"you can kiss your bride" aku terus kembali ke alam nyata. Sudah? Betul ke? Kenapa aku rasa macam sekejap sahaja?sedih. Aku nak dia. Bukan orang yang ada didepan aku sekarang ni. Aku tak kenal dia tapi dia kenal suami aku. Tapi dia juga tidak tahu kemana bakal suami aku menghilang.
"aku kahwin dengan kau ni, sebab terpaksa je tau. Kau jangan perasan yang aku ni rela sangat nak dengan kau. Laki kau yang hilang, aku pula yang kena. Ingat faham, aku tak akan layan kau macam suami lain layan isteri dia" kemudian dia jarakkan mukanya antara aku dan dia.
Akhirnya majlis pun selesai. Seungkwan yang berada dihadapan aku dekati. Bahunya menjadi tempat aku menepuk.
"cepatlah beritahu"
"okay, aku akan beritahu kau tapi kau kena dengar dulu faham. Jangan terus melenting. Lelaki yang dah jadi suami kau sekarang ni kawan aku. Dia kenal jin pun gitu-gitu je. Aku terpaksa ambil dia sebab memang dia je yang ada. Nama dia Mingyu. Dia kahwin dengan kau tak lama pun. Sekejap je, dalam dua bulan ke lima bulan dia ceraikan kau, okay? " aku diam.
Tak tahu nak cakap apa. Benda dah jadi. Jin pergi mana pun aku masih tak tahu sampai sekarang. Sanggup dia tinggalkan aku macam tu.
Dulu dia lah yang paling beria-ria. Tambahan pula dah nak dekat majlis. Gembira dia tu, sampai dah fikir apa nak buat lepas kahwin.
Tapi lepastu semuanya hancur. Last dia cakap yang dia tak sabar nak jadikan aku isteri dia minggu depan. Dan hari ni dia yang tak sabar nak kena maki dengan aku.
"nana, balik nanti singgahlah rumah mama dulu dengan mingyu, bolehkan? Malam sikit baru gerak" aku senyum kemudian menoleh pada mingyu yang berada disebelah.
Aku dan yang lain akhirnya sampai ke rumah milik keluarga aku. Disebabkan rumah yang tak seberapa besar, kereta mingyu terpaksa parking di luar rumah. Kereta aku pula parking di dalam rumah. Bersebelahan kereta papa.
"Mingyu buatlah macam rumah sendiri. Kalau nak baju minta pada mama nanti mama bagi kamu pakai baju papa" Puan Johyun meninggalkan kami yang lain. Dapur dituju. Hendak menghidang air agaknya.
"awak nak rehat ke duduk dekat bawah? Kalau nak rehat,awak masuklah bilik saya. Saya nak main dengan anak saya sekejap" mingyu yang memeberi pandangan luar terus laju memandang aku.
"maksud saya, haiwan yang saya bela"
"aku nak duduk bawah, kalau aku nak rehat aku naiklah bilik kau" aku, tersenyum. Nasib baik boleh bercakap lagi. Selepas itu, kaki aku terus laju melangkah ke hujung rumah.
"labu! Anak mummy" kucing yang berada di dalam sangkar itu aku ambil, kasar. Berterabur makanan yang ada di dalam mangkuk kecil itu.
"nana! Kenapa tak tukar baju lagi. Dapur ni kotor. Baju kamu tu putih" suara nyaring mama mula kedengaran.
"alah, sekejaplah rindu dengan labu ni. Mana gyumie? " aku mengusap-usap kepala labu.
"entah, mana perginya tadi"
Penat mencangkung aku pun bangun dan mengatur langkah ke ruang tamu bersama labu di dukungan.
"gyumie! "
"olf, olf"
Aku duduk di atas sofa bersama labu dan gyumie. Aku memukul kepala gyumue perlahan apabila dia mengigit telinga labu.
"lepasni, nenek jaga labu dengan gyumie. Mummy dah tak boleh jaga dah. Mummy kena duduk dengan orang lain" beritahu aku. Kepala labu aku usap sayang.
YOU ARE READING
{C} House Of Card .S1
RomanceTekejut. Ya, aku terkejut. Bakal suami aku hilang entah kemana. Dulu dia yang beria-ria. Janji manis bagai. Tapi dia yang hilang entah kemana? Mesej tak di balas apatah lagi di telefon langsung tak diangkat. Buntu. Aku buntu, siapa yang sudi nak ga...