23

175 10 0
                                    

         Masuk hari ni sudah sebulan Mingyu tak jenguk aku. Jujur, aku sudah mula rindukan dia. 

        Teringin juga nak menanya tapi disebabkan aku takut jadi aku hanya berdiam diri.

        Hari berpantang aku juga sudah habis. Aku sudah kembali seperti biasa. Aku malas nak duduk sini lama-lama jadi aku cakap dengan mama yang aku nak balik ke rumah aku bersama Mingyu semula.

       Walaupun aku tahu yang Mingyu sudah pun melepaskan aku. Tetapi aku tetap berkeras ingin pulang ke rumah aku bersama Mingyu juga.

       Kali ni aku pula yang hendak meminta maaf kepada Mingyu. Mungkin sebelum ni aku tak dapat berfikir dengan betul disebabkan keadaan aku yang baru sahaja lepas keguguran. Tapi kali ni tidak. Aku tahu yang aku sudah melampau.

        Awal pagi lagi aku sudah bangun untuk bersiap. Pesanan ringkas juga telah dihantar oleh Mingyu seawal 7 pagi.

       Sekarang jam sudah menginjak pukul 10 pagi. Kelibat Mingyu masih lagi tidak aku lihat malah mendengar bunyi enjin kereta milik Mingyu.

       Aku mengeluh. Baru akau faham erti menyesal. Mungkin Mingyu tak nak ambil aku. Air mata sudah bertakung menunggu tumpah.

      "Mingyu... Saya minta maaf-"

Kleak!

       Aku toleh kebelakang saat bunyi pintu dibuka dari luar. Tubuh tinggi yang aku kenal terus aku hampiri.

      "Mingyu!"

      Tubuh tegap Mingyu aku peluk sedikit jengket kerana ketinggian aku yang hanya paras leher Mingyu.

        Mingyu menolak tubuh aku perlahan membuat aku sedikit tersentak. Baru aku sedar yang aku dan Mingyu bukan lagi berstatus suami isteri.

      "ha, dah sampai? "

      Suara papa dari atas menarik perhatian aku. Mingyu tersenyum kecil lalu menghampiri papa yang sedang turun dari tangga. Aku pula ditinggalkan dihadapan pintu begitu sahaja.

       "duduk Mingyu, minum"

        "tak apa, Mingyu nak cepat ni. Ada hal. Lagi pun Hyuna ajak sarapan dekat luar" Mingyu duduk seketika diatas kerusi di ruang dapur.

          "Hyuna ajak? " Puan Johyun menyoal terkejut manakala Mingyu hanya mengangguk.

        Ya betullah tu. Aku yang ajak. Sebab tak sabar nak balik sampai lupa aku dengan dia dah tak ada apa-apa hubungan...

         "Hyuna buat apa dekat pintu tu. Tak nak duduk sini ke. Kot ya pun tak sabar nak balik" papa menanya dan lebih kepada memerli.

◌◌◌◌

         "bye mama. Bye papa. Terima kasih jaga Nana dekat sini" pelukkan terlerai. Sempat aku memandang Mingyu yang membalas senyuman papa sebelum aku dan dia masuk ke dalam kereta.

        Kereta dihon seketika oleh Mingyu sebelum meluncur laju keluar dari kawasan perumahan.

       "nak sarapan dekat mana? " Mingyu menanya membuatkan aku sedikit tersentak.

       "kalau dekat kafe house of card tu boleh? " Mingyu hanya mengangguk.

       Sampai sahaja di hadapan kafe tersebut aku membetulkan seluar yang hampir terlorot dan rambut yang sedikit serabai.

       Maklumlah. Makan lauk pantang, kuruslah aku jadinya. Setelah selesai aku menghampiri Mingyu lalu tangannya disatukan bersama tangan aku.

       Aku dah niat dalam hati. Aku nak pikat Mingyu. Ya, mungkin kedengaran lawak. Tapi itulah apa yang aku nak.

     "sorry"

     Mingyu melepaskan tautan dan dia bergerak meninggalkan aku. Aku sedikit kecewa akan perlakuan Mingyu. Tetapi aku hanya bersabar dan beriaksi biasa walaupun hati dah membara.

      "awak nak pesan apa?"

      "waffle aiskrim vanila dengan dolgona kopi" pelayan itu mula menulis akan pesanan aku.

        "saya nak roti bakar dengan hot chocolate tu je" pelayan itu hanya mengangguk dan terus beredar.

        Keadaan aku dan Mingyu sangatlah kekok. Aku diam. Begitu juga dia. Jadi daripada terus diam macam ni lebih baik aku yang memulakan perbualan.

       "awak buat apa sepanjang saya tak ada dekat rumah? " Mingyu berhenti dari bermain telefon.

       "tak buat apa-apa. Pergi kerja. Balik kerja. Makan. Tidur. Lepastu ulang balik perkara yang sama" aku diam. Haih, Mingyu ni macam tak nak borak dengan aku je.

       Aku menjeling dia sekilas dan pandang ke tempat lain. Ha, merajuk ni merajuk. Tangan aku tongkatkan pada muka tanda protes dan juga bosan.

       Sekali-sekala aku memandang Mingyu yang tergelak seorang diri. Apa benda yang mencuit hati dia sangat pun aku tak tahulah. Dari tadi main telefon tak berhenti. Ada isteri barulah tu.

       "haih, Mingyu" tangan dia aku cuba raih apabila dia sudah tidak bermain telefon. Tapi ada sahaja halangan. Telefonnya berdering menanda ada satu panggilan masuk.

Soulmate 💜

           Mingyu terus mengangkat dan keluar dari kedai tersebut. Betapa hancurnya hati aku dengan nama yang Mingyu save tadi.

       Dia betul-betul dah tinggalkan aku.....

{C} House Of Card .S1Where stories live. Discover now