9

141 13 0
                                    

      "ibu Nana pergi dulu ya, terima kasih sebab bagi nana bermalam dekat rumah ibu tiga hari ni" tubuh ibu aku dakap erat.

      "Mingyu bawa kereta elok-elok. Jangan nak laju je. Rumah tu tak lari pun"

      "ya ayah"

       Jawab Mingyu malu. Aku pula hanya tersenyum sahaja melihat mereka. Sementara menunggu Mingyu memakai kasut dan bersalaman bersama ibu dan ayahnya aku hanya diam termenung sahaja.

        "nanti ibu buat majlis hujung minggu depan, jangan lupa datang pula. Kalau boleh datang awal sikit, boleh menantu ibu ni tolong ibu" tangan ibu menyentuh tangan aku yang berada disisi.

        "majlis apa bu? "

        "majlis perkahwinan kamu lah. Kamu kan kahwin mengejut dengan nana. Ibu nak beritahulah kawan-kawan ibu yang anak ibu ni dah kahwin"

        "sanding lagi sekali?"

        "aigoo! Majlis ni cuma nak beritahu je yang anak ibu ni dah kahwin. Supaya orang tak salah faham. Kenapa anak ibu ni nak sanding lagi sekali ke? " pantas Mingyu mengelengkan kepalanya.

         "okaylah, Mingyu gerak dulu"

         "hati-hati"

◌◌◌◌

        "awak nak pergi mana malam-malam macam ni Mingyu? "

         "aku nak keluar, kenapa? "

         "awak nak pergi mana? Awak tak kerja ke esok? "

        "masalah kau ke aku kerja ke tak? " aku diam menunduk dan menggelengkan kepala.

       DUM!
       VROOM!

      Aku diam berkutik dan kaki aku melangkah pergi ke bilik aku bersama Mingyu. Terus mata aku lelapkan tanpa menunggu apa-apa.

        Pagi itu, aku bangun seperti biasa dan menghidangkan sarapan. Roti telur yang sudah siap dimasak aku letakkan diatas piring.

       "Mingyu bangun"

       Memandangkan Mingyu tidak liat untuk bangun pagi. Jadi aku hanya perlu mengejutnya sekali sahaja.

      Baju kerja di dalam almari aku ambil lalu menggosok dengan tekun. Takut kalau ada kedut, streka pula yang dibaling pada aku.

       Selesai membuat kesemuanya aku turun kebawah dan membuka pintu utama. Memberi cahaya matahari masuk ke dalam rumah. Begitu juga langsir yang tertutup dibuka oleh aku.

          "tengah hari ni awak balik tak? "

          "tak aku makan luar. Jadi kau tak payah masak lebih untuk aku" aku mengangguk sebelum menyuapkan cebisan roti telur ke dalam mulut.

         "kalau saya nak keluar boleh? "

        "suka hati kau lah, kaubnak jumpa jantan pun aku tak kisah" tersentak aku dibuatnya. Terus cawan yang dipegang aku letakkan semula atas meja.

      Mingyu sudah pun keluar dari rumah. Langsung tiada sebarang perasaan yang mampu memberhentikan langkahnya kerana terkasar bahasa.

◌◌◌◌

    "gyumie yah! "

    "olf olf! " gyumie yang berlari ke arah aku terus aku mengangkatnya pergi ke dalam dakapan aku.

     "nana dah sampai? "

    "dah mama, mama sihat? Papa mana? " aku berjalan bersama mama ke ruang tamu. Tas tangan yang tersangkut pada bahu aku letakkan diatas meja kaca.

      "papa kerjalah, esok kena kerja luar lagi tu" mama menggelengkan kepalanya. Perbuatan mama itu mengundang ketawa aku.

      Tahu sudah yang mama naik muak dengan pekerjaan papa yang sering sahaja kerja diluar.

       "Mingyu mana? Tak ikut? "

       "ah, tak. Dia sibuk"

        "huh, sama je dengan papa kamu tu" aku tersenyum janggal. Kepala gymie aku usap perlahan-lahan.

        "mama masak apa?"

        "sup ayam ginseng dengan daging goreng bijan je" terus aku bangun dan mengorak langkah ke dapur.

         "ah! Rindunya masakan mama! Nanti nana nak bawa balik daging goreng bijan ni sikit boleh? " sekeping daging yang berada di atas pinggang aku ambil dan suakan ke dalam mulut cepat.

        "boleh-nana! Pergilah ambil pinggan,kenapa malas sangat ni! " belakang tubuh aku mama pukul perlahan.

         "nae, nae mama! "

          "mama"

           "ya nana, kenapa? "

          "hujung minggu depan, ibu Mingyu ada buat majlis. Nanti ibu datanglah dengan papa. Mama tanya dengan papa dulu jadi ke tak. Kalau jadi nanti nana bagi mama alamat rumah Mingyu"

          "kalau papa sibuk? "

          "mama mesejlah nana, beritahu mama tak dapat pergi"

          "hmm yelah, dah cepat makan. Petang nanti nak balik rumahkan" aku hanya anggukkan kepala dan menyambung makan makanan yang terhidang diatas meja.
    

{C} House Of Card .S1Where stories live. Discover now