*Waktu balik*
Fang masih lagi tidak mahu bercakap dengan Boboiboy kerana dia masih berasa sedikit bengang dengan apa yang terjadi di bilik guru tadi.
"Tak pasal-pasal aku kena marah free dengan pengetua tadi..."monolog Fang sambil memandang Boboiboy dengan ekor matanya.
"Nak je aku pijak budak Boboiboy ni...Tapi bila difikir-fikirkan balik,tak payahlah...Kang nangis nanti,mati aku nak kena pujuk dia..."monolog Fang lagi yang masih tidak melepaskan pandangannya dari Boboiboy.
Akhirnya Fang memutuskan untuk menegur Boboiboy.
"Erm...Boboiboy"panggil Fang tiba-tiba manakala Boboiboy hanya menoleh.
"Kenapa kau...Nangis tadi?Kan aku gurau je..."tanya Fang dengan berhati-hati kerana tidak mahu melukakan perasaan Boboiboy.
Boboiboy yang mendengar pertanyaan Fang hanya mampu tersenyum pahit dan mengalihkan semula pandangannya ke hadapan.
"Hmm...Kau tak tahu apa yang aku selalu lalui kat rumah..."jawab Boboiboy perlahan membuatkan Fang hairan.
"Apa dia?"tanya Fang yang tidak faham.
"Adalah...Kau tak perlu tahu..."jawab Boboiboy dengan suara yang masih perlahan.
Ingatannya mula teringat waktu semasa dia dibuli dulu.
Flashback On••
Boboiboy berjalan ke arah biliknya sambil matanya tidak lepas-lepas dari memandang buku berwarna biru yang diberikan Yaya padanya sambil tersenyum-senyum sendiri.
"Wah!Tak sabar nak baca buku ni!!"gumam Boboiboy dengan gembiranya.
Untuk menuju ke biliknya,Boboiboy terpaksa melalui bilik kapten Kaizo dan satu lorong yang menuju ke kawasan latihan pasukan vampire kapten Kaizo.Kalau boleh memang Boboiboy tidak mahu melalui kawasan itu,tapi apakan daya,itu saja jalan yang ada untuk menuju ke biliknya.
Sedang Boboiboy berjalan, tiba-tiba saja buku yang dipegangnya dirampas oleh seseorang membuatkan Boboiboy terkejut dan segera menoleh untuk melihat siapa pelakunya.
Orang yang berada di hadapan Boboiboy sekarang mempunyai rambut berwarna hijau yang terpacak sedikit manakala rakannya pula mempunyai rambut berwarna ungu dan seperti biasalah,mereka berdua tinggi seperti galah sehingga Boboiboy terpaksa mendongakkan sedikit kepalanya.
"Ish!Adu Du dan Probe!Nak apa lagi ha?!Tak puas-puas lagi kacau aku?!"soal Boboiboy dengan suara yang agak tinggi.
"Ish!Biadap betulkan Incik Bos!"ucap lelaki yang berambut ungu 'Probe' sambil memandang lelaki yang berambut hijau itu 'Adu Du'.
"Betul tu...Tak s-"
Belum sempat Adu Du menghabiskan kata-katanya, Boboiboy telah pun melompat untuk mencapai buku yang dirampas Adu Du tetapi Adu Du cepat-cepat mengangkat buku itu tinggi-tinggi agar Boboiboy tidak dapat mencapainya.
"Alalalala~Kesiannya~Tak sampai ye??"soal Adu Du yang mula mengejek Boboiboy dan mula menggelakkannya.
"Ish!!Bagi baliklah!!"marah Boboiboy sambil cuba mencapai buku itu dari Adu Du.
"Ambil ni Probe!!"ucap Adu Du dan membalingkan buku yang dipegangnya pada Probe.
Probe mencapai buku itu dan seperti Adu Du Terus mengangkatnya setinggi yang boleh membuatkan Boboiboy terlompat-lompat untuk mencapai buku itu.
"Hahaha!!Kesian dia...Pendek sangat!!"ejek Adu Du membuatkan Boboiboy semakin naik angin dan...
(ZAPP!!)
Mencakar lengan Adu Du sehingga mengeluarkan banyak darah.Probe yang melihatnya terus melemparkan buku yang ada di tangannya dan bergegas ke arah Adu Du yang sudah kesakitan.
"I-Incik Bos!!Incik Bos okay tak?!"soal Probe panik.
Tanpa membuang masa,Boboiboy terus mencapai buku itu dan mula mengangkat kakinya untuk melarikan diri.Tetapi belum sempat Boboiboy melangkah,tiba-tiba bajunya telah ditarik dari belakang dan dia ditolak sehingga belakangnya menghentam dinding.
"Auch!"erang Boboiboy apabila badannya menghentam dinding batu itu.
(DUSH!!)
Satu tumbukan yang agak kuat mengenai pipi kiri Boboiboy sehingga membuatkan dia kesakitan.
"S-sakitlah..."ucap Boboiboy yang hampir-hampir menangis.
"Tak padan dengan pendek!!Kau dah berani nak melawan Incik Bos!!"ucap Probe yang masih setia berdiri di belakang Adu du.
"Baru beberapa minggu kat sini,kau dah berani cari pasal!!"pungkas Adu Du dengan suara yang kuat dan kasar membuatkan air mata Boboiboy jatuh membasahi pipinya.
"A-aku-"
"Eh?Dah nangis?Tadi macam berani sangat!!"sampuk Adu Du sambil mengangkat perlahan-lahan tangannya tanda bersedia untuk memberi Boboiboy tumbukan kedua.
Tetapi belum sempat Adu Du menumbuk Boboiboy,seseorang telah menghentikannya.
"Woi!!Jangan ganggu dia!!"teriak seseorang sambil menolak Adu Du agar menjauhi Boboiboy manakala lagi seorang menyepak Probe sehingga terjatuh.
"K-kakak..."ucap Boboiboy yang berasa lega apabila kedua kakaknya yang merupakan Yaya dan Ying datang membantunya.
Tanpa membuang masa, Boboiboy terus berlari dan menyorok di belakang Ying.
"Tch!Ada saja yang menyibuk!"ucap Adu Du menahan geram.
"Jomlah Probe!Buang masa je kita atau sini lama-lama!"ajak Adu Du sambil berjalan menjauhi kawasan itu.
"Kalau kitorang nampak korang kacau Boboiboy lagi, kitorang belasah korang!!"teriak Ying memberikan amaran pada Adu Du dan Probe.
Flashback Off••
Boboiboy hanya tersenyum kecil apabila teringat tentang Yaya dan Ying yang sentiasa ada ketika diperlukan.
"Boboiboy rindu kakak..."monolog Boboiboy.
Fang hanya melihat Boboiboy seperti sedang bersedih mula menegur.
"Boboiboy"tegur Fang membuatkan Boboiboy tersedar dari lamunannya.
"Y-ya?"
"Kau...Nak tak kalau aku belikan kau ais krim lagi?"tanya Fang dengan soalan yang membuatkan Boboiboy tersenyum lebar dan terus memegang lengan Fang.
"Nak nak nak!!"jawab Boboiboy yang seperti kanak-kanak riang sambil menggoncang-goncang tangan Fang membuatkan Fang tersenyum.
"Okay...Jom"ajak Fang sambil menarik tangan Boboiboy agar Boboiboy berjalan dengan lebih pantas.
"Aku nak asid kering yang macam tadi tu tau!!"pesan Boboiboy yang masih menyebut 'Ais krim' sebagai 'Asid kering' membuatkan Fang sweatdrop.
"Haish budak ni...Berapa banyak kali aku nak kena cakap...Ais krim,bukannya asid kering...
(ー_ー゛)"monolog Fang.To Be Continued
(~_~;)
YOU ARE READING
ʟᴏᴠᴇ ʏᴏᴜ, ᴍʏ ᴄᴜᴛᴇ ᴠᴀᴍᴘɪʀᴇ (ғᴀɴɢʙᴏʏ ғᴀɴғɪᴄ) ✓
Fanfic✦✧✧ 🄲🄾🄼🄿🄻🄴🅃🄴🄳 ✧✧✦ Warning⚠⚠⚠ Fujo fudan area!!Tak suka jangan baca!! Sinopsis⤵⤵⤵ Vampire AU!! Satu kebakaran telah terjadi di Sekolah Rendah Pulau Rintis menyebabkan keadaan menjadi amat huru-hara kerana masing² sibuk menyelamatkan diri. Bo...