---
Fang baru saja siap mengemaskan barang-barangnya dan bersedia untuk pulang.Tetapi tiba-tiba Boboiboy mengurnya.
"Fang"panggil Boboiboy.
"Ya"
"Kau...Duduk dekat mana?"tanya Boboiboy berhati-hati.
"Dekat je dengan sekolah ni...Agak-agak dalam 1 kilometer jauhnya..."jawab Fang ringkas.
"Kau duduk dengan family kau eh?"tanya Boboiboy lagi membuatkan Fang semakin hairan.
"Aku duduk sorang...Kenapa?"jawab Fang dengan jawapan yang ringkas.
Boboiboy menundukkan sedikit kepalanya sebelum bertanya lagi pada Fang kerana dia berasa sedikit malu.
"B-boleh...Aku tinggal dengan kau?"tanya Boboiboy malu-malu membuatkan Fang dap dup dap dup entah kenapa.
"E-erm...B-boleh...Takda masalah..."jawab Fang yang sedikit gugup kemudian berdehem sedikit untuk hilangkan rasa gugupnya.
"Ehem!Kau...Takda family ke berdekatan dengan kawasan ni?"tanya Fang lagi manakala Boboiboy hanya berfikir seketika.
"A-aku takda family..."jawab Boboiboy perlahan membuatkan Fang terkejut.
"T-takda??Habis tu Tok Ab-"Fang terpaksa menggantung ayatnya kerana dia agak yang Boboiboy pasti tidak mengingati Tok Aba.
"Kalau aku pun dia tak kenal...Apa lagi Tok Aba..."monolog Fang yang berasa sedikit sedih.
"Tok...Apa??"soal Boboiboy yang tidak memahami apa yang dikatakan Fang tadi.
"Kau ni betul-betul Boboiboykan?"tanya Fang dengan pertanyaan yang menjadikan Boboiboy semakin blur.
"Yelah...Habis tu?"tanya Boboiboy balik sambil menyengetkan sedikit kepalanya tanda dia tidak memahami apa sebenarnya yang ingin dikatakan Fang.
"Takda apalah...Lupakan je..."jawab Fang dan terus berjalan melepasi Boboiboy.
"Fang ni peliklah..."monolog Boboiboy yang berasa pelik dengan sikap Fang.
"Kau nak ikut ke tak?"tanya Fang yang sudah menghentikan langkahnya sambil menoleh ke belakang membuatkan Boboiboy tersedar dari lamunannya dan terus mengalihkan pandanganya ke arah Fang.
"I-ikut!!"jawab Boboiboy dan terus berlari ke arah Fang lalu berjalan di sebelah Fang.
Fang mula melihat yang lebih tepat dikatakan sebagai scan(😂) Boboiboy dari kepala hingga kaki dan membandingkan ketinggiannya dengan Boboiboy.
"Kenapa aku rasa macam ketinggian dia ni tak berubah langsung?"soal Fang pada dirinya sendiri.
---
Boboiboy dan Fang berjalan bersama-sama sehingga keluar dari kawasan sekolah.Sedang mereka berjalan,tiba-tiba Boboiboy teringat sesuatu.
"Err Fang"panggil Boboiboy tiba-tiba manakala Fang hanya menoleh ke arah Boboiboy.
"T-terima kasih sebab bagi aku tinggal dengan kau..."ucap Boboiboy sedikit gugup sambil tersenyum manis ke arah Fang membuatkan Fang sedikit cair seperti air batu yang terkena sinaran matahari.
"Sama-sama..."balas Fang dan mengalihkan pandangannya ke hadapan semula.
"Manusia memang baik...Tapi peliklah,kenapa spesies aku benci sangat dengan manusia ni?"soal Boboiboy pada dirinya sendiri.
Fang yang berasa bosan mula mencuri-curi pandang Boboiboy yang berada di sebelahnya sambil tersenyum kecil.Tiba-tiba satu idea nakal muncul dalam fikiran Fang.
"Mari kita tengok,apa reaction dia..."monolog Fang sambil smirk dalam diam.
Fang mula menggerakkan sedikit tangannya agar menghampiri tangan Boboiboy.Apabila tangan Fang bersentuhan dengan tangan Boboiboy,Fang terus menggenggam tangan Boboiboy membuatkan Boboiboy terkejut dan menarik semula tangannya.
"Kenapa dengan kau ni Fang?"soal Boboiboy dengan innocentnya yang masih terkejut dengan tindakan Fang.
"Saja~"jawab Fang dengan pakej senyuman gatalnya membuatkan Boboiboy semakin tidak faham.
"O-okay..."balas Boboiboy yang masih bersangka baik dengan Fang.
"Manusia ni memang pelik!!"monolog yang tiba-tiba blushing tak tahu kenapa.
"Kenapa aku rasa pipi aku makin panas ni?!!"monolog Boboiboy lagi.
"Hmm...Masih innocent lagi dia ni~"monolog Fang yang mula smirk lagi.
---
*Di rumah Fang*
Mereka berdua telah tiba di rumah Fang.Boboiboy sedikit terpegun apabila melihat rumah Fang walaupun saiznya taklah besar mana.
"Waah!!Cantiknya rumah kau ni Fang!!Lain betul dari rumah kat tempat aku tinggal..."puji Boboiboy sehingga membuatkan Fang kembang sekejap.Tetapi ada satu perkara yang membuatkan Fang hairan.
"Bukan rumah ni lebih kurang dengan rumah Tok Aba ke??Kenapa Boboiboy kata '...lain dari rumah kat tempat aku tinggal...'??Dia duduk mana selama ni??"soal Fang pada dirinya sendiri yang tidak memahami apa yang dimaksudkan oleh Boboiboy.
"Err...Rupa rumah kau pula macam mana?"tanya Fang hati-hati.
"Rumah aku lain sikit...Dia ada 3 tingkat,warnanya gelap,tak macam rumah kau...Lepastu kat atas bumbung tingkat 3 tu ada satu patung kelawar yang besar!!"jawab Boboiboy dengan bersungguh-sungguh sambil membuat gaya seperti seekor kelawar membuatkan Fang seram sejuk tetapi masih lagi ingin bertanya.
"A-ada lagi?"tanya Fang.Boboiboy berfikir seketika.
"Ha!Ada!Dekat sekeliling rumah aku ada pokok-pokok yang takda daun dan selalu dijadikan tempat kawan-kawan aku si burung gagak bertenggek!!Akhir sekali di sepanjang jalan nak menuju ke rumah aku tu ada semak-semak berduri!!"jawab Boboiboy yang tiba-tiba excited apabila menjelaskan tentang ciri-ciri yang ada di rumahnya.
"M-macam rumah vampire je!!Takkanlah Boboiboy duduk situ?!!Tak mungkin!!"monolog Fang yang semakin takut setelah mendengar penjelasan Boboiboy tetapi dia cuba bersikap tenang agar Boboiboy tidak syak apa-apa.
"Sayang sekali rumah aku tu jauh dari sini...Kalau tak,kau boleh pergi tengok..."ucap Boboiboy yang sedikit sedih.
"O-oh yeke??Erm kalau macam tu takpalah...Jom kita masuk!"ajak Fang dan menarik lengan Boboiboy lalu membuka kunci pintu rumahnya.
Apabila pintu terbuka,Boboiboy hanya mampu terdiam apabila melihat keadaan rumah Fang yang agak err terlalu bersepah.
"K-kenapa-"
"Rumah orang bujang... Faham-faham jelah..."sampuk Fang dengan tenang sambil berjalan masuk ke dalam rumahnya manakala Boboiboy hanya mengikut.
"Orang bujang tak pandai mengemas ke?"tanya Boboiboy yang masih memandang suasana yang tak berapa nak indah itu.
"Bukan tak pandai...Tapi malas..."jawab Fang selamba.Boboiboy hanya menghela nafas.
Tiba-tiba Boboiboy mendapat satu idea dan terus melemparkan beg sekolahnya yang agak berat itu ke lantai membuatkan Fang hairan.
"Apa kata aku tolong kau kemas rumah kau?"tanya Boboiboy sambil tersenyum manis.
"B-boleh"jawab Fang yang hampir-hampir saja cair melihat senyuman Boboiboy.
"Kau lapar tak?"tanya Fang pula.
"Laparlah juga..."jawab Boboiboy singkat dan mula mencari-cari penyapu di sekitar ruangan itu.
"Aku masak..."balas Fang dan terus berjalan menuju ke arah dapur.
"Waow!!Aku harap makanan kat sini sama macam kat tempat tinggal aku!!"monolog Boboiboy yang mula membayangkan makanan-makanan yang biasa dimakannya.
To Be Continued
Pelik!!!┻┻︵ヽ('Д´)ノ︵┻┻

ANDA SEDANG MEMBACA
ʟᴏᴠᴇ ʏᴏᴜ, ᴍʏ ᴄᴜᴛᴇ ᴠᴀᴍᴘɪʀᴇ (ғᴀɴɢʙᴏʏ ғᴀɴғɪᴄ) ✓
Fanfic✦✧✧ 🄲🄾🄼🄿🄻🄴🅃🄴🄳 ✧✧✦ Warning⚠⚠⚠ Fujo fudan area!!Tak suka jangan baca!! Sinopsis⤵⤵⤵ Vampire AU!! Satu kebakaran telah terjadi di Sekolah Rendah Pulau Rintis menyebabkan keadaan menjadi amat huru-hara kerana masing² sibuk menyelamatkan diri. Bo...