"Soora jom lunch? Lagipun saya ada benda nak bincang dengan awak" Mingyu tersenyum kearah Soora yang sedang mengahadap komputernya.
"saya dah janji nak lunch dengan orang lain, sorry" Soora bangkit dari duduknya dan mengemas kertas-kertas kerja yang bersepah diatas meja.
Pen biru dimasukkan ke dalam kotak pensil dan Soora berlalu pergi tanpa melihat Mingyu yang memandangnya.
"Soora wait!"
Lengan Soora ditahan membuatkan wanita yang bertubuh sederhana itu terpusing kebelakang menghadap Mingyu.
"apa lagi Mingyu? Saya dah lambat tahu tak? "
"saya nak awak batalkan lunch awak dengan orang tu. Kawan lagi pentinglah dari tunang awak? Please, saya ada benda nak bincang dengan awak" Mingyu merayu kepada Soora.
Dia betul-betul hendak memberitahu Soora yang dia terpaksa berkahwin dengan perempuan lain untuk beberapa bulan. Dia tak nak kehilangan Soora buat kali pertama.
"tak ada benda yang perlu dibincangkan Mingyu. Sudah lepas" pegangan antara mereka terlepas juga akhirnya. Soora berlalu pergi begitu sahaja.
"kenapa lambat? Penat aku tunggu"
"entah, ada orang buat hal pula tadi"
"berhenti jelah kerja. Kau tu mengandung"
Soora hanya diam di dalam kereta. Terus pedal minyak ditekan oleh lelaki itu dan kereta meluncur laju pergi dari pejabat besar itu.
◌◌◌◌
Kereta dipakirkan didalam rumah. Jam 5 petang baru aku sampai di hadapan rumah. Enjin dimatikan dan aku keluar dari perut kereta.
Kelihatan kereta Mingyu masih belum terpakir lagi disebelah menandakan dia belum pulang ke rumah.
Terus aku masuk seperti biasa dan bersihkan diri. Tidak lupa juga aku letakkan bekalan makanan dari rumah mama di dapur. Atas meja makan.
Turun sahaja aku dari atas bunyi kereta Mingyu dari luar kedengaran. Aku beriak biasa dan terus pergi kedapur. Sediakan bahan makan untuk malam nanti.
Aku mulakan memasak dengan memotong bahan-bahan kering. Masak jjajangmyeon jelah malam ni.
"kau masak apa ni? "
Aku mendongak keatas melihat tubuh Mingyu yang menghampiri aku. Sekejapnya dia mandi. Dia mengambil satu gelas didalam kabinet dan tuang air oren kordial yang berada didalam peti sejuk.
"jjajangmyeon"
"buat lebih aku lapar"
Aku menoleh ke belakang memandang dia tetapi dia hanya pergi begitu sahaja bersama gelas ditangan.
15 minit berada di dapur. Tinggal rebus mee dan gaulkan dengan sos yang sudah siap dimasak oleh aku.
"lama lagi ke? Kau ni, masak pun lambat. Sinilah aku tolong"
"awak potong timun tu. Itu je yang belum siap yang lain dah" Pisau yang ada disebelah papan dia ambil dan terus memotong timun.
Aku menutup api apabila mee sudah siap dimasak. Tapis aku sediakan diatas singki kemudian pergi ke dapur untuk mengambil periuk yang berisi air rebusan mee.
"ah, aduh! Panas!"
Periuk yang aku pegang terjatuh semula diatas dapur. Mingyu yang terdengar terus pusing kebelakang melihat aku. Jari yang sakit itu aku kepitkan dikaki menahan sakit.
"okay tak? " Mingyu menyentuh tubuh belakang aku seraya menunduk menyamakan aku yang sedang bongkok.
"pedih"
Aduh aku. Pergelangan tangan aku Mingyu tarik biasa dan melihat. Aku hanya diam memandang periuk yang senget sebelah. Haih, nasib baik tak tumpah mee tu.
Jantung aku sudah laju mengepam kesan dari Mingyu yang menyentuh lembut pergelangan tangan aku.
"pedih lagi tak? "
Aku hanya mengangguk tatkala dia menanya aku matanya bertembung dengan mata aku. Susah sangat aku nak jumpa dia jaga aku macam ni.
Terus dia menerik aku pergi ke singki. Pili paip dibuka. Kemudian dia kenakan jari aku dengan air yang turun dari corong paip.
"tunggu sini"
Dia tinggalkan aku dan pergi ke arah peti ais. Beberapa ketul ais diambil dan letakkan diatas kain yang masih bersih kemudian dia memanggil aku untuk menghampirinya.
"pegang ais ni, duduk sini diam-diam. Biar aku yang siapkan makanan ni" Mingyu terus berlalu pergi periuk yang sudah surut panasnya dia bawa pergi ke singki dan toskan mee tersebut.
Jjajangmyeon akhirnya siap. Jari aku juga sudah mengecut sedikit. Selesai mengemas bapur aku dan Mingyu terus menjamah makanan tersebut.
"kenapa awak balik lambat tadi? Biasa balik pukul 4 tapi tadi awak balik pukul 5.30. Ada apa-apa ke dekat pejabat? "
"tak perlu sibuklah urusan aku. Lagipun kalau aku balik awal buat apa. Nak hadap muka kau? Kalau cantik tak apa juga" tersentak aku oleh kutukkan dari Mingyu.
Memandangkan mee yang ada dalam pinggan aku sudah habis jadi aku terus pergi ke singki membasuh pinggan dan pergi ke ruang tamu. Nak naik bilik tapi nanti jumpa Mingyu lagi. Lebih baik pergi ke ruang tamu tengok tv.
"cakap sikit sentap. Sekejap lagi menangis lah tu"
"Mingyu, kalau saya cakap. Awak ni hodoh macam pengemis. Tak laku awak suka? "
Mingyu terdiam. Riak mukanya sudah menunjukkan yang angin dia sudah datang. Melihat Mingyu yang menahan amarah terus sahaja aku pergi ke ruang tamu begitu sahaja.
YOU ARE READING
{C} House Of Card .S1
RomanceTekejut. Ya, aku terkejut. Bakal suami aku hilang entah kemana. Dulu dia yang beria-ria. Janji manis bagai. Tapi dia yang hilang entah kemana? Mesej tak di balas apatah lagi di telefon langsung tak diangkat. Buntu. Aku buntu, siapa yang sudi nak ga...