Sampai sahaja dipejabat milik ayahnya, aku dan Mingyu melangkah masuk ke dalam bangunan tersebut.
Pekerja yang berada disitu hanya tersenyum melihat kedatangan orang baru di sebelah Mingyu.
Setelah menekan nombor pada sisi pintu lif. Lif tersebut mula bergerak naik ke atas.
"pekerja awak tahu tak yang kita dah kahwin? "
"entah tak tahu"
Aku hanya diam seketika mungkin pekerja mingyu ingat aku ni tunang dia kot. Seungkwan pernah beritahu aku yang Mingyu dah tunang.
"awak CEO ke dekat sini? "
"mana ada CEO muda dekat pejabat"
Aku terdiam. Jadi tak wujudlah CEO muda, hensem bagai tu? Benda tu semua lakonan je?
Tak bukan apa, aku tak gila duit pun. Cuma aku ingatkan dia CEO sebab Mingyu dengan ayah dia asyik bincangkan pasal hal kerja. Jadi aku ingat ayah dia nak berhenti jadi CEO dan gantikan anak dia.
"kau duduk tepi tu diam-diam. Aku nak keluar sekejap"
Masuk sahaja pejabat Mingyu aku sudah disuruh duduk di satu tempat yang kelihatan ada beberapa kusyen untuk dia dan pekerjanya berbincang.
Niat dalam hati ni aku memang nak tengok sekeliling pejabat dia tapi bila teringatkan amaran yang diberi tadi aku terus kaburkan niat dan hanya duduk di atas kusyen.
"Soora ada? "
"bukan dia dengan tuan ke tadi? "
Aku terdiam. Akhirnya aku sendiri yang turun ke pejabat kaki tangan mencari Soora.
"Soora? "
"Mingyu? Awak buat apa dekat sini? Saya sibuk sekarang"
Aku cuba mendapatkan perhatian daripada dia tetapi sebaliknya dia menyibukkan diri dengan hal kerjanya.
"saya nak cakap something dek" percakapan aku dipotong dengan balasan darinya.
"Mingyu, i say i'm busy. Do you don't understand what I said? "
"saya nak beritahu awak"
"tak ada benda yang awak perlu beritahu saya Mingyu. Saya sibuk. Berapa kali saya nak cakap! " suaranya Agak meninggi untuk aku faham akan situasinya yang pura-pura sibuk.
"Soora, saya ada buat salah ke dekat awak? Kalau ada cakap... "
"tak Mingyu, awak tak buat salah apa-apa pun. Sekarang ni saya mintak awak pergi"
"Soora dengar dulu"
"susah ke dengan perkataan 'pergi' tu? Saya rasa simple je ayat tu" aku mengeluh seketika. Cuba bersabar dengan gadis yang langsung tidak memberi peluang untuk aku bercakap.
"okay,tapi nanti makan tengahari dengan saya"
"no, saya tak nak. Saya sibuk Mingyu faham tak? Pergi sekarang"
"please "
"pergi sekarang sebelum saya letak surat perletakkan jawatan"
"go a head kalau awak berani"
"okay, esok pagi saya letak surat perletakkan jawatan dekat bilik awak"
"okay fine! I go! But please at least reply my message and accept my call not ignore it "
Angka jam menunjukkan pada pukul 2:18 minit. Bermakna sudah 2 jam lebih aku berada di tempat kerja Mingyu.
Aku matikan telefon dan melihat sekeliling. Nak sahaja duduk dihadapan Mingyu melihat beberapa helaian kertas yang diselak dengan jemu setiap hari dan masa.
Aku beranikan diri dengan meminta izin untuk keluar mengalas perut yang sudah berbunyi.
"Mingyu kalau saya nak keluar boleh? "
"keluar pergi mana? Kau nak keluar dengan muka macam tu? " aku terdiam. Tadi tanya nak pergi mana lepastu perli muka aku pula. Kalau kau tak simbah air panas tu dekat aku tak adanyalah bengkak macam ni...
"dah okay ke muka kau tu? "
Dia menanya aku tanpa melihat wajah aku. Hanya fokus pada komputer di atas meja dan beberapa fail.
"tak apalah"
Aku terus pusing ke belakang dan kembali duduk di kusyen yang sudah sejuk terkena pada penghawa dingin.
"telefon kau mana? "
"baru je habis bateri" Mingyu diam begitu juga aku. Aku memandangnya dengan muka cemberut. Dia pula hanya terus menyelak helaian kertas.
Perut aku mula meragam. Rasa sakit yang mencengkam membuatkan aku perlahan-lahan menunduk.
Tekak pula rasa loya. Semakin ditahan semakin menjadi-jadi sakit dan loyanya.
"Mingyu. Saya. Nak keluar boleh? "
"apa? "
"saya nak keluar"
"pergilah! Nak sangat keluar"
Aku diam menelan sahaja kata-kata yang keluar dari mulutnya. Aku berdiri perlahan-lahan dan keluar dari pejabat Mingyu.
YOU ARE READING
{C} House Of Card .S1
RomanceTekejut. Ya, aku terkejut. Bakal suami aku hilang entah kemana. Dulu dia yang beria-ria. Janji manis bagai. Tapi dia yang hilang entah kemana? Mesej tak di balas apatah lagi di telefon langsung tak diangkat. Buntu. Aku buntu, siapa yang sudi nak ga...