CHAPTER 59

1.2K 95 50
                                    

"Aku dah jumpa kau..."

Kapten Kaizo dapat lihat dua orang budak lelaki sedang duduk berdua-duaan seperti sepasang kekasih sambil melihat matahari yang akan terbenam tak lama lagi.Kapten Kaizo amat mengenali budak lelaki yang memakai topi berwarna oren itu.

"Boboiboy...Bukan ke aku cakap kau milik aku??"soal kapten Kaizo dengan suara yang amat perlahan sambil mengeluarkan pedangnya dan membalingnya seperti melempar sebatsng(?) tombak.

*Di tempat Boboiboy*

Boboiboy yang merasakan sesuatu menghampirinya menoleh ke belakang dan membulatkan matanya apabila melihat ada sebilah pedang berwarna biru sedang menuju ke arahnya.

"Fang!!Elak!!"teriak Boboiboy sambil menolak Fang ke tepi agar serangan tadi tidak mengenai mereka berdua.

"Apa tu?!!"soal Fang yang turut terkejut manakala Boboiboy hanya menoleh ke arah pedang biru yang telah terpacak pada tanah.Boboiboy amat mengenali motif corak pada pedang itu.

"I-inikan..."

Boboiboy terpaksa menghentikan kata-katanya apabila matanya menangkap sesusuk tubuh yang paling tidak ingin dilihatnya sedang berjalan ke arahnya.

"K-kapten?!!"soal Boboiboy terkejut.Fang dapat lihat Boboiboy menunjukkan riak wajah seperti sedang ketakutan menjadikan Fang hairan.

"Siapa tu Boboiboy-Arhk!!"

Tiba-tiba tubuh Fang ditolak dengan kuat sehingga menghentam pokok besar berdekatan.Fang membuka matanya dan mendapati dirinya sedang dililit dengan kuat oleh sesuatu yang berwarna biru.Fang cuba untuk melepaskan diri,tetapi hasilnya tidak seperti yang diharapkan kerana semakin Fang melawan,semakin kuat lilitan itu pada tubuhnya.

"Fang!!!!"

Boboiboy yang melihatnya berasa panik dan terus berlari ke arah Fang.Tetapi baru saja tiga langkah Boboiboy melangkah,tangannya telah ditarik oleh kapten Kaizo dan...

(BAMM!!)

Kapten Kaizo menghentam badan Boboiboy pada tanah dengan kuat sehingga Boboiboy dapat rasakan yang tulangnya akan patah.

"Erhh...S-sakitnya..."gumam Boboiboy dan cuba sedaya upaya untuk bangun.Tetapi,belum sempat Boboiboy bangun sepenuhnya,pedang kapten Kaizo telah dihalakan pada mukanya menjadikan Boboiboy terkejut.

"Tch!Ini kerja kau eh?!!"soal kapten Kaizo dengan amarah sambil menyifatkan genggaman pada pedangnya.Boboiboy hanya terdiam.

"Aku hantar kau ke sini supaya kau boleh tingkatkan prestasi kau dan belajar berdikari!!Bukannya pergi melepak dengan manusia rendahan macam dia!!"marah kapten Kaizo dengan menekankan perkataan 'Manusia rendahan' membuatkan Boboiboy yang mendengarnya naik angin dan menepis pedang kapten Kaizo agar menjauhi darinya.

"Siapa yang kapten kata manusia rendahan huh?!soal Boboiboy yang sudah hilang kesabarannya.

"Manusia semua sama je...Sejenis makhluk tak guna yang tak mengenang budi"jawab kapten Kaizo dingin sambil menghayunkan pedangnya ke arah Boboiboy tetapi Boboiboy dapat mengelaknya dengan mudah.

"Boleh tahan tangkas..."monolog kapten Kaizo.

"Sejak bila sifat manusia macam tu?!!Kapten jangan nak tipu Boboiboy!!"balas Boboiboy yang semakin naik angin dan menyerang balas serangan kapten Kaizo dengan pedang apinya yang entah sejak bila dia keluarkan.

"Akhirnya,aku boleh lihat potensi sebenar elemen api..."monolog kapten Kaizo lagi sambil smirk.

"Heh!Apa yang kau tahu?Kau bukannya manusia p-"

(CLANG!!)

Pedang mereka berdua bertemu.Kapten Kaizo dapat lihat mata Boboiboy telah berubah kepada warna merah menyala dan memandangnya dengan pandangan yang menakutkan.

ʟᴏᴠᴇ ʏᴏᴜ, ᴍʏ ᴄᴜᴛᴇ ᴠᴀᴍᴘɪʀᴇ (ғᴀɴɢʙᴏʏ ғᴀɴғɪᴄ) ✓Where stories live. Discover now