"P-penjaga?!!"soal Ying yang masih terkejut.
"Kenapa?Terkejut??"soal Yaya balik.
"Apa yang kau hantar??Macam mana benda tu boleh keluar dari Vamp.World??"soal Ying yang tidak sudah-sudah melontarkan soalan padanya.
"Sejenis ciptaan aku yang sebenarnya masih dalam uji kaji...Diubah suai daripada haiwan yang mati.Mempunyai genetik macam haiwan biasa tapi mempunyai IQ macam seorang manusia yang membolehkan dia berfikir..."jelas Yaya sambil tersenyum membuatkan Ying hampir-hampir saja ternganga.Seakan-akan tidak mempercayai apa yang didengarinya.
"Se-seriuslah?!!Geniusnya kau!!"balas Ying.Tiba-tiba dia teringat sesuatu.
"Tapi...Haiwan apa yang kau jadikan robot tu?"tanya Ying lagi.
"Kau ingat tak dulu?Kan Boboiboy ada cakap yang dia nak sangat bela seekor kelawar..."soal Yaya balik.
Flashback On••
"Kakak...Boboiboy bosanlah..."ucap Boboiboy sambil menyandarkan kepalanya pada lengan Yaya membuatkan Yaya terhenti dari aktiviti membacanya dan terus menoleh ke arah Boboiboy.
"Bosan?Kenapa tak buat aktiviti yang seronok?"tanya Yaya hairan manakala Boboiboy hanya mengembungkan pipinya.
"Tak nak..."jawab Boboiboy ringkas membuatkan Yaya mengerutkan keningnya kerana tidak memahami apa yang sebenarnya diinginkan Boboiboy.
"Habis tu?"soal Yaya lagi.Boboiboy yang mendengar soalan Yaya mengangkat kepalanya dan memandang Yaya dengan puppy eyesnya.
"Boboiboy...Nak bela anak kelawar...Boleh?"jawab Boboiboy manja menjadikan Yaya cair(😂💢) apabila mendengarnya.
"Aduhh budak ni...Yelah,nanti kita cari kat gua kelawar..."balas Yaya pasrah.Boboiboy yang mendengar jawapan Yaya berasa amat gembira dan terus memeluk lengan Yaya sambil tersenyum manis.
"Terima kasih kakak!!"ucap Boboiboy gembira
Flashback Off••
"Lepas tu,bila dah pergi kat gua kelawar,takda seekor pun kelawar yang berjaya menarik perhatian Boboiboy..."sambung Yaya lagi.
Flashback On••
Yaya meminta kesemua anak-anak kelawar yang sudah berumur sebulan dan ke atas berbaris kerana Boboiboy ingin memilih salah satunya untuk dijadikan haiwan peliharaan.
"Ha,Boboiboy bolehlah pilih nak yang mana..."ucap Yaya sambil memegang bahu Boboiboy.Boboiboy hanya mengangguk dan mula berjalan mendekati anak-anak kelawar itu.
---
"Hmm...Semuanya sama je...Takda warna lain ke kakak??"tanya Boboiboy pada Yaya.
"Mana ada...Kan memang warna kelawar macam ni..."jelas Yaya ringkas membuatkan riak wajah Boboiboy berubah menjadi sedih.
"Alaa...Tak cantiklah warna hitam..."ucap Boboiboy yang tidak gembira membuatkan Yaya menghela nafas berat.
"Habis tu?Boboiboy nak yang macam mana?"tanya Yaya lagi.Sebenarnya,dia mula penat menunggu Boboiboy di gua kelawar itu.Mengenangkan kerjanya yang masih bertimbun di tempat tinggal mereka.
"Erm...Kalau boleh,Boboiboy nak kelawar yang berwarna kuning dengan mata biru supaya di lain dari yang lain..."jelas Boboiboy manakala Yaya hanya mengelus lembut kepala Boboiboy.
"Maafkan kakak ya Boboiboy,tapi...Kelawar macam tu tak wujud..."balas Yaya membuatkan Boboiboy berasa sedikit kecewa.
"Alaa..."
Flashback Off••
"Jadi...Kau sanggup bersusah-payah cipta robot kelawar tu semata-mata nak berikan pada Boboiboy??"soal Ying tiba-tiba.Actually,dia berasa sedikit kesian pada Yaya.Dia sanggup lakukan apa saja untuk Boboiboy agar Boboiboy tidak bersedih.
"Bukan sebab tu je..."jawab Yaya ringkas membuatkan Ying krikk krikk.
"Bila Boboiboy cakap yang kapten nak hantar dia ke dunia manusia,aku jadi risau...Itulah sebabnya kenapa aku cepat-cepat buat kajian..."jelas Yaya lagi manakala Ying hanya mengangguk faham.
"Jadi...Kelawar tu completely robot atau kau ada buat cara lain??"tanya Ying lagi.Yaya menggeleng.
"Terlalu rumit kalau aku buat 100% robot.Jadi aku cuba buat dengan cara lain iaitu mengubah suai kelawar normal kepada kelawar yang seakan-akan robot...Kebetulan masa aku tengah runsing,ada seekor anak kelawar yang mati sebab terkena jangkitan...Jadi,aku ambillah kesempatan ni untuk jadikan dia bahan uji kaji aku.Aku gantikan otak anak kelawar tu dengan satu mikrocip yang aku cipta...Lepas tu,aku tukar warna bulu dan mata anak kelawar tu supaya ianya sesuai dengan citarasa Boboiboy..."jelas Yaya panjang lebar manakala Ying hanya mengangguk faham.
"Lagipun,anak kelawar yang jadi bahan uji kaji aku tu lain dari yang lain..."sambung Yaya.
"Lain yang macam mana tu??"tanya Ying yang tidak faham.
"Sayap kanan anak kelawar tu cacat...Bukan cacat yang macam mana,ia cuma tak sama besar dengan sayap kiri"jelas Yaya.
"Tapi,macam mana kelawar tu nak tolong Boboiboy??Bukannya dia boleh bercakap pun"tanya Ying lagi.
"Siapa kata dia tak boleh bercakap??"tanya Yaya balik.
"Jangan cakap yang--"Ying tidak dapat menghabiskan kata-katanya kerana telah dipotong oleh Yaya.
"Memang dia boleh bercakap...Tapi hanya spesies vampire je yang boleh faham apa yang dia kata..."sampuk Yaya manakala Ying hanya meng'Ohh'kan saja.
"Apa...Nama dia?"
"OchoBat"jawab Yaya sepatah.
*Di rumah Fang*
Boboiboy sedang berbual-bual dengan OchoBat.Sesekali OchoBat mengibas-ngibas sayapnya sehingga Boboiboy terperasan sesuatu yang janggal pada sayap kanan OchoBat dan terus memegangnya.
"Eh?Kenapa kau pegang sayap aku?"tanya OchoBat hairan.
"Takda apa...Aku cuma terperasan sayap kanan kau macam lebih kecil dari sayap kiri kau..."jawab Boboiboy yang masih meneliti sayap OchoBat.
"Ohh...Sayap aku memang ada cacat sikit..."jelas OchoBat sambil perlahan-lahan menarik sayapnya dari tangan Boboiboy.
"Hmm..."
"Kau...Tak suka ke?"tanya OchoBat takut-takut manakala Boboiboy hanya tersenyum.
"Taklah.Aku tak kisah...Janji kecacatan tu tak menjejaskan kau,aku okay..."jawab Boboiboy ringkas membuatkan Ochobot berasa lega.
"Nasib baik..."monolog OchoBat lega.
To Be Continued
Errrrrr😂😂Terlalu banyak fakta pelik dan merepek😂🌾

ANDA SEDANG MEMBACA
ʟᴏᴠᴇ ʏᴏᴜ, ᴍʏ ᴄᴜᴛᴇ ᴠᴀᴍᴘɪʀᴇ (ғᴀɴɢʙᴏʏ ғᴀɴғɪᴄ) ✓
Fiksi Penggemar✦✧✧ 🄲🄾🄼🄿🄻🄴🅃🄴🄳 ✧✧✦ Warning⚠⚠⚠ Fujo fudan area!!Tak suka jangan baca!! Sinopsis⤵⤵⤵ Vampire AU!! Satu kebakaran telah terjadi di Sekolah Rendah Pulau Rintis menyebabkan keadaan menjadi amat huru-hara kerana masing² sibuk menyelamatkan diri. Bo...