaran.

"Hai...Nama kau Fangkan?"tanya Boboiboy sambil tersenyum.Fang menoleh sedikit dan memandang Boboiboy dengan ekor matanya.

"Ya"jawab Fang sepatah dan Boboiboy terus duduk di sebelah Fang.

Fang mencuri-curi pandang Boboiboy dan dapat lihat yang warna kulit Boboiboy sedikit pucat dari warna kulit manusia normal.Fang juga melihat terdapat kesan gigitan di leher kiri Boboiboy.Kesan seperti digigit oleh taring.

Tiba-tiba Boboiboy menoleh ke arah Fang dan secara tidak sengaja mereka melakukan eye contact.

"Aku perasan dari tadi kau pandang-pandang aku..."tegur Boboiboy apabila Fang tidak mengalihkan pandangan darinya.

"Mata kau..."balas Fang tiba-tiba membuatkan Boboiboy hairan.

"Kenapa dengan mata aku?"tanya Boboiboy balik.

Fang langsung tidak menjawab soalan Boboiboy.Malah,Fang mula mengangkat tangannya dan menyentuh mata Boboiboy.Fang meletakkan jarinya pada mata kiri Boboiboy sehingga Boboiboy terpaksa menutupnya.

"Warnanya merah..."ucap Fang yang masih lagi menyentuh mata kiri Boboiboy.

"J-jadi?"tanya Boboiboy yang semakin confused.

"Memang macam tu ke?Atau kau pakai contact lense?"tanya Fang pula.

"E-erm...Memang macam ni dari dulu..."jawab Boboiboy sambil tersenyum kecil.

"Oh"balas Fang yang tidak henti-henti memandang Boboiboy membuatkan Boboiboy berasa segan dengan perbuatan Fang.

"Mata kau cantik...Aku suka..."ucap Fang tiba-tiba

Entah kenapa,pipi Boboiboy tiba-tiba memerah apabila mendengar Fang berkata begitu.

"Tapi aku lagi suka warna mata kau yang dulu..."sambung Fang di dalam hatinya.

Tangan Fang mula bergerak dari mata Boboiboy turun ke pipi.Fang memegang pipi Boboiboy dengan lemah lembut.

"Err...Fang?"panggil Boboiboy tetapi hanya dibiarkan Fang.

"Pipi kau chubby...Muka kau pun cute..."ucap Fang sambil mengelus-elus pipi Boboiboy.

Boboiboy yang berasa sedikit takut memegang dan melepaskan tangan Fang dari pipinya.

"B-belajarlah...Nanti cikgu marah..."balas Boboiboy yang menukar topiknya dan terus memandang ke hadapan.

"Sikap malu-malu...Kau memang tak berubah Boboiboy..."monolog Fang sambil smirk dalam diam.

"Ish!Kapten tak cakap pun manusia boleh jadi pelik sampai macam ni sekali!!"monolog Boboiboy yang masih takut dengan apa yang Fang lakukan tadi.

To Be Continued

Apakah ini😂

ʟᴏᴠᴇ ʏᴏᴜ, ᴍʏ ᴄᴜᴛᴇ ᴠᴀᴍᴘɪʀᴇ (ғᴀɴɢʙᴏʏ ғᴀɴғɪᴄ) ✓Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang