11

132 11 0
                                        

         "kau nak tengok tv tu sampai pukul berapa? Dah tak reti nak masuk bilik tidur ke?!" terjah Mingyu yang berada diatas tangga.

          Terkejut aku dibuatnya. Aku memandangnya tidak puas hati dan masih lagi menonton tv seperti biasa.

         "kau tak faham bahasa ke apa? Nak aku pukul kau baru naik? Kalau bil kau bayar tak apa?! Naik sekarang!" aku menahan amarah yang terbuku dihati.

       "jangan sampai aku turun!" terus aku bangun dari sofa dan menutup tv. Alat kawalan jauh itu aku campak pada sofa dan berura hendak naik.

      "eh! Buat tu biar ikhkas faham! Tak payah bentak-bentak macam tu! " Mingyu turun kebawah menghampiri aku dan menampar pipi aku.

     Pang!

     Terteleng kepala aku. Matanya tajam mencerlung wajah aku. Sudahlah tengah malam. Dia memekak pula.

     "aku ni suami kau tau! Hormat aku! Kenapa, susah sangat ke nak suruh naik tidur tu?! Susah?! "  pasu bunga yang ada dibelakangnya diambil.

     Terus laju kaki aku melangkah naik ke atas tangga pergi ke bilik.

     "ha naik, naik! Tahu takut!" pasu bunga itu diletak semula atas meja. Dia cuba mencari nafas yang sudah hilang disebabkan marah pada Hyuna.

      Gila ke apa dia tu. Sudah tentu aku naik ke atas tak nak jadi mangsa pada pasu bunga yang berkaca itu. Bersepai kepala aku kalau kena.

      Terus bilik aku masuk dan baring atas katil aku bersama Mingyu. Malas hendak menunggu kehadiran Mingyu terus aku melelapkan mata.

      Bunyi pintu yang dibuka dari luar menambahkan lagi ketakutan aku. Mata aku pejam serapatnya. Cuba menghilangkan rasa ketakutan dengan mengigati perkara lain.

       Terasa tilam yang tergelam bermakna lelaki itu sudah berada diatas katil. Dan selepas itu aku terus terlelap.

◌◌◌◌

     Seminggu berlalu. Akhirnya, sekali lagi aku dan Mingyu menjejakkan kaki semula kerumah ibu.

      Mingyu, pagi-pagi sudah pergi ke pejabat. Mungkin menyiapkan kerjanya yang tertangguh sebelum bergerak pergi ke rumah ibu.

        Enjin kereta milik Mingyu kedengaran dari luar. Jam menunjukkan pukul 2 tengah hari. Beg roda aku tolak keluar dan menutup pintu bilik.

       Baru satu anak tangga aku turun, Mingyu sudah pun masuk ke dalam rumah. Dia naik keatas apabila melihat aku bersama dua beg roda di atas dan menolong aku menurunkan kedua-dua beg roda tersebut.

      Aku pula hanya biarkan dia dan turun tangga seperti biasa. Beg roda yang sudah berada dibawah aku tolak pergi ke pintu utama.

      "pergi lambat sikitlah, aku penat nak tidur sekejap. Pukul 2.30 baru gerak" aku masuk semula kedalam rumah apabila Mingyu memberitahu aku yang dia ingin berehat seketika.

        Aku yang faham akan situasinya yang penat bekerja hanya membiarkan sahaja. Terus aku duduk di atas sofa membelakangkan Mingyu yang sudah terlelap diatas sofa.

      Aku tersedar dari tidur. Laju aku menilik jam. Pukul 2.25 aku terus bangun menyedarkan diri dan pergi ke ruang dapur. air sejuk aku tuang dan minum. Macam manalah aku boleh terlelap sekali. Sidahlah pintu terbuka naisb baik ada gril.

       "Mingyu, dah pukul 2.30 dah ni" bahunya aku pukul dua kali.mengejutkan dia yang masih lagi terlelap. Penat sangat agaknya.

     Mana tidak. Pukul 6 oagi tadi dia sudah bangun untuk pergi ke pejabat. Lagi sekali aku mengejutkannya.

     "Mingyu, dah 2.30 dah ni. Nanti lambat" keningnya berkerut dan cuba membuka mata. Dia bangkit dari tidur diatas sofa. Mata digosok dan membetulkan rambunya yang sedikit serabai.

    "pukul berapa ni? "

   "2.35"

   Mingyu mengangguk dan membetulkan rambutnya. Sempat dia pergi ke dapur minum segelas air kosong dan berlalu pergi keluar dari rumah.

    Setelah selesai meletakkan beg di dalam kereta dan mengunci pintu utama bersama gril. Aku dan Mingyu masuk ke dalam kereta.

     "awak boleh tak bawa kereta ni? Kalau mengantuk lagi biar saya jelah yang bawa" Mingyu hanya diam termenung.

    Dan selepas itu kereta mengundur kebelakang. Dia tidak menjawab akan soalan aku tetapi dia mengundurkan kereta tanda dia boleh membawa kereta. Jadi aku hanya biarkan dia sahaja. Mungkin dia hanya bangun sahaja tidak moodnya.

    

     

{C} House Of Card .S1Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang