CHAPTER 21

1.3K 133 21
                                    

"Helo?"

Terdengar suara dari seberang sana yang Fang yakini dari klinik yang ditelefonnya.Fang mula menjelaskan tujuannya menelefon.

"Saya harap doktor boleh datang dengan segera..."ucap Fang ringkas.

"Saya akan sampai ke sana dalam masa 10 minit..."balas doktor itu dan terus mematikan panggilan.

Fang meletakkan phonenya di atas katil dan menyambung aktivitinya iaitu menongkat kepalanya menggunakan kedua-dua belah tangannya dan menatap Boboiboy yang masih tertidur lena.Takda kerja betul!!

-10 minit kemudian-

Terdengar bunyi ketukan pada pintu rumah Fang.Fang yang mendengarnya segera bangun dan berjalan ke arah pintu rumahnya lalu membuka pintu itu.

Fang dapat lihat seorang doktor perempuan yang memakai tudung berwarna putih berserta dengan uniformnya.Doktor itu hampir sama tinggi dengan Fang.Bagi Fang,doktor itu boleh tahan lawa jugalah!Fang membaca tanda nama doktor itu yang tertulis 'Dr.Fathiah'.

"Ini rumah Fang ke?"tanya Dr.Fathiah apabila menyedari Fang hanya memandangnya tanpa berkata apa-apa.Bongok punya Fang!

"Ha-ha ah...Doktor masuklah..."ajak Fang sambilemberikan sedikit jalan agar Dr.Fathiah dapat masuk ke dalam rumahnya.

Fang menunjukkan jalan ke biliknya manakala Dr.Fathiah hanya mengikut Fang.Mereka memasuki bilik Fang dan Dr.Fathiah terpaku seketika apabila melihat Boboiboy.Dr.Fathiah segera menghampiri Boboiboy.

"Amboi!!Comelnya budak ni!!Adik kamu ke?"soal Dr.Fathiah yang masih tidak melepaskan pandangannya dari muka Boboiboy.

"Oi!!Jangan dekat-dekat dengan crush akulah!!"marah Fang di dalam hatinya tetapi di luar dia hanya tersenyum.

"Itu kawan saya..."jawab Fang yang masih dengan senyuman palsunya.

"Ohh...Comel betul!Macam budak-budak!!"puji Dr.Fathiah membuatkan Fang yang mendengarnya menjadi bangga+kembang sekejap.

"Ehehe...Tengoklah siapa punya bakal boyfriend..."ucap Fang perlahan.

"Apa??"tanya Dr.Fathiah yang seperti mendengar sesuatu membuatkan Fang sedikit terkejut.Pekanya telinga doktor ni!!

"T-takda apa-apa!!"balas Fang.

---

Dr.Fathiah telah selesai memeriksa Boboiboy dan memberikan Fang ubat-ubatan yang bersesuaian dengan demam Boboiboy.

"Pastikan dia makan semua ubat ni sampai habis dalam tempoh seminggu kalau tak nak demam dia berulang lagi..."pesan Dr.Fathiah sambil menghulurkan 2 botol ubat cecair dan sepapan ubat pil pada Fang manakala Fang hanya mengangguk.

Selepas membuat apa yang patut,Dr.Fathiah berjalan keluar dari rumah Fang dan terus menaiki keretanya.Sebelum Dr.Fathiah menghidupkan enjin keretanya,fikirannya mula teringatkan Boboiboy.

"Kenapa aku rasa...Taring budak tu lagi panjang dari manusia biasa??"soal Dr.Fathiah pada dirinya sendiri sambil memandang rumah Fang dari jauh.

"Aneh..."monolog Dr.Fathiah lagi.

---

"Boboiboy membuka matanya perlahan-lahan dan sedikit mengeliat lalu menarik selimut yang hampir jatuh dari katil itu sehingga menutupi badannya.

"Pukul berapa ni?Rasa macam dah lama sangat aku tidur..."monolog Boboiboy yang masih mamai sambil mengalihkan pandangannya ke arah jam yang ada di dinding.

9:02 p.m.

"Uff!!Lamanya aku tidur!!Apa jadi dengan ais krim kesayangan aku?!!"soal Boboiboy yang mula panik seraya melemparkan selimut yang menyelubungi badannya ke lantai dan melompat dari katil.

Boboiboy terus berlari keluar bilik dan menuju ke arah dapur.Apabila Boboiboy sampai di dapur,dia terlihat Fang sedang memasak sesuatu.Boboiboy mula memperlahankan langkahnya menuju ke arah peti ais agar Fang tidak menyedari kehadirannya.Boboiboy membuka peti ais itu dan hampir-hampir dia menjerit kerana kesemua ais krimnya telah...HILANG!!

"M-mana ais krim aku?!"soal Boboiboy pada dirinya sendiri.

Tiba-tiba Fang menegurnya.

"Ha!Cari apa tu??"soal Fang secara tiba-tiba membuatkan Boboiboy tersentak dan segera menoleh ke belakang.

"Aku...Cari ais krim aku...Kau ada nampak tak?"tanya Boboiboy yang sudah memuncungkan sedikit bibirnya sambil memandang Fang.

"Aku dah buang"jawab Fang dengan ringkas dan selambanya seperti orang yang tiada perasaan.Boboiboy yang mendengar jawapan Fang hampir-hampir saja menangis.

"Ke-kenapa kau buang??"soal Boboiboy dengan matanya yang sudah berkaca-kaca.

"Kaulah!Makan ais krim tak henti-henti sampai demam...Jadi aku takda pilihan lain selain buang ais krim kau tu"jawab Fang yang sedikit memarahi Boboiboy.

Boboiboy yang tidak mahu melawan hanya mengembungkan pipinya tanda protes seperti seekor ikan buntal.Fang yang melihat reaksi Boboiboy terus mencubit pipi Boboiboy menjadikan Boboiboy terkejut.

"Sakitlah!!"marah Boboiboy sambil cuba menepis tangan Fang yang masih mencubit pipinya.

"Comel sangatlah kau ni.Geram aku!"balas Fang sambil melepaskan cubitannya dan mula berjalan ke arah tempat memasaknya tadi.

Boboiboy hanya mampu memegang pipinya yang menjadi mangsa cubitan Fang dengan geram.

"Tahulah aku comel!!Tapi tak payahlah sampai nak cubit-cubit!!Sakit tau!!"monolog Boboiboy hanya mampu memarahi Fang di dalam hatinya.Hendak melawan,takut kalau-kalau pipinya dicubit lagi.

Tidak lama kemudian,Fang berjalan ke arah Boboiboy sambil tangannya memegang sebuah mangkuk kecil.Boboiboy yang melihatnya mula tertanya-tanya.

"Apa tu??"tanya Boboiboy.Matanya tidak lepas dari memandang mangkuk itu.

"Ni,aku ada buatkan kau bubur ayam...Kaukan tak sihat,jadi kenalah elakkan makanan yang keras-keras"jawab Fang dan memberikan mangkuk itu pada Boboiboy.Boboiboy hanya melihat isi yang terdapat dalam mangkuk itu manakala hidungnya mula menghidu bubur ayam itu.

"Ini...Baja ke??"soal Boboiboy dengan soalan yang membuatkan Fang tercengang.

"B-baja?!!"

To Be Continued

Finally,dapat update ಥ‿ಥ Maaf ya kalau tak memuaskan ಥ‿ಥ Leeya hanya type spontan tanpa berfikir ಥ‿ಥ Bungukskan ಥ‿ಥ

ʟᴏᴠᴇ ʏᴏᴜ, ᴍʏ ᴄᴜᴛᴇ ᴠᴀᴍᴘɪʀᴇ (ғᴀɴɢʙᴏʏ ғᴀɴғɪᴄ) ✓Where stories live. Discover now