CHAPTER 33

1.2K 120 68
                                    

---

"Alaa...Boboiboy...Jomlah pergi merentas desa tu!!Tak seronoklah kalau kau takda..."rayu Fang yang masih setia memujuk Boboiboy agar menyertai pertandingan merentas desa.Boboiboy hanya mampu menghela nafas berat.

"Kau ni...Kan aku dah cakap...Aku tak tahu pun apa benda yang kena dibuat masa merentas hutan ni..."balas Boboiboy sambil menongkat kepalanya.

Flashback On••

"Dipersilakan encik Azman untuk menyampaikan sepatah dua kata..."umum pengacara majlis melalui pembesar suara.Encik Azman yang mendengar namanya disebut terus bangun dari tempat duduknya.

"Saya malas nak cakap banyak,saya cuma nak beritahu yang pada hari esok sekolah kita akan mengadakan pertandingan merentas desa!!!"ucap encik Azman manakala pelajar-pelajar yang berada di dalam dewan hanya mampu krikk krikk.Ada juga sesetengah kumpulan pelajar yang mengeluh.

"Alaa...Merentas desa lagi..."keluh mereka.

Flashback Off••

"Aduh kau ni...Kan kau cuma kena lari..."ucap Fang.Boboiboy hanya memuncungkan sedikit bibirnya.

"Kalau aku sesat macam mana??"soal Boboiboy sambil menyilangkan kedua-dua belah tangan di dadanya.

"Kita larilah sama-sama.Apa susah?"jawab Fang selamba.

"Hmm...Tak naklah...Penat..."balas Boboiboy yang tiada semangat manakala Fang hanya smirk.

"Kalau kau tak nak pun,kau tetap kena sertai..."ucap Fang ringkas membuatkan Boboiboy blur sekejap.

"Kenapa??"soal Boboiboy tak faham.

"Aku dah masukkan nama kau dalam senarai pesertalahhh...."jawab Fang dengan jawapan yang menjadikan Boboiboy terkejut dan terus memukul bahu Fang.

"Ish!!Apa kau ni!!Suka-suki je tulis nama aku!!"marah Boboiboy yang masih memukul-mukul Fang tetapi tak terkesan apa-apa pun dengan pukulan Boboiboy.Makin seronok adalah.

"Adeh!Adeh!Ayang janganlah pukul abang!!"ucap Fang yang berpura-pura sakit dipukul Boboiboy.

Pipi Boboiboy serta-merta blushing apabila perkataan 'Ayang' itu keluar dari mulut Fang.

"Siapa ayang kau hah?!!"soal Boboiboy bengang tetapi Fang dapat lihat yang sebenarnya Boboiboy malu apabila digelarkan begitu.

"Janganlah marah...Aku suruh kau join Bukannya saja-saja tau!!"ucap Fang sambil memegang tangan Boboiboy yang masih memukulnya.

"Maksud kau?"soal Boboiboy yang tidak memahami apa yang ingin disampaikan oleh Fang.

"Kalau kau menang,kau boleh minta apa-apa je yang kau nak dari aku..."jelas Fang ringkas membuatkan mata Boboiboy bersinar-sinar.

"Apa-apa je?!"soal Boboiboy ingin mendapatkan kepastian.Dang hanya mengangguk.

"Kalau macam tu...Aku nak minta...Anak kelawarlah!!"ucap Boboiboy gembira membuatkan Fang speechless.

"B-biar betik budak ni?!!"soal Fang pada dirinya sendiri dan terus memegang kedua-dua belah bahu Boboiboy membuatkan Boboiboy hairan.

"K-kau...Kau nak kena Corona Virus ke?!!soal Fang yang masih terkejut dengan permintaan Boboiboy.

"Laa...Aku nak bela je,bukannya nak makan...Lagipun,kau dah janjikan..."jawab Boboiboy ringkas.Sebenarnya dia berasa sedikit takut kerana Fang mula mendekatkan muka dengan muka Boboiboy.

"Okay fine...Tapi syaratnya kau kena dapat nombor 1 dalam kategori lelaki B..."bisik Fang pada telinga Boboiboy.

"Okay..."balas Boboiboy sambil tersenyum manis.

"Heh,macamlah dia boleh kalahkan aku.Juara merentas desa 4 tahun berturut-turut!!"monolog Fang yang mula riak.

---

"Pertandingan merentas desa akan dimulakan sebentar lagi!! Peserta-peserta yang terlibat sila berkumpul di garisan permulaan!!"umum encik Azman yang sudah berdiri di garisan permulaan dengan menggunakan pembesar suara.

Peserta-peserta yang terlibat bergegas menuju ke garisan permulaan untuk mendapat tempat di hadapan.

"Cepat Boboiboy!!Nanti tak dapat tempat kat depan!!"ucap Fang sambil mengheret Boboiboy.Boboiboy yang diheret mula tercungap-cungap kerana Fang terlalu pantas.

"I-iyaa!!Hish!!Garisan tu tak lari kemana-manalah!!"balas Boboiboy.

*Di garisan permulaan*

Pengadil melepaskan peserta-peserta kategori  A Yang merupakan pelajar tingkatan 5 terlebih dahulu.Setelah beberapa minit,barulah pengadil melepaskan peserta-peserta kategori B yang terdiri daripada pelajar tingkatan 3 dan 4.

"Ke garisan!!"

"Sedia!!!"

(POOOONNNN!!!!)

Hon(?) telah dibunyikan.Semua peserta kategori B mula mengorak langkah.Fang terus menarik tangan Boboiboy sehingga Boboiboy hampir-hampir saja tersungkur.Mujur dia dapat seimbangkan badannya sebelum dia terjatuh.

"Heii!!Kenapa kau tarik aku laju sangat?!!"soal Boboiboy yang cuba melepaskan tangannya dari Fang tetapi Fang langsung tidak membenarkannya.

"Supaya kau lari laju sikit!!"jawab Fang ringkas tanpa menoleh ke arah Boboiboy.

"Ihh!!Aku nak lari sendirilah!!"bantah Boboiboy yang akhirnya dapat melepaskan tangannya dari pegangan Fang.Fang menoleh dan memandang Boboiboy dengan senyuman kecil.

"Okay...Kalau itu pilihan kau..."balas Fang dan menyusap kepala Boboiboy lembut lantas menyambung lariannya tadi diikuti oleh Boboiboy.

---

Fang dan Boboiboy masih lagi berlari bersama-sama.Boboiboy mula rasakan yang kakinya akan tercabut kerana asyik berlari tanpa henti.Boboiboy memutuskan untuk berhenti seketika dan duduk di atas sebuah batu yang agak besar.

"Erm Fang...Aku rehat kej-Eh??Mana Fang??"soal Boboiboy hairan apabila Fang sudah tiada di hadapannya.Boboiboy bingkas bangun dan berlari anak untuk mencari Fang.

Boboiboy sampai di sebuah simpang yang mempunyai 3 lorong.Boboiboy mula keliru kerana dia langsung tidak tahu lorong mana yang patut dilalui.

"Mana ek??"soal Boboiboy pada dirinya sendiri.Akhirnya Boboiboy memutuskan untuk melalui lorong kanan.

"Biasanya kanan adalah yang terbaik"gumam Boboiboy sambil berlari.

---

Boboiboy telah sampai di ladang kelapa sawit yang agak sunyi kerana tiada seorang manusia pun di situ.Boboiboy yang mula berasa takut menghentikan lariannya dan melihat sekeliling.

"K-kat mana ni?"soal Boboiboy perlahan.Dia dapat lihat kawasan sekitar amat gelap sehingga dia terduduk di situ.

"A-aku dah sesat ke??"soal Boboiboy perlahan.Air matanya mula bertakung.Dia takut kalau-kalau dia tersedar di situ selamanya dan tak dapat pulang ke rumah (yang sebenarnya rumah Fang).

"F-fang...Mana kau?Aku takut..."gumam Boboiboy yang sudah mula menangis teresak-esak sambil memeluk lututnya.

Tiba-tiba Boboiboy rasakan ada sesuatu yang mendarat pada lengannya.

"Hei...Kenapa nangis ni??"

To Be Continued

Apa bendalah ini 😂🌾

THANKS FOR 3K READS!!😭❤️✨

ʟᴏᴠᴇ ʏᴏᴜ, ᴍʏ ᴄᴜᴛᴇ ᴠᴀᴍᴘɪʀᴇ (ғᴀɴɢʙᴏʏ ғᴀɴғɪᴄ) ✓Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang