"maaf sebab masuk bilik awak. Saya letak awak dekat bilik air ya? " Hyuna hanya mengangguk. Malas hendak menjawab. Dia masih terkejut dengan apa yang baru berlaku tadi.
"ni, awak tukarlah baju. Nanti demam pula. Maaf buka almari baju awak. Tukar ya, nanti saya suruh Mingyu hantar air panas. Saya balik dulu" aku mengangguk buat kali kedua.
Pintu ditutup oleh jungkook dan lelaki itu turun pergi ke arah ruang tamu. Jelas Mingyu sedang duduk sambil memejamkan matanya.
Pap!
Matanya dicelik. Badannya ditegakkan sebelum memandang telefonnya diatas meja.
"aku datang rumah kau nak hantar telefon kau tertinggal dekat office tadi. Tiba-tiba pula jadi benda lain" Mingyu mengambil telefonnya lalu dihidupkan.
"sorrylah. Bukan niat aku nak rosakkan telefon kau. Bila aku dah dengar kecoh dekat halaman rumah kau tadi terus aku pergi sana. Nampak isteri kau hampir lemas telefon kau aku masukkan dalam poket. Terjun selamatkan isteri kau" Mingyu letak telefonnya kasar di atas meja.
"telefon rosak boleh beli baru Mingyu. Isteri kau mati lemas. Boleh ganti baru? Fikir mana lagi penting. Aku nak balik. Jangan lupa buat air panas untuk isteri kau. Nanti dia demam kau kata dia menyusahkan kau pula nak bawa pergi klinik" jungkook terus meninggalkan Mingyu yang hanya berdiam diri dari tadi.
"ouh, lupa. Telefon kau, aku tak akan ganti. Kalau kau nak. Beli baru sendiri" terus jungkook meloloskan diri.
Keretanya dihidupkan dan keluar dari rumah agam milik Mingyu.
◌◌◌◌
"ni air panas untuk kau" cawan yang berisi air panas itu dihentak sedikit di atas meja.
"esok kalau kau demam. Kau pergi klinik sendiri. Aku tak ada masa nak hantar kau" tuala yang di dalam almari dicapai dan Mingyu masuk ke dalam bilik air untuk bersihkan diri.
◌◌◌◌
"kau ni siallah! Lembab sangat kenapa? Kau nak aku tolak kau dalam kolam lagi ke apa!" Mingyu masuk ke dalam bilik begitu sahaja.
"saya tak larat Mingyu. Saya demam lagi pun saya-"
"saya apa?! Kau tak payah nak tunjuk baik kau depan aku. Jangan ingat hal semalam dah selesai macam tu je tau. Aku tak habis lagi. Beruntung sikit ada orang dah selamatkan kau!" Hyuna hanya berdiam diri. Langsung tidak memandang Mingyu yang berada di hadapannya.
"eh aku geram betullah. Bila aku bercakap, pandang aku. Bukan pandang lantai putih kat bawah tu!" lengan Hyuna ditarik dan terus dilepaskan di dalam bilik air.
"kau duduk dalam ni sampai aku puas!" pintu ditutup oleh Mingyu. Tidak lupa juga dikunci dari luar.
"Mingyu saya-argh!"
Hyuna terjatuh saat dia cuba menghampiri pintu yang ditutup dan dikunci oleh Mingyu. Lantai yang basah dan sedikit bersabun membuatkan dia jatuh tergelincir diatas lantai itu.
"darah.... "
Terbutang matanya saat melihat cecair merah pekat keluar dari celahan kelengkangnya. Sakit. itu yang dia rasakan sekarang.
Aku gugur ke?....
"Mingyu! Mingyu! Mingyu buka pintu ni-argh!" pintu diketuk kuat oleh Hyuna.
Darah yang semakin banyak membuatkan Hyuna berasa takut akan kandungannya.
"Mingyu!"
"Mingyu bukak pintu ni!"
"Mingyu saya-"
Takut dia hendak memberi tahu yang dia bakal keguguran kepada Mingyu. Dia masih mengharap jika Mingyu sempat membuka pintu kandungannya akan selamat.
"Mingyu tolong! Bukak pintu ni! "
◌◌◌◌
"saya minta maaf. Kandungan isteri encik tak dapat diselamatkan. Mungkin kalau encik lebih awal sedikit kami boleh selamatkan kandungan isteri encik. Kami minta maaf. Kami dah cuba apa yang kami mampu" Doktor itu menepuk bahu kiri Mingyu sebelum beredar.
"doktor. Isteri saya masih boleh mengandung ke? "
"boleh. Masih boleh, encik jangan risau. Saya pergi dulu" doktor itu hanya mengangguk mengatur langkah pergi. Mingyu pula masih berada dihadapan pintu wad yang diduduki oleh Hyuna.
Tidak tahu perlu masuk ke dalam atau tidak. Terlihat tubuh Hyuna yang masih terpejam mata membuatkan dia semakin rasa sebersalah pada isterinya.
Dengan cara apa yang patut dia beritahu kepada gadis itu apabila dia sudah sedar.
Terus sahaja dia meninggalkan Hyuna keseorang didalam wad itu. Ingin sahaja dia membuat panggilan tetapi telefonnya sudah rosak dikerjakan oleh jungkook semalam.
◌◌◌◌
"aku tak tahulah sampai bila kau nak jadi macam ni Mingyu. Dari mana kau telefon aku ni? " jungkook menanya. Berita mengejut dari rakanya sangat mengejutkan dirinya yang sedang bekerja.
"aku beli barulah tadi lepastu terus telefon kau. Kook tolong aku we. Aku tak berani nak bagitahu dia. Keluarga aku. Family dia lagi" Mingyu meminta pertolongan dari kawannya di dalam talian.
"aku tak tahu. Kau tanggung sendiri. Siapa suruh kau tolak dia masuk dalam bilik air kalau kau dah tahu lantai dalam tu licin"
"memang aku nak kurung dia-"
"kau kurung dia?! We, tak cukup ke kau dah tolak dia dalam kolam semalam?! Kau cakap dengan aku tadi kau tertolak dia!" Mingyu terdiam didalam kereta. Menyesali perbuatannya.
"aku- aku tak tahu dia mengandung Kook. Dia tak bagitahu aku langsung-"
"tak mungkin dia tak bagitahu kau lah Mingyu. Mesti dia ada cuba nak bercakap dengan kau! Tapi disebabkan marah kau tu dia tak jadi nak bagitahu kau! Aku tak fahamlah dengan kau ni. Baik tak payah jadi suami kalau kau nak buat dia macam tu! Sekarang ni aku nak kau bagitahu family dia dengan family kau. Aku on the way sampai sana. Kalau Hyuna dah sedar pun kau bagitahu dia juga. No excuses"
◌◌◌◌
"kau dah bagitahu family kau dengan family dia belum? " Jungkook menanya setibanya dia di hadapan wad isteri kawannya.
"dah. Diorang on the way ke sini" lelaki itu mengeluh seketika.
"kau dah bagitahu dia belum?"
"belum tapi dia dah sedar. Dia tak tahu aku ada. Aku belum masuk ke dalam lagi. Aku tak berani nak tengok muka dia"
"wah Mingyu! Masa kau buat dia macam tu berani pula?" Jungkook memerli tetapi balasan Mingyu hanya mengeluh.
"pergi masuk. Kau tak kesian ke dekat dia. Kalau kau tak nak biar aku yang bagitahu dia-"
"okay okay aku masuk" Mingyu mengalah. Dia mengambil nafas sepenuhnya dan hembus sebelum pintu dikuak.
"Mingyu... "
Lelaki itu tersenyum saat namanya dipanggil oleh isterinya. Dia melbuhkan ounggung diatas katil cuba berhadapan dengan isterinya buat kali pertama.
"kau okay? "
Hyuna mengangguk. Pelik pula dia tiba-tiba lelaki dihadapannya baik semacam. Mesti ada apa-apa yang berlaku tanpa pengetahuannya.
"awak yang hantar saya pergi hospital ke? " Mingyu hanya mengangguk. Sekejap sahaja dia memberi pandangan kepada isterinya.
"saya rasa dah tiba masanya....."
YOU ARE READING
{C} House Of Card .S1
RomanceTekejut. Ya, aku terkejut. Bakal suami aku hilang entah kemana. Dulu dia yang beria-ria. Janji manis bagai. Tapi dia yang hilang entah kemana? Mesej tak di balas apatah lagi di telefon langsung tak diangkat. Buntu. Aku buntu, siapa yang sudi nak ga...