CHAPTER 10

1.8K 154 45
                                    

Sedikit nota ringkas 😂Untuk readers² yang tak dapat baca tulisan 'kuno' kat chapter lepas...

...Jika manusia yang dijadikan vampire Pergi ke alam manusia dan menghisap darah manusia yang disayanginya di bahagian leher,dia akan dapat menjadi manusia semula...Tapi manusia yang dihisap darahnya itu automatik akan mati...

Perenggan yang last...

...Tapi manusia itu takkan mati sekiranya manusia itu merupakan teman sejiwanya yang telah ditakdirkan bersama...

Okay tu je😂Readers boleh sambung membaca...

---------------

*Di sekolah*

"Boboiboy,rehat nanti kau nak makan apa?"tanya Fang pada Boboiboy yang sudah meletakkan kepalanya di atas meja.

"Apa-apa je kau beli,aku makan..."jawab Boboiboy lemah.

"Hmm...Kau dah lapar sangat ni...Nak aku cakap dengan cikgu?"tanya Fang prihatin manakala Boboiboy hanya menggeleng.

"Takpalah...Aku boleh tahan lagi ni..."jawab Boboiboy yang masih lemah.

"Nak tahan sampai malam...Ini gila...Boleh mati kelaparan aku macam ni..."monolog Boboiboy.

"Kalau kau pengsan nanti macam mana?"tanya Fang yang semakin risau.

"Takpa-takpa...Biar je..."jawab Boboiboy selamba.

"Lagipun,bukannya kau ada makanan yang aku nak makan..."sambung Boboiboy di dalam hatinya.

---

"Adoi!!"

Boboiboy menoleh ke arah Fang apabila terdengar bunyi seperti Fang sedang kesakitan.

"Fang?Kau oka-"

Kata-kata Boboiboy terhenti sebaik saja dia melihat darah meleleh keluar dari jari telunjuk Fang.Boboiboy yang sudah terliur menjilat bibirnya dan...

(NGAPP!!)

Memasukkan jari Fang ke dalam mulutnya dan terus menjilat darah Fang sehingga luka itu tidak mengeluarkan darah lagi membuatkan Fang terkejut.

"Woi!!Apa kau buat??"soal Fang sambil cuba menarik semula jarinya tetapi tidak dibenarkan oleh Boboiboy.

"Aangan aaiik aayi nyi!!(Jangan tarik jari ni!!)"ucap Boboiboy sedikit pelat kerana jari Fang masih berada di dalam mulutnya.

"Waw!!Darah manusia ni sedap!!"monolog Boboiboy yang masih menghisap darah darah Fang sehingga darah itu berhenti.

Apabila memastikan luka Fang sudah tidak mengeluarkan darah,Boboiboy melepaskan jari Fang dengan perasaan yang agak sedih.

"Alaa...Dah habis..."ucap Boboiboy sedikit sedih.

"Apasal kau pergi hisap jari aku?!Sampai darah luka tu habis pula tu!!"soal Fang yang sedikit meremang apabila mengingat semula apa yang dilakukan Boboiboy tadi.

Boboiboy yang mendengar soalan Fang tiba-tiba saja blushing.Bukannya kenapa,sebab malu je.

"Aduhhh...Apa masalah aku ni??"soal Boboiboy pada dirinya sendiri.

"T-tadi aku...Err...C-cuba nak tolong kau...Kan tangan kau luka..."bohong Boboiboy dengan gugup.Fang hanya diam.

"Hmm...Yelah...Thank you..."ucap Fang akhirnya sambil menyusap kepala Boboiboy lembut membuatkan Boboiboy blushing lagi.

"S-sama-sama..."balas Boboiboy yang masih gugup sambil menoleh ke arah lain agar Fang tidak melihat pipinya yang sudah blushing itu.

"Ish!!Geramnya aku tengok pipi kau ni!!!"ucap Fang menahan geram dan mula mencubit kedua-dua belah pipi chubby Boboiboy sehingga Boboiboy mengerang kesakitan.

"Aakit!!(Sakit!!)"erang Boboiboy apabila Fang tidak henti-henti mencubit pipinya.

"Alololo~Cian dia~"balas Fang dan melepaskan cubitannya dari pipi Boboiboy.

Boboiboy memegang kedua-dua pipinya yang sakit akibat dicubit Fang tadi dan memandang Fang dengan jelingan tajam.

"Apa masalah kau?!Sakit tau!!"marah Boboiboy sambil mengetuk bahu Fang.Fang hanya diam.

"Manusia memang gila!!"monolog Boboiboy yang masih geram dengan Fang dan mengalihkan semula pandangannya ke hadapan.

Tetapi,belum sempat Boboiboy memandang ke hadapan sepenuhnya,Fang tiba-tiba saja memusingkan kepala Boboiboy Nagar menghadapnya dan terus memegang kedua-dua pipi chubby Boboiboy membuatkan Boboiboy blushing.

"F-fang?!Apa yang ka-"

Belum sempat Boboiboy menghabiskan kata-katanya,Fang telah pun menggonyoh(?) pipi Boboiboy seperti sedang menguli tepung roti canai.

"Apwa mwasalarh khau niy?!(Apa masalah kau ni?!)"soal Boboiboy yang tidak dapat bercakap dengan betul akibat pipinya asyik diuli(😂).

"Japanese Mochi!!!"ucap Fang yang masih tidak menghentikan uliannya.

"Apwa khau merephek niy?!(Apa kau merepek ni?!"soal Boboiboy yang masih lagi tidak dapat bercakap dengan betul.

"Alololo~Comellah budak ni kalau pelat!!"puji Fang dengan pujian yang mempunyai Boboiboy geram.

"Lhephaslarh!!(Lepaslah!!)"marah Boboiboy yang sudah tidak tahan dengan perangai Fang.

Tiba-tiba saja anak mata Boboiboy menjadi kecil  dan bertukar warna dari merah gelap kepada merah darah membuatkan Fang meremang lalu melepaskan pipi Boboiboy.

"Aku dahlah tengah lapar...Kau pula,senang-senang je main picit-picit pipi aku...Ingat tak sak-"

"Ehem-ehem!!"dehem seseorang yang memotong percakapan Boboiboy.

Fang dan Boboiboy serta-merta memandang ke hadapan dan mendapati guru mereka,cikgu Rahayu sedang memberikan deathglare pada mereka.Manakala seisi kelas pula sudah memandang ke arah mereka.

Fang dan Boboiboy tertelan air liur.

"Sebelum aku sumbat kasut aku dalam mulut korang...Baik korang diam..."ucap cikgu Rahayu dengan dingin bertambah aura yang amat menyeramkan menjadikan Boboiboy dan Fang menggigil.

"Ada juga manusia yang lagi seram dari kapten!!"monolog Boboiboy yang masih ketakutan.

"Aku tahulah aku ni SINGLE lagi...Tapi kot ye pun,tak perlulah sampai korang nak ber'sweet-sweet' dalam kelas ni...Nak ber'sweet-sweet' pergi balik rumah..."sambung cikgu Rahayu dengan suara yang semakin dingin apabila menyebut perkataan 'single'.

"B-baik cikgu!!"balas Boboiboy dan Fang serentak walaupun sebenarnya diorang tak ber'sweet-sweet' pun,diorang cuma 'berbual'.

"Ni semua kau punya pasal..."bisik Boboiboy yang jelas sedang menahan geram sambil memandang Fang seperti seekor singa yang sedang marah.

Fang hanya mampu menangis di dalam hatinya.

"Huhuhu...Ohh he sweet but a psycho...A little bit psycho..."monolog Fang yang mula menyanyi lagu 'Sweet But Psycho' sambil menggigil.

To Be Continued

Pelik² jelah hahaha😂🔨

ʟᴏᴠᴇ ʏᴏᴜ, ᴍʏ ᴄᴜᴛᴇ ᴠᴀᴍᴘɪʀᴇ (ғᴀɴɢʙᴏʏ ғᴀɴғɪᴄ) ✓Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang