"ibu! "
" eh nana!" terus ibu memeluk aku erat. Aku tersenyum lebar saat melihat ibu tersenyum juga.
"Mingyu mana? "
"Mingyu ada, tengah borak dengan sepupu dia kot. Dia suruh nana masuk dulu tadi" ibu mengangguk.
"kenapa tinggal saya tadi" aku menoleh ketepi. Mingyu. Aku hanya tersenyum biasa. Tidak seperti aku berjumpa dengan ibu tadi.
"nana dengan Mingyu pergilah naik dulu. Mesti penatkan" aku hanya menganggukkan kepala dan memegang pemegang beg roda.
"awak pergilah tolong ibu, biar saya yang bawa beg ni naik atas" aku memandangnya pelik dan hanya menganggukkan kepala sahaja.
Ouh, baru aku perasan. Sedara-mara datangkan. Mestilah kena buat baikkan. Jatuh saham pula nanti tengking-tengking aku.
"ibu nak nana tolong apa-apa tak? "
"aeh, kenapa tak naik. Bukan ke ibu suruh naik tadi" ibu kehulur-kehilir sibuk untuk majlis malam nanti.
"Mingyu suruh Nana tolong ibu"
"tolonglah lepas rehat. Haih, kamu pergi ruang tamulah. Tanya orang-orang situ. Dapur ni biar ibu dengan yang lain je uruskan" aku mengangguk dan pergi ke ruang tamu pula.
"nak nana tolong apa-apa tak? "
"aeh, duduk-duduk"
Aku sangkutkan rambut dibahagian belakang telinga lalu duduk dibawah. Baru sahaja melabuhkan punggung terus beberapa soalan ditanya.
"ni ke isteri Mingyu? "
"haah, ya" ramah aku.
"nama siapa? "
"Kim hyuna. Auntie boleh panggil nana je" aku tersenyum dihujung ayat.
"baiknya, untung Mingyu"
Aku tergelak palsu. Untung. Kena pukul, kena maki. Untung?
"Mingyu sweet tau orangnya"
Lagi sekali aku ketawa palsu. Sweet ya makcik? Sweet sangat sampai main pukul-pukul ya? Bertepuk-tampar. Manja gitu.
"apa lagi yang belum siap. Nana nak tolong boleh? "
"ni, tiuplah belon ni. Dah tak larat dah kita orang nak meniupnya" aku ketawa kecil. Dah tua, biasalah. Tenaga semakin kurang.
"beg berat nak mampus! Apa jelah perempuan ni bawa" Mingyu memegang belakang badannya.
Malas nak berehat aku pun turun kebawah. Sampai di pertengahan aku berhenti melangkah. Melihat figura Hyuna yang sedang bergelak ketawa bersama sedara-mara belah ibu dan ayah.
"ah, andwae! "
"apa ni, sokyun yang minta dekat omma dulu! Chae pergilah mintak dekat omma! "
Aku menoleh ke arah suara kanak-kanak tersebut."hei, kenapa gaduh-gaduh ni? "
"chae ni! Dia ambil belon sokyun!" bahu adik perempuannya ditolak kasar. Terjatuh budak tersebut.
"aeh!, kenapa awak tolak chae? " tubuh kecil chae itu diangkat oleh aku. Cuba memujuk dia dari terus menangis.
"sini, noona buat belon baru. Satu untuk sokyun. Satu untuk chae" aku menolak sokyun pelahan ke hadapan manakala chae masih lagi di dalam dukungan aku.
YOU ARE READING
{C} House Of Card .S1
RomanceTekejut. Ya, aku terkejut. Bakal suami aku hilang entah kemana. Dulu dia yang beria-ria. Janji manis bagai. Tapi dia yang hilang entah kemana? Mesej tak di balas apatah lagi di telefon langsung tak diangkat. Buntu. Aku buntu, siapa yang sudi nak ga...