"E-eh??"soal Boboiboy yang seperti tidak memahami apa yang ditanyakan oleh Fang tadi.
"Aku tanya,kau buat apa tu?"tanya Fang yang mengulangi soalannya tadi.
"A-aku...C-cuma nak tolong pusing-pusingkan sudu kat dalam ni supaya kau punya bubur cepat sejuk...Itu je..."jawab Boboiboy dengan jawapan spontan yang agak merepek sehingga Fang mengangkat sebelah keningnya.
"Apa punya alasan aku bagi ni?!"soal Boboiboy pada dirinya sendiri.Dia mula bimbang jika perbuatannya yang ingin mengambil bubur ayam Fang diketahui oleh tuan punya bubur.
"Hmm...Yelah Boboiboy...Suka hati kaulah"ucap Fang sambil berjalan menghampiri meja makan lalu duduk di atas kerusi bersebelahan dengan Boboiboy.Boboiboy hanya diam.Tetapi di sudut hatinya,dia berasa lega kerana Fang tidak syak apa-apa.
Fang mula mencedok sedikit demi sedikit bubur ayam itu lalu menyuapnya ke dalam mulutnya sendiri.Boboiboy yang masih lapar hanya melihat Fang makan.Sebenarnya Boboiboy ingin meminta sedikit bubur Fang tetapi...
"Erm...Malulah pula...Nanti apa pula Fang kata pasal aku..."monolog Boboiboy yang terus membatalkan niatnya untuk meminta bubur ayam Fang.
Fang yang terperasan Boboiboy asyik melihatnya hanya smirk dalam diam.Dia tahu yang Boboiboy mahukan buburnya,tetapi dia sengaja membiarkan Boboiboy begitu.
"Aku nak dia sendiri minta..."monolog Fang.
Boboiboy yang sudah tidak boleh menahan keinginannya untuk makan bubur itu mula menarik sedikit lengan baju Fang.Fang yang merasakan lengan bajunya ditarik terus menoleh.
"Ya?"
Pipi Boboiboy tiba-tiba saja blushing.Dia masih lagi berfikir,patut ke dia minta bubur Fang?
"N-nak sikit...Boleh?"tanya Boboiboy malu-malu dengan kepalanya yang ditundukkan sedikit.Fang hanya tersenyum puas melihat Boboiboy akhirnya memberitahunya apa yang diinginkannya.
"Boleh"jawab Fang sambil tersenyum tersenyum.Tangannya mula mencedokkan bubur yang ingin disuapkan pada Boboiboy.
Boboiboy tersenyum lebar lantas membuka mulutnya.Fang mula menyuapkan bubur itu ke dalam mulut Boboiboy.
"Sedaplah!!"puji Boboiboy dengan mulutnya yang masih penuh membuatkan Fang tergelak kecil.
"Manja betul budak ni!!Melting siottt!!"monolog Fang.Jika seluruh badan Fang diperbuat daripada ais,confirm dah cair habis!!
"Nak lagi?"tanya Fang pada Boboiboy manakala Boboiboy hanya menganggukkan kepalanya.Fang pun apa lagi,terus suap bubur itu ke dalam mulut Boboiboy.
"Apa kata kalau...Aku confess kat dia..."monolog Fang lagi yang tiba-tiba mendapat idea.
"Erm...Boboiboy"panggil Fang tiba-tiba.Boboiboy yang masih sibuk mengunyah buburnya hanya menoleh.
"Ya??"tanya Boboiboy.
"Aku...Sebenarnya..."Fang terpaksa menggantung ayatnya kerana dia rasakan yang jantungnya sedang berdegup kencang sehingga membuatkan dia sedikit sukar untuk membuka mulut.
"Kenapa Fang??"tanya Boboiboy tidak sabar.Fang hanya menghela nafasnya membuatkan Boboiboy hairan.
"Hmm...Takda apa-apalah...Lupakan je..."jawab Fang yang kedengaran sedikit sedih.Boboiboy hanya terkebil-kebil kerana tidak memahami apa yang ingin disampaikan oleh Fang.
---
Boboiboy dan Fang telah siap bersarapan.Kini mereka berdua dalam perjalanan menuju ke sekolah.Mereka berjalan dalam keadaan senyap kerana tiada topik yang ingin dibincangkan.
"Aduhh...Macam mana aku nak confess kat dia ni?!!"soal Fang pada dirinya sendiri.Fikirannya langsung tidak boleh memikirkan perkara lain selain dari perasaannya pada Boboiboy dan bagaimana caranya untuk dia meluahkan perasaannya itu.
Tiba-tiba Fang mendapat satu idea dan memegang tangan Boboiboy.Boboiboy yang merasakan tangannya dipegang menoleh ke arah Fang.
"Kenapa ni Fang??"tanya Boboiboy.Fan menggigit bibir bawahnya sedikit sebelum menjawab soalan Boboiboy.
"Aku...Ada benda nak cakap dengan kau...Tapi aku tak boleh cakap kat sini..."jawab Fang perlahan sambil mengeratkan lagi pegangannya pada tangan Boboiboy.
"Eh?Kenap-"
Belum sempat Boboiboy menghabiskan kata-katanya,Fang telah pun menariknya secara paksa sehingga Boboiboy hampir-hampir saja terjatuh.Nasih baik Boboiboy pandai imbangkan badan.
"F-fang!!Kita nak pergi mana ni??"soal Boboiboy yang masih diheret Fang.Namun,Fang langsung tidak menjawab soalan Boboiboy.Semakin kuat ditariknya Boboiboy adalah.
*Di suatu tempat*
Fang masih lagi menarik tangan Boboiboy sehingga mereka berdua sampai di suatu lorong yang agak sunyi kerana tiada sesiapa pun yang lalu di situ.
Fang memegang kedua-dua belah bahu Boboiboy dengan agak kuat dan menolak Boboiboy sehingga tersandar pada tembok yang ada di belakangnya.
"Kenapa kau ni??"soal Boboiboy yang tidak memahami apa yang Fang sedang lakukan.Fang yang mendengar soalan Boboiboy semakin menguatkan pegangannya pada bahu Boboiboy membuatkan Boboiboy sedikit kesakitan.
"S-sakitlah!!"marah Boboiboy di dalam hatinya.
Fang menarik nafas dalam-dalam dan menghembuskannya.
"A-aku-aku sebenarnya..."Fang cuba meluahkan perasaannya pada Boboiboy.
"Cepatlah Fang!!Berani sikit!!monolog Fang yang cuba memberi semangat pada dirinya sendiri.
"N-nak kau jadi lebih manja dengan aku!!!"sambung Fang dengan ayat yang membuatkan pipi Boboiboy blushing teruks.
"M-manja??"
To Be Continued
YOU ARE READING
ʟᴏᴠᴇ ʏᴏᴜ, ᴍʏ ᴄᴜᴛᴇ ᴠᴀᴍᴘɪʀᴇ (ғᴀɴɢʙᴏʏ ғᴀɴғɪᴄ) ✓
Fanfiction✦✧✧ 🄲🄾🄼🄿🄻🄴🅃🄴🄳 ✧✧✦ Warning⚠⚠⚠ Fujo fudan area!!Tak suka jangan baca!! Sinopsis⤵⤵⤵ Vampire AU!! Satu kebakaran telah terjadi di Sekolah Rendah Pulau Rintis menyebabkan keadaan menjadi amat huru-hara kerana masing² sibuk menyelamatkan diri. Bo...