"saya rasa dah tiba masanya. Mingyu, awak suka tak kalau awak jadi ayah? " Mingyu mendongak. Tidak. Bukan sekarang. Dia masih belum bersedia dengan apa yang bakal berlaku nanti.
"suka. Kenapa? "
Tangan lelaki itu dipegang lembut oleh gadis itu sebelum meletakkan diatas perutnya yang kosong.
"dalam ni. Ada anak awak! Satu bulan. Sebenarnya saya nak bagitahu awak dah lama. Tapi saya tengok awak sibuk jadi saya beri awak ruang sampailah hari ni-" kata-kata gembira dari perempuan itu dipotong oleh Mingyu.
"aku minta maaf sebab selama ni aku tak pernah jadi suami yang baik untuk aku. Aku harap kau sabar..." Hyuna mengerut dahi pelik dengan lelaki dihadapannya ini.
Tubuh lemah gadis itu ditarik masuk ke dalam pelukan hangat tubuh Mingyu. Kepala gadis kecil itu diusap berkali-kali. Sesungguhnya dia masih belum bersedia untuk mengatakan hal tersebut.
"aku minta maaf Hyuna. Tapi anak kita-anak kita dah tak ada. Aku minta maaf. Kalau kau-" pelukan ditolak oleh Hyuna kasar.
"awak cakap apa ni Mingyu? Saya tak fahamlah awak okay tak ni? " air mata yang sudah bertakung membuatkan Mingyu semakin rasa sebersalah terhadap perbuatannya.
"aku tak tipu Hyuna. Anak kita dah tak ada. Mungkin kalau kau bagitahu aku awal. Aku tak buat kau macam ni-"
"pembunuh! Kau pembunuh! Kau bunuh anak kau Mingyu! Anak kau mati sebab kau! Kau keluar! Keluar! Aku tak nak tengok kau. Kau penyebab anak aku mati! Pergi!" terkejut Mingyu saat isterinya menggelarkan dia seorang pembunuh.
"Hyuna aku minta maaf-"
"keluar! Aku tak nak dengar apa-apa dari kau! Kau punca anak aku mati Mingyu! Mati! Keluar! " buat kali pertama air mata lelaki itu tumpah melihat keadaan isterinya.
"Hyuna aku-"
"keluar! Aku kata keluar! " Mingyu terus keluar dari wad tersebut. Dia menyesal akan perbuatannya. Macam ni ke rasa penyesalan?
"it's okay Mingyu. Sekurang-kurangnya kau mengaku salah kau"beberapa orang doktor dan jiga pembantu mula masuk ke dalam wad cuba menenangkan Hyuna yang sudah mengamuk.
◌◌◌◌
"mama" terus tubuh yang dia rindui dipeluknya kuat. Sekali lagi dia menangis manakala suami Puan Johyun hanya berdiam diri sahaja.
"mama, anak nana dah tak ada ma... Semua ni salah Mingyu. Dia yang bunuh anak dia ma-"
"tak baik cakap macam tu sayang. Dia suami kamu. Sabar ya? Mama faham kamu" kepala anaknya diusap lembut.
"mama" gumam Mingyu saat dia masuk ke dalam wad yang ditetapkan oleh Hyuna. Puan Johyun tersenyum kecil begitu juga suaminya.
"papa sihat? " Tuan Park hanya mengangguk sebagai jawapan. Dia sudah tahu akan hubungan yang tidak sehaluan oleh anaknya.
"buat apa kau datang sini?" tanya Hyuna kasar.
"Hyuna aku nak minta maaf-"
"keluar. Aku tak nak dengar apa-apa pun dari kau. Aku tak akan maafkan kau. Kau punca anak kita mati Mingyu" bahu Hyuna diusap oleh Puan Johyun.
"mama keluar dulu ya? Mingyu cubalah bincang elok-elok dengan Hyuna" Mingyu hanya mengangguk kecil. Dia merapati Hyuna yang langsung tidak memandangnya.
"Hyuna... " gumam Mingyu. Tangan gadis itu cuba untuk diraih.
"Hyuna pandang aku. Aku betul-betul nak minta maaf dengan kau. Aku mengaku yang aku ni bukan suami yang baik untuk kau. Masa tu hati aku masih lagi ada pada Soora. Tambahan pula aku dapat tahu yang dia betul-betul terlanjur dengan bekas tunang kau. Aku jadi marah. Aku tak boleh terima semua benda tu. Aku minta maaf. Aku betul-betul minta maaf" air mata lelaki itu lagi sekali jatuh membasahi pipinya.
"senanglah kau minta maaf. Kau tak rasa apa yang aku rasa Mingyu. Hati aku sakit. Sepanjang aku kahwin dengan kau. Aku tak pernah mintak duit, rumah besar, kereta baru tak pernah Mingyu. Aku cuma mintak keikhlasan kau untuk terima aku. Itu je yang aku minta. Kenapa aku boleh terima kau perlahan-lahan walaupun hati aku sakit sebab Seok jin lari masa perkahwinan aku dengan dia tapi kau? Kau tak boleh terima aku. Boleh je aku minta cerai dari kau tapi kenapa aku tak minta? Sebab aku cuba Mingyu. Aku cuba untuk terima kau ikhlas dari hati aku. Engkau? Engkau tak habis menyalahkan aku punca kau tak dapat berkhawin dengan Soora. Kau ingat senang ke aku nak maafkan kau dengan apa yang kau dah buat sekarang?" akhirnya terlepas jua apa yang terbuku dihati gadis itu selama ini.
Mingyu hanya diam sehinggalah aku berhenti meluahkan apa yang aku pendam selama ni.
"Hyuna aku minta maaf.... Please maafkan aku. Aku merayu dekat kau. Kalau kau nak aku lepaskan kau pun aku sanggup. Aku tahu kau tak tahan dengan perangai aku tapi tolonglah maafkan aku..." Tersedu-sedu Mingyu dibuatnya. Dia sangat menyesal akan perbuatannya terhadap Hyuna dahulu.
"aku belum bodoh nak kau lepaskan aku. Aku cuma tawar hati. Bagi aku masa Mingyu. Dah keluar aku nak rehat" tangan yang digenggaman Mingyu ditarik kasar oleh Hyuna dan terus dia baringkan tubuhnya.
YOU ARE READING
{C} House Of Card .S1
RomanceTekejut. Ya, aku terkejut. Bakal suami aku hilang entah kemana. Dulu dia yang beria-ria. Janji manis bagai. Tapi dia yang hilang entah kemana? Mesej tak di balas apatah lagi di telefon langsung tak diangkat. Buntu. Aku buntu, siapa yang sudi nak ga...