CHAPTER 23

1.4K 133 18
                                    

*Keesokannya*

Boboiboy terjaga dari tidurnya akibat terdengar bunyi ayam entah datang dari mana yang tiba-tiba saja berkokok di sebelah tingkap.

"Huarrggg!!Dah pagi!!"ucap Boboiboy perlahan sambil mengeliat.Kemudian,Boboiboy mengalihkan pandangannya ke arah jam yang berada di dinding.

6:10 a.m

Boboiboy menoleh ke tepi dan dapat lihat Fang masih lagi tidur sambil berdengkur seperti bunyi kapal perang (😂) yang hampir-hampir meletup..

"Ish!!Fang ni!!Teruknya berdengkur!!"gumam Boboiboy yang sudah menutup telinganya.

Boboiboy yang semakin tidak tahan dengan bunyi dengkuran itu mula menggoncang sedikit badan Fang untuk mengejutnya.

"Fang!!Bangun!!Dah pagi ni!!Nanti kita lambat pergi sekolah macam mana??"ucap Boboiboy yang masih cuba mengejut Fang.

"Kaukan tak boleh sekolah...Aku pun tak payah sekolahlah..."respon Fang yang masih mamai membuatkan Boboiboy geram.

"Apa kau merepek ni?!!Aku nak pergi sekolahlah!!"balas Boboiboy trans sudah bengang dengan Fang.

Fang yang mendengar kata-kata Boboiboy tadi automatik bangun dari tidurnya dan memegang kedua-dua bahu Boboiboy sambil menatap Boboiboy tepat di matanya.

"Kaukan tak sihat!"tegur Fang yang masih tidak melepaskan pandangannya dari Boboiboy.Boboiboy mula mengembungkan pipinya apabila mendengar Fang menyebut perkataan 'sakit'.Sakit hatinya bila asyik mendengar perkataan itu keluar dari mulut Fang.

"Aku dah sihat lah!!Kau tak payahlah risau sangat...Aku bukannya budak kecil lagi..."balas Boboiboy dan menyilangkan kedua-dua belah tangannya di dada tanda tidak puas hati.

Fang yang pasrah dengan pilihan Boboiboy meletakkan tangannya pada dahi Boboiboy untuk memeriksa suhu badan Boboiboy.

"Macam dah okay..."ucap Fang perlahan membuatkan Boboiboy yang mendengarnya berasa gembira.

"Betul ke ni nak pergi sekolah?"tanya Fang untuk memastikan Boboiboy betul-betul ingin ke sekolah manakala Boboiboy hanya menganggukkan kepalanya seraya tersenyum lebar pada Fang.

"Iyalah...Suka hati kaulah..."balas Fang yang hanya akur dengan keputusan Boboiboy.

Fang bangun dari katil dan mencapai tualanya lalu memulas tombol pintu.Tetapi,belum sempat Fang melangkah keluar dari bilik, Boboiboy tiba-tiba saja memanggilnya.

"Fang"panggil Boboiboy manakala Fang hanya menoleh.

"Hm?"

"B-boleh tak kau...Buatkan bubur ayam semalam??"tanya Boboiboy sambil memandang dengan puppy eyes berserta tangannya yang dibuat 👉🏻👈🏻.

Fang yang mendengar permintaan secara tiba-tiba Boboiboy berasa sedikit terkejut dan berjalan menghampiri Boboiboy.

"Erm...Aku rasa aku tak boleh buatlah...Sebab tak sempat"jawab Fang dengan jawapan yang menjadikan Boboiboy yang mendengarnya berasa sedikit sedih sehingga terduduk di atas lantai.

"Tapi Fang...Aku lapar~"rayu Boboiboy yang sudah memeluk kedua-dua belah kaki Fang dengan wajah memelasnya(?).Fang yang melihat Boboiboy begitu mula berasa kasihan tetapi dalam masa yang sama melting kerana Fang rasakan yang Boboiboy sangat comel apabila berbuat begitu.

"Kejap lagi aku buatkan..."ucap Fang akhirnya.Boboiboy yang mendengarnya serta-merta tersenyum lebar.

"Terima kasih Fang!!"balas Boboiboy  gembira manakala Fang hanya tersenyum kecil melihat telatah Boboiboy yang comel itu.

"Sekarang,kau pergi mandi,nanti dah siap kau boleh terus sarapan"arah Fang lembut sambil menyusap kepala Boboiboy manakala Boboiboy hanya mengangguk dan terus mencapai tualanya.Nak diikutkan,Fang memang malas nak buat bubur tu...Tapi bila tengok Boboiboy macam tu,rasa kesian pula.

Boboiboy ingin melangkah keluar dari bilik itu tetapi dia teringat sesuatu dan terus berpatah balik.

"Fang!"panggil Boboiboy sambil berjalan menghampiri Fang.

"Kenap-"

(HUPP!!)

Fang terpaksa menghentikan kata-katanya kerana Boboiboy tiba-tiba saja memeluknya erat.Fang dapat rasakan yang jantungnya sedang menggila sekarang ini.Lagi-lagi bila Boboiboy membenamkan mukanya pada dada Fang.

"K-kenapakah--"Fang langsung tidak dapat berkata apa-apa manakala Boboiboy hanya tersenyum manis pada Fang.

"Aku selalu peluk kakak-kakak aku kalau diorang buatkan aku sesuatu yang aku suka..."jelas Boboiboy yang seperti tahu apa yang ingin ditanyakan oleh Fang.

"K-kakak??Sejak bila Boboiboy ada kakak??"soal Fang pada dirinya sendiri.Pandangannya langsung tidak boleh dialihkan dari Boboiboy.

Tak lama kemudian,barulah Boboiboy melepaskan pelukannya dari Fang dan terus berjalan menuju ke bilik mandi.Fang pula hanya mampu menjerit seperti orang gila di dalam hatinya kerana tidak menyangka yang Boboiboy memeluknya.

"AAARRRGHHH!!!DIA PELUK AKU WEHH!!DIA PELUK AKU!!!!ADUUHH!!COMEL BETUL!!!"monolog Fang yang sudah ber'fanboying' di dalam hatinya sambil melompat-lompat.

Tiba-tiba Fang teringat sesuatu.

"Eh?!Kan Aku kena masakkan Boboiboy bubur!!"ucap Fang panik dan terus berlari ke arah dapur.

---

Boboiboy yang telah siap berpakaian uniform sekolah,berjalan menuju ke arah dapur untuk mencari Fang dan tentunya,untuk melihat sama ada buburnya sudah siap atau belum.

*Di dapur*

Boboiboy dapat lihat ada dua mangkuk bubur ayam di atas meja,tetapi Fang tiada di situ.

"Fang pergi mandi kot..."gumam Boboiboy perlahan dan berjalan menuju ke arah meja makan.

Boboiboy melabuhkan punggungnya di salah satu kerusi yang ada di meja makan itu dan cepat-cepat mengambil semangkuk bubur itu lalu memakannnya(?).

---

Tak sampai 10 minit,bubur yang dimakan Boboiboy habis.Boboiboy menghabiskan suapan terakhir dengan mencedok bubur itu menggunakan sudu lalu memasukkannya ke dalam mulut.

(SHREETT!!)

Boboiboy terdengar satu bunyi yang aneh saat dia menarik sudu itu keluar dari mulutnya.Boboiboy melihat sudu itu dan mendapati terdapat kesan calar yang betul-betul pada tempat taringnya terletak.

"Alamak!!Aku dah tercalarkan sudu Fang!!Macam mana ni??"soal Boboiboy yang mula panik sambil memikirkan alasan pa yang patut diberikannya kepada Fang jika Fang bertanya tentang hal itu.

"Tapi rasanya,Fang tak nampak kot.Setakat calar sikit,takkanlah dia nampak..."ucap Boboiboy perlahan dan meletakkan sudu itu ke dalam mangkuk buburnya.

(KRUKK~KRUKK~)

"Alaa...Kenapa aku lapar lagi ni??"soal Boboiboy yang mula rasa geram dengan seleranya yang besar.

Kemudian,Boboiboy terlihat mangkuk bubur Fang yang masih tidak disentuh lagi.Boboiboy berniat untuk mengambil bubur itu dan mula mengangkat tangannya.Boboiboy memegang sudu yang berada di dalam mangkuk Fang.

Tiba-tiba...

"Boboiboy,kau buat apa tu??"tanya seseorang membuatkan Boboiboy terkejut sehingga tangannya terlepaskan sudu Fang.

"E-eh??"

To Be Continued

Macam pelik je😂Vote dan comment kalau suka 😂🌾

ʟᴏᴠᴇ ʏᴏᴜ, ᴍʏ ᴄᴜᴛᴇ ᴠᴀᴍᴘɪʀᴇ (ғᴀɴɢʙᴏʏ ғᴀɴғɪᴄ) ✓Where stories live. Discover now