6

135 11 0
                                    

Keluar sahaja dari tempat kerja Mingyu aku terus pergi kedai berdekatan. Kedai makan yang nampak menarik itu aku tuju.

"saya nak ttetoboki dengan ais lemon satu"

Aku hanya duduk sambil memerhati pelanggan lain yang datang singgah ke kedai tersebut. Nak main telefon bateri dah habis. Duduk jelah dekat sini.

Selesai menghabiskan makanan yang dipesan tadi aku pun keluar dari meja makan dan pergi ke arah kaunter.

"eh, aiskrim... "

"saya nak blueberry oreo ni satu"

Selesai membuat bayaran aku pun keluar bersama secawan kecil aiskrim. Tersenyum aku apabila aiskrim cair di dalam mulut.

"Seok jin..."

"Seok jin! " dia menoleh apabila aku memanggil namanya. Dia yang hendak pergi ke arah kaunter terhenti lalu memandang aku dengan pandangan yang terkejut.

"Seok jin, awak pergi mana Seok jin?! Kenapa awak hilang masa hari perkahwinan kita! Awak pergi mana? Kenapa awak buat saya macam ni!" aku marah tepat dihadapannya.

"saya telefon awak! Saya mesej awak! Tapi awak langsung tak angkat! Bukan setakat tak angkat, mesej saya pun awak tak reply. Awak buat saya ni macam orang bodoh awak tahu tak! Mana janji awak Seok jin! " air mata laju mencurah-curah.

"awak tipu saya! Awak tipu! Awak tahu saya tak suka orang penipu tapi awak tipu saya! " aku menangis semahu-mahunya. Pandangan pelanggan lain aku biarkan sahaja.

"sebab awak saya terpaksa kahwin dengan orang yang saya tak kenal malah cinta! Awak jahat Seok jin! Penipu! Awak buat saya makin benci dekat awak! " aku nangis menunduk.

"nana... "

"dengan siapa awak keluar? Siapa perempuan tu?! Siapa?!"

"is... Isteri sa... Ya. Isteri saya"

"awak tinggalkan saya sebab dia! Awak tinggalkan saya sebab dia! Kalau awak tak suka saya. Awak sepatutnya cakap awal-awal! Bukan diam. Saya ada hati seok jin ada perasaan. Saya berdiri dekat pelamin tu sorang-sorang tunggu kehadiran awak macam orang bodoh dekat situ tapi awak boleh lari kahwin dengan perempuan lain. Lelaki jenis apa awak ni! "

"saya terseksa Seok jin. Sebab awak saya kena dera dengan suami saya sendiri! Saya sengsara Seok jin! Hati saya sakit! Saya tak sangka yang awak sanggup buat saya macam ni"

"kalau saya tahu perangai awak macam ni dari dulu. Saya tak akan terima lamaran awak. Terima kasih Seok jin terima kasih. Terima kasih sebab dah hancurkan hati saya. Terima kasih sebab dah hilangkan rasa cinta dan sayang saya pada awak. Tahniah atas perkahwinan awak"

Aku terus berlalu pergi dari kedai tersebut. Air mata aku kesat. Perasaan yang terus membara aku cuba tahan.

"nana sekejap... "

"apa lagi! Awak nak apa lagi?! Tak cukup awak dah buat saya macam ni! Tak cukup!"

"jangan cari saya lepas ni! Awak pergi dengan isteri baru awak dekat sana! Dia lagi penting dari isteri tak jadi awak ni.kita putus tunang"

Aku terus meninggalkan dia yang berdiri kesal disitu setelah memberi cincin yang diberi olehnya kepada aku. Aiskrim cawan yang dibeli tadi aku buang ke dalam tong sampah. Terus hilang selera rasanya bila bertemu lelaki yang tak menghargai wanita yang ada di depan matanya.

Sampai sahaja dipejabat Mingyu. Aku terus masuk ke dalam bilik pejabatnya kasar dan duduk ditempat yang aku duduk sebelum ni.

Mingyu yang tadi hendak bersuara terdiam apabila ternampak isterinya yang tiba-tiba sahaja masuk sambil menangis.

"dah kenapa menangis pula dia ni"

Walaupun aku selalu dera dia dirumah sampai dia menangis. Tetapi bila dia tiba-tiba menangis tanpa aku tahu apa sebabnya rasa juga kesian aku pada dia.

Sampai terbatuk-batuk dia menangis. Nak sahaja kaki melangkah ke arahnya dan bertanya kenapa. Tetapi aku hanya diam dan kembali membuat kerja.

Cepat siap, cepat balik.

Aku regangkan badan yang sudah 6 jam duduk di atas kerusi menghadap alat yang bercahaya itu.

Aku memandang isteri aku yang masih lagi tersedu-sedu. Teruk sangat sedihnya, aku pukul dia pun tak adalah sampai menangis tersedu-sedu macam tu. Aku mengeluh seketika sebelum komputer ditutup dan pergi ke arahnya.

Haih, cuba berintonasi lembut. Cuba....

"hyuna bangun... "






{C} House Of Card .S1Where stories live. Discover now