CHAPTER 34

1.1K 115 22
                                    

Penuh dengan merepek kerepek lemau🤣🌾

"Hei...Kenapa nangis ni??"tanya makhluk itu sambil tangan kecilnya menyentuh rambut Boboiboy.Boboiboy yang mendengar suara makhluk itu mengangkat kepalanya dan mengesat air matanya.Apabila pandangannya sudah kembali seperti biasa,Boboiboy dapat lihat seekor kelawar yang agak unik dengan warna kuning berbelang hitam dan mata berwarna biru cerah.Sekali pandang,dah macam lebah yang besar.

"S-siapa kau?Macam mana kau boleh bercakap??"soal Boboiboy balik.Entah kenapa dia langsung tidak berasa takut dengan kelawar yang berada di hadapannya.

"Nama aku OchoBat...Dan ya,spesies aku memang boleh bercakap...Tapi biasanya,vampire je yang boleh faham apa yang spesies aku cakap..."jelas kelawar itu 'OchoBat' manakala Boboiboy hanya mengangguk.

"Oh...Erm...Nama aku pula Boboiboy..."balas Boboiboy yang mula memperkenalkan dirinya sambil tersenyum.Tiba-tiba OchoBat teringat sesuatu.

"Eh kejap...Kalau kau boleh faham apa yang aku cakap,maknanya..."OchoBat terpaksa menggantung ayatnya kerana Boboiboy tiba-tiba saja tergelak.

"Yup!Aku vampire..."ucap Boboiboy sambil tersenyum.OchoBat berasa sedikit terkejut dengan pengakuan Boboiboy.

"Kau ni berguraukan??"soal OchoBat yang masih tidak mempercayai Boboiboy.Boboiboy hanya menggeleng.

"Betulla-"

Belum sempat Boboiboy menghabiskan kata-katanya, OchoBat telah menarik sedikit pipi Boboiboy chubby sehingga menampakkan hampir kesemua gigi Boboiboy,termasuklah taringnya.

"Okay,aku percaya...Tapi,kenapa kau ni pelik?Biasanya spesies vampire takda...Muka yang erm...Comel macam kau"ucap OchoBat dengan perkataan 'comel' yang membuatkan Boboiboy sedikit bengang dan mengembungkan pipinya.

"Aku tak comel tau..."balas Boboiboy seperti sedang merajuk.

"Haihh...Apa-apa jelah...Berbalik pada topik asal,kenapa kau nangis tadi?"tanya OchoBat yang baru teringat tujuannya menegur Boboiboy tadi.

"Hmm...Sebenarnya aku..."

-5 minit kemudian-

"Macam tulah ceritanya"ucap Boboiboy mengakhiri ceritanya.OchoBat berasa sedikit simpati atas nasib yang menimpa Boboiboy (Pulak dah).

"Apa kata kalau aku bantu kau"cadang OchoBat membuatkan Boboiboy terdiam.

"B-boleh ke??"soal Boboiboy yang menginginkan kepastian.

"Mestilah!!Aku dah hafal semua jalan yang ada kat kawasan ni...Setiap tahun ada je pelajar yang sesat...Aku nak tolong,tapi yelah,diorang tak faham apa yang aku cakap..."jelas OchoBat dengan penjelasan yang agak panjang.

"T-terima kasih OchoBat!!"ucap Boboiboy sambil tersenyum manis pada OchoBat.OchoBat mula mengibarkan sayapnya.

"Okay...Sekarang ni,kau mesti dah lalu 2 checkpoint dan dapat dua gelang getah yang berlainan warna,betul tak?"tanya OchoBat manakala Boboiboy hanya mengangguk kecil.

"Jadi sekarang ni kau hanya perlu lalu lagi 2 checkpoint untuk dapatkan gelang getah berwarna kuning dan merah..."jelas OchoBat.

"Lepas tu?"tanya Boboiboy tak sabar.

"Kau ikut aku...Aku tahu jalan yang singkat yang boleh temukan kau dengan kedua-dua checkpoint tu tanpa buang banyak tenaga..."jelas OchoBat lagi dan mula terbang agak tinggi manakala Boboiboy hanya mengikut dari bawah.

---

Boboiboy dapat lihat ada beberapa ahli PBSM termasuk beberapa orang guru berkumpul di tepi jalan.Boboiboy yakini itu adalah checkpoint yang ketiga.

ʟᴏᴠᴇ ʏᴏᴜ, ᴍʏ ᴄᴜᴛᴇ ᴠᴀᴍᴘɪʀᴇ (ғᴀɴɢʙᴏʏ ғᴀɴғɪᴄ) ✓Where stories live. Discover now