16

146 11 0
                                    

           Aku terjaga dari tidur. Lampu siling yang menyala terang itu membuatkan aku mengecilkan mata tanda silau. Perlahan-lahan aku cuba bangun dari tidur. Kepala yang terasa sakit aku sentuh.

        Serta-merta tangan aku menyentuh sesuatu yang melekat pada dahi.terasa sejuk sahaja. Coolfever? . Mungkin Mingyu yang letak. Aku demam ke?

        Lengan dan leher aku sentuh. Panas sudah surut sedikit. Aku aturkan langkah untuk turun kedapur. Jarum pendek menunjukkan sudah pukul 4 petang.

       Tv yang menyala membuatkan aku tahu yang Mingyu sudah pulang ke rumah. Kaki aku atur ke ruang dapur. Ingin mengalas perut yang kosong dari lagi tadi.

      Sekeping roti aku ambil lalu duduk di kerusi. Ruang makan.

      "asal tak panggil aku dah sedar? " tekrjutt kecil saat suara Mingyu menyapa. Peti sejuk di buka olehnya lalu segelas susu diberi pada aku.

       "saya ingat awak belum balik"

       "demam dah kebah? "

       "sikit"

       "mana coolfever  dekat dahi kau? "

       "saya cabut. Saya tak suka ada benda dekat kepala" Mingyu mendiam. Kemudian tangannya melekap pada dahi isterinya.

      "nanti makan ubat. Aku nak keluar ada hal"

      Mingyu mengatur langkah keliar dari ruang dapur. Terasa sunyi kembali apabila Mingyu menutup siaran tv. Bunyi pintu ditutup dan enjin kereta berbunyi menandakan lelaki itu sudah keluar dari rumah.

◌◌◌◌

       "ni, barang yang kau nak" sampul kertas berwarna coklat lusuh itu dicampak diatas meja dihadapan Mingyu.

       "ingat tak nak tolong aku... " jungkook diam. Dia menolak pipi dalamnya menggunakan lidah. Geram dengan Mingyu.

        "thanks. Aku gerak dulu"

       Di dalam kereta. Mingyu membuka sampul surat itu. Kemudian dia membaca setiap maklumat yang ada pada kertas tersebut.

      "okay, let's go your home"

◌◌◌◌

        "Mingyu? Awak buat apa dekat rumah saya? Dari mana awak tahu alamat rumah saya? " tanya Soora. Bekas tunang lelaki itu.

       "suami awak ada dekat rumah? Saya nak jumpa dia"

       "masuklah, nak hujan ni"

       "tak apa, sekejap je"

      "hmm, sekejap saya panggilkan Seok jin"

     "kenapa kau datang rumah aku ni? " Seok jin menghampiri Mingyu yang berada di pintu utama rumahnya.

      "kau punca Soora mengandungkan?"

      "apa kau cakap ni? "

      "kau letak serbuk dalam air tunang aku kan?"

      "serbuk apa? Aku tak fahamlah"

      "kau tak faham? Okay. Kau sebenarnya yang letak serbuk dalam air tunang akukan! Kau yang buat dia mabuk malam tu! Betul? Kau saja tak nak mengakukan!"

      "apa kau cakap ni? Aku dengan bekas tunang kau memang betul-betul terlanjur. Aku dengan dia mabuk! Kau tak puas hati kenapa? "

       "sebab dia tunang akulah aku tak puas hati! Aku nak balik hak aku! "

       "dia bukan tunang kau lagi! Perempuan mana boleh kahwin dengan dua orang lelaki! Soora mengandung anak aku. Kau masih nak mengaku yang dia hak kau?!"

      "aeh lantaklah! Kalau kau tak letak serbuk dalam minuman tu. Dia tak akan mengandungkan anak kau! Sebab kau. Aku mangsa kena kahwin dengan tunang kau!" hujan semakin lebat turun menyembah bumi. Tetapi mereka masih lagi berperang tekak.

          "hei, kenapa ni?!" jerit Soora. Dia menghampiri dua orang lelaki yang berada di pintu utama.

         "Soora! Dia letak serbuk dalam air awak! Sebab tu awak terlanjur dengan dia sayang! " jerit Mingyu.

          "awak ni kenapa?! "

          "saya dengan dia mabuk Mingyu. Kami berdua mabuk! Seok jin tak letak apa-apa pun dalam air saya! Dia datang selepas saya datang dekat club tu Mingyu! Saya mabuk terlebih dahulu baru dia! Jangan tuduh sebarangan Mingyu! Awak tak tahu apa-apa! Terima kenyataan yang saya bukan jodoh awak! Pergi baliklah! Isteri awak dekat rumah sana. Bukan sini. Dekat sini,  saya bekas tunang awak dan isteri orang!" Mingyu terdiam.

        "tak! Kau tipu! Kenapa kau nak belakangkan dia?!"

         "Mingyu saya kata balik! Awak tak malu ke datang rumah orang?! Ini kali terkahir saya cakap. Saya dengan Seok jin. Kami berdua mabuk. Saya yang salah. Seok jin tak letak apa-apa dalam minuman saya sebab saya datang terlebih dahulu dari dia. Saya keluar walaupun saya tahu saya tunang awak dan lagi beberapa minggu nak berkahwin. Saya minta maaf Mingyu. Sekarang balik" pintu ditutup kasar.

        Mingyu terdiam. Dia tidak dapat menerima kenyataan yang Soora bukan menjadi milinya malah menjadi milik tunang Hyuna. Isterinya.

◌◌◌◌

        "awak dah balik? " tanya Hyuna lembut. Mingyu hanya berdiam dan meneruskan jalannya tanpa sebarang riaksi.

        "awak nak minum apa-apa? Kalau nak saya boleh-"

        "diamlah sial! "

        Terhinjut bahu Hyuna jadinya. Dia memandang wajah Mingyu yang sudah merah padam. Bibitnya dikemam seraya menunduk.

        "kau tahu tak aku penat! Balik nak memekak je! Kau tak perlu nak sibuk urusan aku!" Mingyu menaikkan tangannya ingin menampar Hyuna.

         Melihat riaksi isterinya yang sudah diam. Dia terus matikan niatnya dan meninggalkan Hyuna diruang tamu berserorangan.

◌◌◌◌

        Mingyu keluar dari bilik. Ruang dapur dia tuju untuk bersarapan. Hyuna yang baru sahaja meletakkan caaan terus menuangkan secawan kopi lalu beri kepada Mingyu.

          "Mingyu... "

          "apa lagi? Boleh tak kau diam sekejap? Rimas tahu tak. Jangan buat aku rasa nak pukul kau pagi-pagi ni" Hyuna kembali berdiam diri. Tak jadi rasanya hendak sarapan bersama Mingyu.

           Terus dia keluar dari ruang dapur tersebut. Pintu utama dibuka sebelum dia mengatur langkah pergi ke halaman rumah.

         "Nana!"

        Baru hendak melabuhkan punggung namanya sudah dipanggil oleh sang suami. Dia kembali semula masuk ke dal rumah.

         "ya!"

         "kau buat apa dekat luar? Nak ngorat lelaki? " Hyuna menggelengkan kepalanya tanda tidak.

          "aku tak benarkan kau keluar rumah hari ni melainkan kau nak basuh baju dekat belakang rumah. Kalau aku tahu kau keluar siap kau. Faham tak? " Hyuna mengangguk pula.

        "Mingyu"

        "apa lagi aku nak cepat ni!" suaranya ditinggikan sedikit.

        "tak ada apa"

         "kalau tak ada apa-apa jangan panggil aku, faham?! Buang masalah kau ni!" terus Mingyu berlalu pergi dan masuk ke dalam kereta.

      

{C} House Of Card .S1Where stories live. Discover now