*Di Speedmart*
Boboiboy berjalan memasuki Speedmart itu dan terus berlari menuju ke arah kaunter tanpa menunggu Fang.
"Abang!Kat sini ada jual asid kering warna hijau tak??"tanya Boboiboy secara tiba-tiba membuatkan penjaga kaunter itu tersentak dan memandang Boboiboy dengan pandangan yang tidak boleh digambarkan dengan perkataan.
Fang yang berada tidak jauh dari situ hanya mampu sweatdrop apabila mendengar perkataan 'Asid kering' keluar dari mulut Boboiboy dan terus berjalan menghampiri Boboiboy.
"Haihh...Bukan asid keringlah...Ais krim!!
(-_-;)"tegur Fang datar manakala Boboiboy hanya menjelirkan lidahnya."Samalah tu!"balas Boboiboy.
"Ohh...Kalau ais krim ada kat bahagian belakang tu...Carilah ais krim apa korang nak..."ucap penjaga kaunter itu dengan ramah membuatkan Boboiboy tersenyum lebar.
"Ha,Kau pergilah cari ais kr-"
Belum sempat Fang menghabiskan kata-katanya,Boboiboy telah pun berlalu pergi meninggalkan Fang dan penjaga kaunter itu di situ.
"Dasar budak-budak..."monolog Fang sambil tergelak kecil melihat telatah Boboiboy yang masih tidak berubah dari dulu sampai sekarang.
Penjaga kaunter yang melihat Fang tersenyum-senyum sendiri itu langsung bertanya.
"Boyfriend ke tu?"tanya penjaga kaunter itu secara tiba-tiba dengan niat ingin menyakat Fang apabila melihat mereka berdua agak mesra.
Fang yang mendengar soalan penjaga kaunter itu hanya smirk dalam diam dan akhirnya menjawab.
"Ha ah"jawab Fang sepatah dengan selambanya membuatkan penjaga kaunter itu terdiam dan tak tahu nak kata apa.
"Biar betik budak ni?!"soal penjaga kaunter yang masih speechless itu pada dirinya sendiri.
Fang yang melihat penjaga kaunter itu sudah tersenyap mula tergelak-gelak seperti seekor syaitan di dalam hatinya.
"Huahahaha!!!Hebatnya aku!!Dapat buat orang tak terlalu muda ni diam!!"monolog Fang yang tiba-tiba memuji dirinya sendiri.
"Tapi...Kalau betul-betul Boboiboy tu boyfriend akukan bagus...ಥ╭╮ಥ"sambung Fang yang tiba-tiba saja berasa sedih apabila mengenangkan yang Boboiboy masih belum sah menjadi boyfriendnya.
---
Fang dapat lihat Boboiboy berjalan perlahan-lahan mendekati tempat dia berdiri membuatkan Fang tersenyum.
"Akhirnya..."monolog Fang yang masih tersenyum.
Tetapi senyuman Fang automatik memudar apabila melihat Boboiboy membawa 3 buah kotak yang bersaiz sederhana berwarna coklat.
"Fang!!Aku dah jumpa ais krim tu!!"teriak Boboiboy gembira dan terus meletakkan kotak-kotak itu di atas kaunter.
"Apakah--Banyaknya!!"ucap Fang yang hampir-hampir saja menangis melihat kotak-kotak itu.
Penjaga kaunter itu mula menelan air liurnya apabila melihat jumlah kotak ais krim yang diambil Boboiboy.
"Hohoho...Duitt~"monolog penjaga kaunter itu sambil membayangkan dirinya yang sedang berbaring dan dibanjiri dengan gunung duit.
"Aku ambil ais krim yang macam kita beli kat sekolah tadi Fang!!"ucap Boboiboy yang masih lagi tidak sedar apa yang dirasai Fang buat masa ini.
"Hiks Hiks...Takpalah...Demi crush tersayang...ಥ‿ಥ"monolog Fang yang hanya pasrah tetapi masih lagi menunjukkan senyuman pada Boboiboy.
"Iyalah...Erm...Bang,berapa harga semua ais krim ni?"tanya Fang yang masih lagi dengan senyuman paksanya membuatkan penjaga kaunter itu tersedar dari lamunannya.
"Ohh,semuanya RM599.99 ringgit..."jawab penjaga kaunter itu sehingga Fang dapat rasakan yang ada sebatang anak panah yang tertulis RM599 ringgit menikam jantungnya tetapi tangannya segera mencapai dompetnya yang berada di dalam poket seluar dan mengeluarkan sekeping kad kredit.
"Bayar pakai kad boleh?"tanya Fang dengan tangannya yang sudah menggigil-gigil.
"Boleh"jawab penjaga kaunter itu.
Dengan penuh terpaksa dan tidak rela,Fang menghulurkan kad kreditnya pada penjaga kaunter itu dan penjaga kaunter itu mula meng-(apatah tu) kad kredit Fang lalu diberikannya semula pada Fang.
"Terima kasih...Lain kali belilah banyak-banyak lagi..."ucap penjaga kaunter itu manakala Fang hanya mengangguk kecil.
"Eish!!Banyak petak muka dia!!Ingat aku ni cop duit ke?!!"monolog Fang yang rasa ingin menumbuk muka penjaga kaunter itu.Tetapi niatnya hanya dibatalkan.
---
Fang menyimpan ketiga-tiga kotak ais krim itu ke dalam peti sejuk dan terus melabuhkan punggungnya di atas kerusi berdekatan dengan peti sejuk itu.
"Apasal boleh jadi mahal sangat?!!"soal Fang yang masih tidak berpuas hati dengan harga 599 tadi.
Tiba-tiba saja Boboiboy berlari ke arah Fang dan terus merempuhnya sehingga Fang terjatuh dari kerusi yang didudukinya.
"Fang!!"panggil Boboiboy dengan suara yang kuat.
"Dah kenapa ni??"tanya Fang pelik dengan Boboiboy.
"Mana ais krim aku??"tanya Boboiboy yang sudah tidak sabar.
"Aku simpan dalam peti sejuk..."jawab Fang ringkas sambil jarinya menunding ke arah peti sejuk yang berada tidak jauh dari tempatnya dan Boboiboy.
Boboiboy yang mendengar jawapan Fang segera berlari ke arah peti sejuk yang dimaksudkan Fang dan membuka pintu(?)nya.Boboiboy dapat lihat ketiga-tiga kotak ais krimnya tersusun rapi di dalam peti sejuk itu.
Boboiboy mengeluarkan salah satu kotak dan membukanya lalu mengambil sebatang ais krim.Selepas itu,Boboiboy meletakkan kembali kotak itu ke dalam peti sejuk dan mula berjalan menjauhi peti sejuk untuk menuju ke ruang hadapan.
"Boboiboy,kejap"panggil Fang tiba-tiba membuatkan langkah Boboiboy terhenti.
"Hmm?"
"Dalam satu kotak tu ada berapa batang?"tanya Fang.
"Hmm...Tak silap aku ada 200 batang..."jawab Boboiboy selamba.
"Patutlah mahal!!(╥﹏╥)"monolog Fang yang mula menangis di dalam hatinya.
"Ohh"balas Fang.
"Okaylah,aku nak makan ais krim kat luar..."ucap Boboiboy dan terus berjalan meninggalkan Fang seorang diri di situ.
Fang hanya diam kerana tak tahu nak cakap apa.
"Aneh yini budak..."gumam Fang perlahan.
To Be Continued
🍦🍦🍦🍦😂
(Semalam Leeya tertidur😂🔨Jadi tak update🤣🍦)

ANDA SEDANG MEMBACA
ʟᴏᴠᴇ ʏᴏᴜ, ᴍʏ ᴄᴜᴛᴇ ᴠᴀᴍᴘɪʀᴇ (ғᴀɴɢʙᴏʏ ғᴀɴғɪᴄ) ✓
Fanfiction✦✧✧ 🄲🄾🄼🄿🄻🄴🅃🄴🄳 ✧✧✦ Warning⚠⚠⚠ Fujo fudan area!!Tak suka jangan baca!! Sinopsis⤵⤵⤵ Vampire AU!! Satu kebakaran telah terjadi di Sekolah Rendah Pulau Rintis menyebabkan keadaan menjadi amat huru-hara kerana masing² sibuk menyelamatkan diri. Bo...