CHAPTER 46

1.1K 106 26
                                    

Fang mencari OchoBat di sekeliling rumah tetapi bayang si kelawar itu pun dia tak nampak.Akhirnya Fang memutuskan untuk mencari OchoBat di luar.

"Haihh...Mana pulalah kelawar pelik tu dah pergi??"soal Fang sambil matanya meliar mencari OchoBat.Tiba-tiba pandangannya terhenti pada seekor kelawar yang sedang terbang ke arahnya seperti ingin menyerangnya.

"Eh?Tu macam kelawar Boboiboy je--"

(DUSH!!)

Tidak sempat Fang ingin menghabiskan kata-katanya,kepalanya telah disepak oleh kelawar itu yang tidak lain tidak bukan ialah OchoBat menjadikan Fang hampir-hampir saja ingin jatuh ke belakang.

"Woi!!Kau apasal?!!"soal Fang bengang sambil membuat penumbuk tetapi OchoBat yang mendengarnya langsung tidak berasa takut,malah kepala Fang disepak lagi untuk kali yang kedua.

"Manusia tak guna!!Kau boleh lagi tanya apasal lepas apa yang kau dah buat?!!!"soal OchoBat dengan kemarahan yang meluap-luap manakala Fang hanya krikk krikk kerana tidak memahami apa yang dikatakan oleh OchoBat.

"Kau cakap apa ni??Aku tak fahamlah!!"balas Fang dengan nada suara yang kuat.OchoBat hanya mampu menghela nafas dan terus terbang memasuki rumah Fang sambil membuat isyarat agar Fang mengikutinya.

*Di dalam*

OchoBat mencapai sekeping kertas dan sekarang pen lalu mula menuliskan sesuatu.Fsng yang melihat apa yang dilakukan OchoBat hanya mampu terdiam.

"M-macam mana kelawar ni boleh menulis?!!Tulisan lagi lawa dari aku pula tu!!"monolog Fang yang berasa takjub dengan kemahiran menulis OchoBat yang boleh mengalahkan manusia.Kemudian,OchoBat memberikan kertas itu pada Fang.Fang mengambil kertas itu lantas membacanya.

Apa kau dah cakap pada Boboiboy huh?!!Kau tahu tak yang kau dah lukakan hati Boboiboy?!! Sampai dia rela duduk dalam hujan lebat sebab kau kata kau dah tak nak tengok muka dia!!Kau ni tak patut betullah!!Masa mula² kau ingat dia manusia,kau layan dia baik sangat,macam layan seorang ratu...Tapi sekarang??Kenapa bila kau dah tahu dia vampire kau terus bencikan dia??Macam ni ke cara manusia layan seseorang yang disayangi??Kau takyah nak kelentong,aku tahu kau ni suka kat Boboiboykan?!Tapi kau malu nak cakap dengan dia...

Fang hanya mampu terlopong apabila membaca apa yang ditulis oleh OchoBat tadi.Fikirannya masih lagi tidak dapat memproses apa yang baru dibacanya sehingga dia terpaksa memandang OchoBat dan kertas itu secara berganti-ganti.Seriuslah,kelawar pun ada akal?!!

"Woi!Macam mana kau tahu huh?!!"soal Fang Yang mula rasa malu apabila rahsia terbesarnya telah diketahui oleh seekor KELAWAR!!

OchoBat hanya membuat bahasa isyarat yang mengatakan "Aku tahulah,aku pun ada akallah duh" membuatkan Fang role eyes.Kemudian,OchoBat merampas kertas yang dipegang Fang dan mula menulis lagi lalu diberikan semula pada Fang.

Sekarang kau kena ikut aku dan pujuk Boboiboy sampai dia maafkan kau...Kalau tak,aku gigit kau sampai kau mati!!

"

Haihh...Macam mana aku nak pujuk dia?Bukannya aku tahu pun dia ada kat mana sekarang ni..."balas Fang manakala OchoBat hanya mengibarkan sayapnya dan mula terbang keluar dari rumah Fang.Fang hanya mengikut.

*Di sebatang sungai*

"Mana dia?"tanya Fang apabila tidak melihat sesiapa pun yang ada di situ.OchoBat menunjuk ke arah sebatang pokok yang berada tidak jauh dari tempat mereka berada.Samar-samar Fang dapat lihat ada seseorang yang sedang duduk bersandar pada pokok itu yang Fang yakini adalah Boboiboy.

"Boboiboy..."ucap Fang perlahan dan terus membuka langkahnya menuju ke arah tempat Boboiboy berada.Apabila Fang sampai,dia dapat lihat Boboiboy sedang memeluk lututnya dengan kepalanya yang ditundukkan sehingga menyentuh lututnya.

Fang mula menyentuh rambut Boboiboy dan menyusapnya perlahan sambil memandang Boboiboy dengan penuh rasa bersalah.Kemudian,Fang menggoncang sedikit badan Boboiboy agar Boboiboy menyedari kehadirannya.

"Boboiboy..."panggil Fang yang masih lagi menggoncang badan Boboiboy tetapi langsung tidak mendapat sebarang respon dari Boboiboy menjadikan Fang risau.

"Boboiboy!!Uih!!Kau okay tak ni?!!"soal Fang yang mula panik apabila mendapati yang Boboiboy tidak sedarkan diri.Fang menyentuh pipi Boboiboy dan dapat rasakan yang pipi Boboiboy sangat sejuk seperti ais.

Tanpa membuang masa,Fang terus mendukung Boboiboy dengan bridal style dan mula berjalan ke arah tempat OchoBat tadi.

---

*Di rumah*

"Hmm...Macam manalah kau boleh tidur dalam keadaan kau yang tengah sedih macam tu??"tanya Fang pada Boboiboy yang masih tidur sambil mengelus lembut pipi Boboiboy.

Tidak lama kemudian,Boboiboy mula membuka matanya perlahan-lahan dan menggosok-gosok matanya untuk menghilangkan rasa ngantuk.Apabila Boboiboy menoleh ke tepi,dia dapati Fang sedang duduk di atas kerusi sambil memandangnya membuatkan dia terkejut dan segera menjauhkan dirinya daripada Fang.

"K-kau nak apa??"soal Boboiboy takut.Fang yang melihat reaksi Boboiboy terus bangun dari kerusinya dan mendekati Boboiboy.

"Boboiboy...Jangan takut...Ak-"

"Macam mana aku boleh ada kat sini?!Kan kau kata kau dah tak nak tengok muka aku lagi!!"sampuk Boboiboy sambil mengalihkan pandangannya ke arah lain kerana tidak mahu memandang muka Fang.Sakit hatinya apabila mengingat semula apa yang dilaluinya hari ini.

"Aku minta maaf Boboiboy...A-aku tak bermaksud nak cakap macam tu!!Percayalah..."balas Fang yang entah sejak bila sudah melingkarkan tangannya pada badan Boboiboy lantas memeluknya.

"Tipu"ucap Boboiboy sepatah.

"Tak Boboiboy...Aku betul-betul tak bermaksud!!Tolonglah percayakan aku!!"rayu Fang yang semakin mengeratkan pelukannya pada Boboiboy tetapi Boboiboy masih lagi berkeras tidak mahu memandang Fang.

"Habis tu,kenapa kau tiba-tiba marah aku?"tanya Boboiboy dengan suara perlahan membuatkan Fang terdiam.

"I-itu sebab aku...Tak boleh terima kenyataan yang kau...Dah jadi vampire..."jelas Fang menjadikan Boboiboy hairan sehingga akhirnya dia mengalihkan pandangannya ke arah Fang.

"Apa maksud kau dengan 'Dah jadi'??Kan aku memang vampire..."balas Boboiboy yang tidak memahami maksud sebenar Fang.

"Kau memang betul-betul tak ingat ke yang kau ni manusia??"soal Fang balik.Boboiboy hanya menggeleng menjadikan Fang hampir-hampir saja menangis.

"Aku-aku rindu kau yang dulu Boboiboy..."ucap Fang sayu manakala Boboiboy hanya blur.

"Sorry Fang...Serius aku cakap,aku betul-betul tak ingat dan tak tahu pun..."balas Boboiboy akhirnya.Fang yang mendengarnya mula berasa geram sehingga mengetap bibirnya.Kemudian,Fang mencekung muka Boboiboy menggunakan tangannya dan didekatkan dengan mukanya.

"Walaupun kau tak ingat...Tapi kau kena tahu satu benda ni..."ujar Fang dan semakin mendekatkan mukanya dengan muka Boboiboy sehingga...

(CHUPP~)

Bibir mereka berdua bersentuhan.Boboiboy yang menyedari perbuatan Fang terkejut dan mula blushing tetapi langsung tidak melawan.Fang melepaskan bibir Boboiboy dan memandangnya dengan agak lama sebelum dia membuka mulutnya.

"Aku sukakan kau..."ungkap Fang yang masih lagi mencekung muka Boboiboy membuatkan Boboiboy yang mendengarnya speechless sehingga tidak boleh mengungkapkan sebarang kata-kata.

"...???"

To Be Continued

Hehehe...Lambat update😂🌾

ʟᴏᴠᴇ ʏᴏᴜ, ᴍʏ ᴄᴜᴛᴇ ᴠᴀᴍᴘɪʀᴇ (ғᴀɴɢʙᴏʏ ғᴀɴғɪᴄ) ✓Where stories live. Discover now