7

137 13 1
                                    

Aku tersedar saat seseorang menepuk bahu aku lembut. Mata aku kebilkan beberapa kali sambil mengelap kulit wajah yang melekit dek air mata dan menoleh kebelakang.

"Mingyu, kenapa? Sorry saya tertidur, nan pigonhae (saya penat) " aku berdiri perlahan menghadapnya.

"aku nak balik, kerja aku dah siap" Tas tangan milik aku yang berada di atas kusyen itu dia ambil selamba kemudian disangkutkan pada bahu kanannya dan keluar begitu sahaja.

Aku pula terus sahaja mengukutinya dari belakang.masuk sahaja di dalam lif aku dan dia hanya berdiam. Mata aku pula asyik sahaja terpejam kesan daripada menangis yang berpanjangan.

aku dan Mingyu mengatur langkah perlahan ke arah kereta yang dipakir oleh Mingyu tengah hari tadi. Masuk sahaja dalam kereta tas tangan yang berada pada pegangan Mingyu beralih pada peha aku dan dia memanaskan enjin kereta sebelum meluncur laju di jalan raya.

Sepanjang perjalanan yang dialui oleh kami, aku hanya memandang luar tingkap sahaja. Kejadian tadi betul-betul menghilangkan mood aku.

Air mata perlahan-lahan mengalir. Teringat akan katanya

"isteri saya"

Sanggup dia tinggalkan aku berseorangan dekat atas pelamin tu macam orang bodoh. Dia? Pergi lari kahwin dengan perempuan lain macam tak ada apa-apa berlaku.

Sebab dia aku terpaksa kahwin dengan Mingyu. Lelaki yang tak ada hati perut. Yang tak pandai hargai isteri.

"aaa! "

Beg yang ada atas peha itu aku baling sehingga terkena pada dashbord kereta milik Mingyu. Melepaskan geram yang terbuku dihati. Lelaki berwajah garang itu mula melihat aku dengan perasaan geram dan marah.

"engkau ni dah kenapa! Tak pernah guna beg ke! Kau ni dari tadi buat hal tahu tak! Aku sabar je dengan kau! Masuk bilik kerja aku"

"Mingyu awak boleh diam tak?! "

Mingyu terdiam. Matanya tajam mencerlung anak mata aku. Garang. Genggaman pada stereng kereta semakin kuat digenggam.

"kau ni kenapa ha? Kenapa? Apa yang kau tak puas hati dengan aku? " kepala aku disepak-sepaknya beberapa kali.

"kau saja jekan baling beg kau tu dalam kereta aku kan? Jawablah! Oi" pipi aku cuba dicengkam olehnya.

"Mingyu sakit! Sakit! Mingyu! Mingyu! Mingyu, kita dalam kereta ni!" aku cuba mengelakkan diri daripada terus dipukul olehnya.

"nasib baik lepasni kita balik rumah ibu tau, huh. Kalau tak... Memang kena kau balik rumah nanti.hancur muka kau aku kerjakan" aku terdiam menahan rasa sebak di dalam hati.

Sebab kau Seok jin! Sebab kau aku jadi macam ni!

"Nana, Mingu sini. Aeh, kenapa dengan Nana Mingyu? Terus naik masuk bilik? " ibu jalan menghampiri aku yang lebih tinggi darinya.

"merajuk dengan Mingyu tak dapat beli pavlova dekat kedai tadi" aku tersenyum memandang ibu yang sudah menggelengkan kepala.

"belikan jelah, kamu ni.... "

"haha, Mingyu naik dulu ya bu... "

Masuk sahaja ke dalam bilik kelibat Nana tak dijumpai oleh aku. Bilik air yang mengeluarkan bunyi pancutan air itu menandakan yang dia berada di dalam bilik air.

Keluar sahaja dia dari bilik air giliran aku pula yang masuk ke dalam bilik air untuk bersihkan diri.

Selesai menyarungkan baju pada badan. Aku pun keluar dari bilik dan turun ke bawah. Anak tangga aku jejak satu persatu. tidak lambat tidak juga cepat.

"nana nak makan? "

Aku menoleh dan menggelengkan kepala tanda tidak mahu. Dan selepas itu aku pun berlalu pergi mengatur langkah ke halaman luar rumah.

sampai di meja bulat untuk mengopi. Aku melabuhkan punggung dan baringkan kepala diatas meja tersebut beralaskan lengan.

Eee geram betul dengan Seok jin ni!

Kenapa dia sanggup tinggalkan aku semata-mata untuk perempuan lain tu! Bila masa entah diorang berbincang nak kahwin. Aku langsung tak tahu!.

Bunyi pintu yang diketuk dari luar aku bukak biasa. Jelas wajah ibu berada dihadapan aku. Senyuman manis aku beri kepada ibu.

"Mingyu, pergilah belikan pavlova untuk nana tu. Ibu ajak dia makan pun dia tak nak. Kesian ibu tengok dia" aku mengeluh seketika dan tersenyum.

"iyalah, Mingyu salin baju sekejap"



{C} House Of Card .S1Where stories live. Discover now