22

182 11 5
                                    

       Masuk hari ini sudah seminggu aku berpantang. Mingyu pula selalu datang sini dengan alasan menjenguk mama. Agaknya kalau aku dah beranak mesti dia cakap nak jumpa anak dia.

      Dalam seminggu tu jugalah aku masih belum berbaik dengan Mingyu. Ada jugalah dia tegur tapi aku hanya balas acuh tidak acuh sahaja.

        Kadang-kadang kesian tengok kesungguhan dia tapi aku hanya buat tak nampak dan terus dengan pendirian aku. Mama pula malas hendak menasihatkan aku lagi. Jadi dia hanya diamkan sahaja.

        "hye"

         Mingyu mengusap kepala aku seraya melabuhkan punggung diatas kusyen berseberlahan aku.

         "dah makan? " aku hanya menggumamkan sahaja pertanyaan Mingyu. Lebih fokus kepada cerita yang sedang ditayangkan.

         "dah okay? Ada sakit lagi tak?" aku hanya diam dan malas hendak menjawab pertanyaannya.

         "awak nak apa-apa? Sorry hari ni saya datang lambat. Busy sikit dengan kerj-" percakapan Mingyu dipotong oleh aku dengan kata-kata.

        "tak suruh pun datang"

        Mingyu diam seketika sebelum menundukkan wajahnya. Mungkin tersentak dengan balasan kasar dari aku.

        "dah seminggu kita macam ni. Awak masih tak nak maafkan saya lagi ke?" Mingyu menanya.

         "awak ingat senang ke saya nak maafkan seorang pembunuh macam awak ni? "

       "hyuna!"

       Terhinjut bahu aku saat nama aku dijerit. Tetapi jeritan itu bukan dari Mingyu tetapi dari papa aku sendiri. Dia dah balik.

      "papa... "

       "papa tak pernah ajar kamu kurang ajar dengan suami kamu! Tak kisahlah dia pembunuh ke pencuri ke dia tetap suami kamu! Mana adab kamu ni?!" aku terdiam begitu juga dengan Mingyu. Mama pula baru sahaja turun dari tangga. Mungkin terkejut akan jeritan papa.

       "jangan sampai papa sendiri yang suruh kamu bercerai dengan Mingyu! Kamu ni dah melampau tahu tak Hyuna!" air mata sudah tidak dapat ditahan lagi.

      "cukup baiklah Mingyu dah cuba minta maaf dengan kamu. Sanggup datang sini semata-mata nak tengok kamu tapi kamu layan dia macam ni! entah-entah kamu penyebab Mingyu buat kamu macam tu!"

       "papa! "

       "dah Mingyu balik! Tak payah tengok dia lagi. Mama boleh jaga dia" minta papa. Mingyu pula terus mengambil kunci kereta dan berlalu pergi meninggalkan aku.

       "tunggu papa dekat luar. Ada benda papa nak bincang dengan kamu" Mingyu hanya mengangguk kecil.

         "naik Hyuna"

         "papa..."

         "papa kata naik!"

           Hyuna terdiam. Terus dia mengatur langkah naik ke bilik dengan langkah yang perlahan.

◌◌◌◌

        "Mingyu, papa minta maaf pasal Hyuna tadi. Dia betul-betul dah melampau tadi" tangan Tuan Park masuk ke dalam kocek seluarnya.

         "ouh tak apa lah pa... Mungkin ni balasan Mingyu buat dia macam tu. Mingyu okay je. Lagi pun Mingyu tahu yang dia masih lagi tak boleh terima dengan kandungan dia..." Mingyu tersenyum kecil.

        "ouh ni, nasib baik papa ingat. Papa ada beli barang sikit dekat kamu masa papa dekat Jeju minggu lepas" beg kertas yang berada dibonet kereta milik Tuan Park diambil.

       "apa ni pa... " Mingyu membuka beg kertas tersebut.

        "papa ni susah-susah je. Tali pinggang dengan tali leher dekat rumah tu banyak lagi pa..." bahu Mingyu ditepuk perlahan seraya ketawa kecil.

         "papa tak tahu nak beli hadiah apa untuk kamu. Nanti beli lain jadi apa pula" Mingyu hanya menggaru kepalanya sahaja apabila orang tuanya mula berloya buruk.

         "terima kasih papa. Mingyu suka"

         "hahaha sama-sama"

          Keadaan menjadi senyap seketika. Masing-masing melayan angin yang menampar lembut pada permukaan kulit.

         "Mingyu dah makan belum? "

        "belum pa. Ingat tadi nak makan dekat sini. Dah papa suruh balik. Makan luar jelah" Tuan Park menggaru kepala. Kesian pula pada menantunya.

         "papa salah time lah ni? Nak suruh mama bungkuskan apa-apa tak. Nak suruh kamu masuk dalam takut Hyuna turun balik pula. Dia tu degil sikit bukan dengar cakap" aku ketawa seraya menggeleng. Sempat papa mengutuk anak sendiri ya?

         "kalau dah tak nak tak apalah. Ouh, Mingyu" suara lelaki itu dikeraskan seketika sebelum kembali bersuara.

          "ya pa. Kenapa?"

          "kalau, papa mintak kamu lepaskan Hyuna boleh?..... "

{C} House Of Card .S1Where stories live. Discover now