CHAPTER 47

1.2K 100 63
                                    

"...???"

Boboiboy masih buffering sambil matanya terkebil-kebil memandang Fang kerana dia masih lagi tidak memahami apa yang baru saja didengarnya.

"Kau...Suka...Aku??"soal Boboiboy akhirnya apabila dia dapat mengeluarkan suaranya sambil menyengetkan sedikit kepalanya.Fang yang melihat reaksi Boboiboy yang terlalu blur itu hanya mampu menghela nafas berat.

"Ya"jawab Fang sepatah.

3

2

1

"Ehhhhh?!!!!K-kau-kau suka aku?!!!!T-tapi...Akukan lel-"

"Aku tak kisah..."potong Fang membuatkan Boboiboy yang mendengarnya blushing berserta malu sehingga dia terpaksa menyorokkan mukanya pada kedua-dua tapak tangannya.Fang menarik tangan Boboiboy dari mukanya dan mula merenung mata Boboiboy sehingga Boboiboy rasa semakin gelisah.

"Ke-kenapa kau pandang aku macam tu??"soal Boboiboy malu-malu sambil menundukkan kepalanya.Fang mengangkat sedikit dagu Boboiboy agar Boboiboy dapat melihat mukanya dan mula tersenyum kecil pada Boboiboy.

"Sebab kau comel...Aku suka tenung muka kau lama-lama...Lagi-lagi pipi kau yang macam kuih pau tu..."jelas Fang ringkas dan terus kiss pipi kanan Boboiboy menjadikan Boboiboy blushing lagi.Boboiboy cuba untuk menjauhi Fang tetapi tangan Fang cepat saja menariknya ke dalam pelukan dan mula membisikkan sesuatu di telinga Boboiboy.

"Aku akan tunggu sampai kau sedia...Jangan risau,aku tak paksa...Kalau kau tak nak takpa...Aku tak kisah..."bisik Fang dengan ayat terakhirnya yang kedengaran sedikit sayu menjadikan Boboiboy rasa bersalah tanpa sebab dan mula menolak badan Fang perlahan.

"B-bukan macam tu!!A-aku suka kau juga...Tapi,suka aku hanya sebagai kawan...Aku takda perasaan suka pada kau yang melebihi seorang kawan...Maaf ya..."balas Boboiboy sambil menggenggam baju Fang membuatkan Fang rasa sedikit kecewa.Nampaknya, penantiannya selama ini telah berakhir dengan si crush pujaan tidak menerima cintanya dan hanya menganggapnya sebagai KAWAN.

"Takpalah...Kau ambillah masa...Aku tahu kau terkejut..."ucap Fang sambil tersenyum pahit.

"Maaf..."mohon Boboiboy lagi manakala Fang hanya menyusap kepala Boboiboy perlahan dan mula berjalan menjauhi Boboiboy menjadikan Boboiboy sedikit hairan.

"Kau nak pergi mana??"soal Boboiboy membuatkan langkah Fang terhenti dan terus menoleh ke arah Boboiboy.

"Tunggu sini kejap.Aku nak ambil something kat bilik sebelah..."jawab Fang ringkas dan terus melangkah keluar dari biliknya biliknya meninggalkan Boboiboy di situ seorang diri.Boboiboy hanya memandang pintu yang baru ditutup itu dengan pandangan kosong.

"Hmm...Aku masih rasa bersalah pasal tadi..."gumam Boboiboy sedih.

Tak lama kemudian,Fang memasuki biliknya dengan membawa sesuatu berwarna oren yang membuatkan Boboiboy tertanya-tanya.

"Apa tu Fang??"tanya Boboiboy ingin tahu manakala Fang hanya menghulurkan benda itu pada Boboiboy tanpa mengatakan apa-apa.

"Ingat topi dinasour ni tak?"tanya Fang balik.Boboiboy hanya menggeleng.

"Ni topi siapa??"

"Kau"jawab Fang sepatah membuatkan Boboiboy semakin blur.

"Eh?Takkanlah.Seingat aku,aku ta-"

"Dah!Jangan banyak tanya,pakai je topi ni dan jangan sesekali kau hilangkannya..."potong Fang sambil memakaikan topi itu pada kepala Boboiboy manakala Boboiboy pula membuka topi itu semula lalu memandang topi itu seperti sedang memikirkan sesuatu.

ʟᴏᴠᴇ ʏᴏᴜ, ᴍʏ ᴄᴜᴛᴇ ᴠᴀᴍᴘɪʀᴇ (ғᴀɴɢʙᴏʏ ғᴀɴғɪᴄ) ✓Where stories live. Discover now