Boboiboy duduk di atas sebuah pokok yang agak tinggi sambil memerhati sekeliling untuk mencari mangsa yang boleh dijadikan makanannya.
"Hmm...Nak makan apa malam ni?"tanya Boboiboy pada dirinya sendiri.
Tidak lama kemudian,Boboiboy ternampak seorang wanita yang berusia dalam lingkungan 20-an dan berniat ingin menghisap darahnya.
"Macam sedap!!Tapi...Rasa tak sampai hati pula nak hisap darah dia..."gumam Boboiboy yang tiba-tiba saja membatalkan niatnya untuk menghisap darah wanita itu dan terus melompat dari pokok ke pokok sehingga sampai di sebuah hutan yang agak tebal.
"Ish!Kenapa aku tak boleh terbang macam kapten?!"soal Boboiboy yang mula rasa bosan apabila asyik melompat dan berjalan seperti manusia biasa.
Tiba-tiba Boboiboy ternampak seekor rusa yang sedang tidur berdekatan dengan tempat dia berada.Boboiboy mula menjilat bibirnya apabila terbayang betapa sedapnya(?) darah seekor rusa dan terjun dengan berhati-hati dari pokok.
Boboiboy berjalan perlahan-lahan mendekati rusa itu agar rusa itu tidak terbangun dan melarikan diri.Apabila Boboiboy telah berada di sebelah rusa itu,Boboiboy mula mengeluarkan senjatanya iaitu kukunya yang agak panjang dengan hujungnya yang amat runcing.Sesuai digunakan untuk mengoyakkan kulit dan menyiat daging.Lebih-lebih lagi kulit dan daging haiwan.
Boboiboy menusukkan kukunya pada leher rusa itu dengan kuat sehingga mengeluarkan banyak darah.Tanpa membuang masa, Boboiboy terus menghisap darah rusa itu menggunakan taringnya yang tajam sampailah...
"TUIIIH!!!Tak sedap!!!"ucap Boboiboy dan meludahkan darah rusa yang masih berada di atas lidahnya.
"Haduhh...Penat je aku bunuh rusa ni..."keluh Boboiboy yang berasa sedikit kecewa kerana rasa darah rusa itu tidak seperti yang dibayangkan olehnya dan terus melemparkan rusa itu sehingga agak jauh darinya.
"Erm...Nak makan apa ni??"soal Boboiboy perlahan sambil matanya mula melihat sekeliling hutan itu.Dia ingin mencari makanan lain dengan kadar segera kerana dia sudah terlalu lapar.
Tiba-tiba Boboiboy ternampak seekor ayam hutan berjalan di hadapannya.Boboiboy pun,tanpa membuang masa,Boboiboy terus menerkam ayam itu menggunakan kukunya lalu menggigit ayam itu menggunakan taringnya sehingga mati.
"Uhuk uhuk!!Tak seddaaap!!!"teriak Boboiboy lalu melemparkan ayam itu seperti rusa tadi.
---
Boboiboy hanya duduk termenung di atas pokok dengan perutnya yang masih berkeroncong kerana lapar.(KRUKK~KRUKK~)
"Huhuhu...Kapten...Boboiboy lapar..."gumam Boboiboy yang hampir menangis.
Flashback On••
"Kau ni teruk betul!!Setakat budak kecil macam tu pun kau tak dapat tangkap?!"marah seorang lelaki dengan suara yang agak kuat membuatkan Boboiboy terdiam seribu bahasa.
"B-bukan kapten Kaizo...Boboiboy cuma...Tak sampai hati nak bunuh budak tu..."jawab Boboiboy dengan suara perlahan.
"Tak sanggup?!!Spesies kita ni memanglah makan darah manusia!!Kalau kau tak sanggup nak bunuh manusia,macam mana kau nak teruskan hidup?!"balas lelaki itu 'Kapten Kaizo' yang tidak habis-habis memarahi Boboiboy.
Boboiboy hanya diam membuatkan kapten Kaizo semakin bengang.Tiba-tiba dia mendapat satu idea.
"Disebabkan kemahiran kau langsung tak meningkat dan kau pun masih tak dapat guna elemen api kau...Aku rasa aku terpaksalah hantar kau ke dunia manusia..."ucap kapten Kaizo membuatkan Boboiboy terkejut.
"Kenapa???"soal Boboiboy.
"Untuk mengajar kau supaya berdikari dan tingkatkan kemahiran kau!!"jawab Kapten Kaizo dengan tegas.
"T-tapi-"
"Aku bagi kau masa sebulan...Kalau kau tak masih tak berubah,kau balik nanti,aku makan kau hidup-hidup..."sampuk Kapten Kaizo dengan dingin membuatkan Boboiboy menggigil ketakutan dan terus berlari meninggalkan Kapten Kaizo di situ.
*Di satu bilik*
Boboiboy menerjah masuk ke dalam bilik itu sambil menangis dan terus memeluk kedua-dua gadis yang sedang membaca di situ.
"Boboiboy??Kenapa nangis ni??"soal salah seorang gadis itu.
"Kakak Yaya...Kakak Ying...Kapten Kaizo nak hantar Boboiboy ke dunia manusia...Boboiboy tak nak..."jawab Boboiboy yang masih menangis membuatkan kedua-dua gadis itu 'Yaya' dan 'Ying' terkejut.
"Kau serius ke ni??"soal Ying tetapi Boboiboy langsung tidak menjawab.
"Eh Ying,aku rasa elok kau pergi tanya kapten Kaizo kenapa...Aku akan pujuk Boboiboy"bisik Yaya manakala Ying hanya mengangguk setuju dan terus berjalan keluar dari bilik itu.
"Boboiboy...Jom..."ajak Yaya tiba-tiba.
"P-pergi mana?"tanya Boboiboy yang masih teresak.
"Kita cari sesuatu yang sedap nak tak?"tanya Yaya balik membuatkan mata Boboiboy bersinar-sinar.
"Nak nak!!"jawab Boboiboy gembira membuatkan Yaya tersenyum.
Flashback Off••
"Hmm...Kalau kakak ada,mesti dia dah carikan aku makanan..."gumam Boboiboy yang masih lagi bersedih sambil memandang ayam dan rusa yang dibunuhnya tadi.
"Hmph!!Aku kena makan juga!!Kalau tak,macam mana aku nak teruskan hidup??"ucap Boboiboy yang tiba-tiba bersemangat dan terus terjun dari pokok itu dan mengambil mangsa-mangsa yang dicampaknya tadi.
"Haihh...Redha jelah..."ucap Boboiboy yang hanya pasrah dengan nasibnya dan terus menghisap darah rusa dan ayam itu sehingga habis.
---
Boboiboy mengintai sedikit di pintu bilik Fang dan mendapati Fang masih lagi tidur membuatkan Boboiboy berasa lega.
"Nasib baik..."monolog Boboiboy lalu berjalan menghampiri katil dan baring di sebelah Fang.
Boboiboy melelapkan matanya dan cuba untuk tidur tetapi dia langsung tidak rasa mengantuk menyebabkan dia tidak dapat tidur.
Tiba-tiba Boboiboy teringat sesuatu...
"Mana ada vampire tidur waktu malam!!"monolog Boboiboy sambil menepuk dahinya.
Boboiboy bangun dari pembaringannya dan duduk di atas katil Fang.Dia berniat ingin berjalan-jalan di sekitar kawasan taman berdekatan.
"Tapi esok sekolah..."monolog Boboiboy sedih dan baring semula.
"Aku kena tidur juga!!"ucap Boboiboy perlahan dan terus melelapkan matanya.
Tiba-tiba ingatan Boboiboy teringatkan kapten Kaizo dan makanan yang selalu diberikan padanya.
"Erm..."
"Kakak...Boboiboy nak balik..."monolog Boboiboy yang mula merindukan rumahnya dan beberapa titis air mata mula mengalir di pipinya.
"Sampai hati kapten tinggalkan Boboiboy kat sini..."monolog Boboiboy yang sedikit teresak apabila mengingat kembali apa yang kapten Kaizo katakan padanya.
To Be Continued
Erm😂

ANDA SEDANG MEMBACA
ʟᴏᴠᴇ ʏᴏᴜ, ᴍʏ ᴄᴜᴛᴇ ᴠᴀᴍᴘɪʀᴇ (ғᴀɴɢʙᴏʏ ғᴀɴғɪᴄ) ✓
Fanfiction✦✧✧ 🄲🄾🄼🄿🄻🄴🅃🄴🄳 ✧✧✦ Warning⚠⚠⚠ Fujo fudan area!!Tak suka jangan baca!! Sinopsis⤵⤵⤵ Vampire AU!! Satu kebakaran telah terjadi di Sekolah Rendah Pulau Rintis menyebabkan keadaan menjadi amat huru-hara kerana masing² sibuk menyelamatkan diri. Bo...