8

139 12 0
                                    

         "nana"

          Kepala yang dibaringkan aku angkat lalu memandang figura yang berada dihadapan aku.

           "waeyo?  (kenapa?) "

           "ibu suruh beli pavlova" aku angguk lalu keluar dari tempat yang aku duduki beberapa minit tadi dan masuk ke dalam rumah.

           Selesai mengbil tas tangan aku pun terus sahaja masuk ke dalam kereta. Nak beritahu ibu, ibu tak ada pula. Jadi aku hanya mengunci pintu dan berlalu pergi.

           1 jam berada di dalam kereta akhirnya kereta diberhentikan oleh Mingyu. Dia memakir kenderaannya di tepi kedai yang berdekatan.

          Aku masih lagi menunggu di dalam kereta bersama Mingyu. Disebabkan enjin belum dimatikan jadi aku hanya menunggu di dalam kereta tidak keluar terlebih dahulu.

         "awak kata nak beli pavlova untuk ibu. Kenapa berhenti dekat kedai baju kanak-kanak? " aku menanya apabila ternampak pakaian bayi dari tingkap kereta di bahagian tepi aku.

            "ibu tak suruh pun beli pavlova. Aku saja reka cerita" mengeluh panjang aku terus. Menipu lagi. Sampai bila pun tak tahu. Malas hendak melayan aku mengeluarkan telefon bagi menghilangkan bosan.

          "mainlah telefon tu sampai buta" aku menoleh ke arah Mingyu. Dia perli aku ke? Wah, habis kau nak aku duduk tak buat apa-apa dalam kereta ni.

          "cepatlah masa berlalu, cepat juga aku nak ceraikan kau"

           Aku masih diam menghadap telefon walaupun hati sudah semakin panas aku cuba tahan semampu aku.

      "kahwin dengan kau ni tak ada guna. Tak best pun. Best dera kau je. Kan sayang? " kepala aku disusap olehnya. Laju aku menepis tanda rimas. 

         "huh,tolak tangan suami. mainlah, main telefon tu" mata dipejam kuat tanda aku sudah hilang sabar. Lagi sekali dia bersuara. Memang kena dengan aku.

         "untunglah 3 hari ni aku layan kau baik dekat rumah ibu. Huh, balik nanti memang kena dengan aku"

         "mingyu, apa masalah awak ha? Apa yang awak tak puas hati sangat? Awak bawa saya keluar ni memang saja nak sakitkan hati saya ke apa? Awak yang tadi ajak saya keluar kononya ibu mintak beli pavlova.lepas tu berhenti dekat sini buat apa? Balik lah kalau macam tu. Awak nak saya buat apa? duduk dalam kereta ni macam batu, tak buat apa-apa? "

           "eih! Sebab kau tahu tak ibu mintak belikan pavlova! "

          "sebab saya? "

          "yelah, dah kau buat hal kan tadi. Masam muka masuk rumah. Kau ingat ibu tak tanya aku kenapa nana macam tu? Kenapa nana macam ni? "

         "lepastu awak jawab sebab tak dapat beli pavlova? Macam tu? Itu masalah awak bukan masalah saya. Yang awak cakap saya tak dapat beli pavlova tu kenapa! Lepastu perli saya macam-macam.tak best kahwin dengan saya. Nak cerai. Dahtu. Ceraikan jelah saya hari ni. Bukan susah sangat nak lafaz! Dah kalau awak nak cakap saya ni menyusahkan sebab terpaksa bawa saya keluar. Tak payah, saya boleh balik sendiri naik grab" pintu aku buka dan tutup kasar lalu mengatur langkah pergi meninggalkan kereta Mingyu terpakir disitu.

         Makin serabut kepala otak aku apabila Mingyu asyik sahaja mahu bertekak. Sudah lah dia mulakan dulu lepastu nak menang pula.

      "hey nana! Kau masuk kereta sekarang! "

       Mingyu yang menjerit memanggil nama aku itu aku toleh kebelakang melihat mukanya. Dia berdiri di tepi pintu kereta melihat aku dengan pandangan yang tajam.

        "masuk sekarang! Kau nak jadi isteri derhaka ke!"

       Kurang ajar. Habis kau pukul aku bukan lelaki dayus ke? Malas mahu bertekar aku berpatah balik dan masuk ke dalam kereta Mingyu kasar.

         "balik ni kalau aku dengar ibu tanya kenapa lagi pasal kau, jaga kau. Kau dengar tak apa aku cakap ni? "

         "oi kau dengar tak?! " kepala aku disepak beberapa kali.

         "Mingyu sakit, Mingyu! Saya dengar. Saya belum pekak lagi! " jawab aku. Haih, sabar banyak-banyak.

      "boleh pun cakap! Ingatkan dah pekak! " telinga aku ditarik-tarik olehnya.

      "Mingyu awak ni kenapa?! Awak tengah drive awak tahu tak! Nak mati dekat sini ke?! " aku cuba melepaskan tangannya yang masih lagi menarik telinga aku.

       "baguslah kalau mati! Senang ak"

       "Mingyu awak ni gila ke apa?! "







{C} House Of Card .S1Where stories live. Discover now