CHAPTER 40

1.1K 112 30
                                    

"OchoBat!OchoBat!"panggil Boboiboy separuh berbisik sambil menarik-narik sedikit telinga OchoBat untuk mengejutnya.

OchoBat yang merasakan telinganya ditarik-tarik terus membuka mata dan mendapati Boboiboy sedang melihatnya dengan puppy eyes menjadikan OchoBat hairan.

"Kau kenapa Boboiboy??"tanya OchoBat hairan dan membetulkan semula posisi terbaliknya kepada posisi normal.

"OchoBat~Boleh tak kau temankan aku cari makanan~?"soal Boboiboy balik dengan suara manja yang meleret-leret sehingga OchoBat dapat rasakan yang jantungnya(Ada ke?😂) bagai ditikam dengan sebatang panah.

"Ap-apasal comel sangat?!!!"soal OchoBat pada dirinya sendiri tetapi diluar dia hanya memandang Boboiboy tanpa mengatakan apa-apa.

"OchoBat~Boleh tak ni~??"soal Boboiboy lagi apabila merasakan seperti OchoBat tidak melayannya.OchoBat yang sudah tidak tahu nak cakap apa hanya menghela nafas.

"Yelah-yelah...Nak cari kat mana ni?"tanya OchoBat ringkas.

"Kita cari kat hospital Pulau Rintis...Aku dengar manusia kat Pulau Rintis ni ada derma darah!"jawab Boboiboy dengan cara berbisik pada telinga OchoBat membuatkan OchoBat berasa sedikit terkejut.

"Cakaplah yang kau nak ambil beg-beg darah yang didermakan tu?!"soal OchoBat yang seperti dapat membaca fikiran Boboiboy menjadikan Boboiboy terkejut dan cepat-cepat menutup mulut OchoBat.

"Shh!!Janganlah cakap kuat-kuat!!Nanti Fang dengar macam mana??"tegur Boboiboy tetapi masih mengawal suaranya agar tidak terlalu kuat.OchoBat hanya poker face.

"Macam dia faham apa yang aku cakap..."balas OchoBat selamba.

"Ish kau ni...Dahlah jom,aku rasa Fang dah tidur tu..."ajak Boboiboy sambil tangannya menarik kaki OchoBat sehingga OchoBat hampir-hampir terjatuh.

"Woi!!Sabarlah!!"ucap OchoBat yang cuba untuk menstabilkan badannya dengan mengibar-ngibarkan sayapnya.

Boboiboy terus menarik kaki OchoBat sehingga mereka berdua tiba di pintu hadapan rumah Fang.Baru saja Boboiboy ingin memulas tombol pintu,tiba-tiba dia dipanggil oleh seseorang dari belakang.

"Boboiboy?Nak pergi mana?"soal orang itu yang tidak lain tidak bukan ialah Fang sambil berjalan mendekati Boboiboy membuatkan Boboiboy terkaku sehingga tidak dapat mengatakan apa-apa.

"Boboiboy...Aku tanya ni...Kau nak pergi mana malam-malam buta macam ni?"soal Fang lagi yang mengulang soalannya tadi.Tetapi kali ini,Fang memegang tangan Boboiboy yang berada pada tombol pintu tadi dan memandang Boboiboy dengan pandangan hairan.

OchoBat yang tidak mahu terlibat bergegas terbang meninggalkan Boboiboy dan Fang di situ.Berdua dan mengintai disebalik dinding.

"Boboiboy..."panggil Fang lagi apabila merasakan yang Boboiboy seakan-akan tidak mendengarnya.

"A-aku-aku...Cuma nak periksa sama ada pintu ni dah kunci ke belum..."bohong Boboiboy dengan suara perlahan membuatkan Fang semakin tidak faham.

"Tipu"ucap Fang sepatah.

"M-mana ada!"balas Boboiboy yang masih cuba mempertahankan dirinya.Fang yang mendengar balasan Boboiboy hanya memandang Boboiboy dengan pandangannya seperti orang yang tiada perasaan.

"Aku tahu kau tipu...Dalam minggu ni je kau asyik hilangkan diri waktu malam.Kau pergi mana sebenarnya ha??"soal Fang datar yang tiba-tiba menukar topik perbualan menjadikan Boboiboy sedikit takut.Bukan apa,Boboiboy hanya takut jika identitinya sebagai vampire diketahui oleh Fang.

"K-kan aku pergi toilet..."jawab Boboiboy gugup.Tangan dan kakinya juga mula menggeletar sehingga Boboiboy berasa agak sukar untuk berdiri dengan betul.

"Aku tengok dalam toilet kau takda pun..."balas Fang ringkas sambil menyilangkan kedua-dua belah tangan di dadanya.

"A-aku...Aku-"

"Kaukan tahu situasi sekarang ni tak berapa selamat...Jadi janganlah merayap...Lagi-lagi waktu malam..."tegur Fang dan terus menarik tangan Boboiboy menuju ke arah biliknya.

*Di bilik Fang*

"Tapi aku tak meraya-"

Belum sempat Boboiboy menghabiskan kata-katanya,Fang telah pun menolak Boboiboy sehingga Boboiboy terbaring di atas katil.Boboiboy hanya mampu menahan geram kerana perbuatan Fang.

"Kenapa kau tolak ak-"

Fang meletakkan jarinya pada mulut Boboiboy tanda menyuruh Boboiboy diam.Fang tersenyum kecil pada Boboiboy dan terus berbaring di sebelah Boboiboy lantas melingkarkan tangannya pada badan Boboiboy sehingga Boboiboy langsung tidak boleh bergerak.

"Fang!Rimas!!"ucap Boboiboy yang cuba melawan.

"Biar je...Lagipun,kalau aku tak buat macam ni nanti kau merayap..."balas Fang ringkas dengan suara perlahan.

"Aduhh...Macam mana Fang boleh tahu aku keluar malam ni??Dah aku tak dapat nak cari makanan malam ni erm...Apalah nasib..."monolog Boboiboy yang seperti biasa hanya pasrah apabila Fang memperlakukannya sebegitu.Nak melawan,dia tidak mempunyai kekuatan pula.

---

Boboiboy masih lagi tidak dapat melelapkan matanya.Fikirannya asyik memikirkan tentang nasib perutnya yang terpaksa 'berpuasa' pada malam itu.

"Haihh...Kesian perut aku..."monolog Boboiboy sedih.

Sedang Boboiboy melayani fikirannya,tiba-tiba OchoBat terbang memasuki bilik Fang dan terus menegur Boboiboy.

"Boboiboy,kan kau kata nak cari makanan tadi..."ucap OchoBat yang sudah mendarat di atas pinggul Boboiboy.

"Hish!Kau tak nampak ke situasi aku sekarang ni??"soal Boboiboy bengang sambil cuba menggerakkan badannya.Tetaoi semakin Boboiboy bergerak,semakin kuat pelukan Fang pada badannya.Sampaikan Boboiboy pun tak tahu,Fang ni dah tidur ke belum?

"Hmm"

OchoBat dapat lihat Boboiboy seperti sedang dicengkam oleh pemangsa ganas yang sedang tidur dengan tangan yang melingkari tubuh Boboiboy.Timbul rasa simpati di sudut hati OchoBat.

"Kesian kau...Tabah jelah dapat boyfriend macam dia ni hmm..."balas OchoBat dengan jawapan yang membuatkan pipi Boboiboy serta-merta blushing.

"B-boyfriend?!!Aku dengan Fang ni kawan je!!Ish kau ni!!"marah Boboiboy yang langsung tidak berpuas hati apabila ada makhluk yang mengatakan Fang itu boyfriendnya.

"Eleh,gurau pun tak boleh..."ucap OchoBat dan terus terbang menjauhi Boboiboy menjadikan Boboiboy hairan.

"Woi!Kau nak pergi mana??"soal Boboiboy manakala OchoBat hanya menoleh.

"Heh!Aku nak pergi cari makananlah!Aku ni takda sesiapa,jadi bolehlah aku bebas ke mana-mana tanpa ada gangguan!!"jawab OchoBat dengan jawapan yang sangat annoying pada deria pendengaran Boboiboy.

"Hek eleh..."balas Boboiboy menyampah.

---

"Hmm...Lamanya OchoBat cari makanan...Reput aku kat sini..."gumam Boboiboy bosan.Dahlah bosan,tengah kelaparan pula tu...

Tiba-tiba mata Boboiboy terpandang lengan Fang yang melilit dadanya mula menghidu bau lengan itu.

"Bau macam sedap..."monolog Boboiboy.

Boboiboy mula membuka mulutnya dan menusukkan kedua-dua taringnya pada tengah Fang lalu menyedut darah Fang secara perlahan-lahan.Boboiboy menarik semula taringnya dan memandang lengan Fang dengan agak lama.

"Dedaplah!!"ucap Boboiboy perlahan dan terus menusukkan taringnya lagi lalu menghisap darah Fang lagi.

"Aku minta sikit darah kau tau..."monolog Boboiboy.

To Be Continued

Type sama ngantuk be like...😂🌾
Ayat mesti berterabur ni 😂🌾

ʟᴏᴠᴇ ʏᴏᴜ, ᴍʏ ᴄᴜᴛᴇ ᴠᴀᴍᴘɪʀᴇ (ғᴀɴɢʙᴏʏ ғᴀɴғɪᴄ) ✓Where stories live. Discover now