Aku lega sedikit apabila mendapat berita dari mama. Aku kembali baringkan kepala di atas kerusi tadi."lepas ni you jangan nak take time aeh nana? " aku tersenyum dan kembali memejamkan mata.
"mana jin ni? Dia tahu tak dia nak kahwin? " seungkwan bercekak pinggang. Kepalanya tidak henti-henti menoleh kiri dan kanan.
"kawan kau kenapa?"
"entah, nak kahwin ni buat hal pula hilang, telefon tak berangkat. Bakal bini dia tu dah nak siap. Dia? Batang hidung pun tak nampak. Bukan batang hidung je kereta dia pun tak ada ni" geram seungkwan.
"kalau dia tak datang juga. Macam mana dengan majlis? "
"pandai-pandai lah mak si nana tu uruskan"
"kau tak nak pergi dewan? Mana tahu diorang dah ada dekat sana? " Seungkwan memandang kawannya yang tinggi itu.
"jomlah... " kemudia dia dan kawannya melangkah keluar dari bangunan hotel tersebut.
"Seungkwan, awal 5 minit datang? Jin dah bersedia ke? " Puan Johyun iaitu mak kepada hyuna menanya aku.
Aku meletakkan telefon dibahagian poket belakang seluar dan menghampiri Puan Johyun.
"seok jin tak sampai lagi?" Puan Johyun terdiam. Aku memberi pandangan geram pada kawan aku.
"lah, dia tak ada dengan kamu ke? Mana pula dia pergi. Sekejap lagi majlis dah nak mula ni, orang makin ramai datang" aku mengeluh. Haih, orang lain yang nak kahwin aku yang gelabah.
"mama!" aku menoleh. Ah, sudah! Hyuna dah sampai. Hyuna berjalan menghampiri kami.
"mama jin mana? "
Puan Johyun memandang aku dan aku memandang Puan Johyun. Mati kata aku terus.
"Seungkwan, aku rasa jin dia tak datanglah, aku tak rasa dia lupa. Hari perkahwinan dia kot. Aku rasa dia ingat, cuma dia tak nak datang. Tak akan dia tak cakap apa-apa dekat kau sebelum majlis? " Seungkwan mendengar bait-bait perkataan yang keluar dari mulut kawannya.
"habis tu macam mana ni? "
"nana, kamu naik dululah atas pelamin" pesan Puan Johyun kepada hyuna. Hyuna tanpa membuang masa dia terus naik ke atas pelamin.
Orang ramai mula memenuhkan tempat duduk. Tidak sabar menunggu anak Puan Johyun disatukan dengan pilihan anaknya sendiri.
"let's start"
Aku memandang Seungkwan dengan tanda tanya. Mana jin? Kenapa aku tak nampak dia? Dia belum sampai ke?
"jin tak ada, dia tak datang" aku membaca gerak mulut seungkwan. Seperti paku buah keras dibaling pada muka.
Aku terkejut. Air mata mula kelihatan pada bawah kelopak mata. Tangan yang menggenggam bunga perlahan-lahan turun ke sisi.
Aku memandang tetamu yang sudah hadir. Mereka tersenyum gembira. Tapi aku? Sedih kerana bakal suami hilang entah ke mana.
Puan Johyun mula menjadi panik seketika. Kelam kabut dia menguruskan hal perkahwinan anaknya pada saat-saat penting waktu itu.
Tuan Park papa kepada hyuna tidak dapat hadir pada masa sekarang kerana bapanya yang bekerja di luar negara mengambil masa yang lama untuk perjalan balik ke korea.
"Seungkwan, sini sekejap" panggil Puan Johyun.
"kamu ada kawan ke sesiapa yang boleh tolong tak? Aunty minta sangat-sangat. Orang dah ramai ni. Tak akan nak cakap majlis tak jadi. Malu aunty nanti" Puan Johyun memegang lengan aku.
"Seungkwan cuba ya? "
Orang ramai mula bersoksek apabila pengantin lelaki masih belum memunjukkan muka.
"Mingyu, tolong aku boleh? " Seungkwan menghampiri Mingyu yang sedang duduk di kerusi tetamu.
"apa dia? "
"kahwin dengan nana"
"what? "
"tolonglah we, dah tak ada sesiapa sangat ni"
"asal tak kau je yang kahwin dengan dia? "
"kau gila ke apa? Mampus isteri aku marah nanti, tolonglah we..."
"we, aku dah tunang Seungkwan! "
"kau tak pernah beritahu aku pun"
"aku ingat nak buat surprise, tahu-tahu kahwin je. Sebab tu aku tak beritahu kau yang aku dah tunang"
"alah, kau kahwin jelah. Dalam sebulan ke dua bulan nanti kau cerai lah. We, please.... " Mingyu diam.
"sekejaplah aku telefon soora"
5 minit menunggu. 3 panggilan yang disambungkan oleh Mingyu pada soora tak diangkat.
Mana pula soora ni...
"macam mana? "
"hmm"
Aku mendongak tatkala seorang lelaki berdiri dihadapan aku. Dia menjeling aku tajam.
Aku memandang Seungkwan. Dia sedang memberitahu sesuatu kepada mama. Mama tersenyum kemudian dia memandang aku.
"ma, apa ni? "
Aku menggerakkan mulut. Menanya apa yang sedang berlaku. Aku memandang Seungkwan tapi dia hanya senyum dan memberitahu yang dia akan menceritakan apa yang berlaku selepas majlis selesai.
YOU ARE READING
{C} House Of Card .S1
RomanceTekejut. Ya, aku terkejut. Bakal suami aku hilang entah kemana. Dulu dia yang beria-ria. Janji manis bagai. Tapi dia yang hilang entah kemana? Mesej tak di balas apatah lagi di telefon langsung tak diangkat. Buntu. Aku buntu, siapa yang sudi nak ga...