"kau dah berhenti kerjakan, gosokkan baju aku, aku nak keluar" baju kemeja biru laut itu dicampak ke muka aku."awak ni, bagi elok-elokkan boleh"
"apa kau cakap? "
Aku kembali senyap dan terus naik ke atas. Masuk hari ni sudah 2 bulan pekahwinan aku dengan Mingyu. Dan sepanjang 2 bulan tu Mingyu tak pernah layan aku dengan cara baik.
Aku berhenti kerja pun atas permintaan jin. Dia mintak aku jadi suri rumah dan jaga anak-anak. Tapi bila dia dah hilang macam tu. Rasa tak berbaloi aku berhenti kerja.
Walaupun mingyu kasar terhadap aku. Kami masih lagi menjalankan tugas sebagai suami isteri seperti biasa.
"aku ni tak zalim sangat sampai nak suruh kau tidur atas lantai, bilik lain"
Itulah yang dikatanya semasa aku dan dia sudah balik dari rumah mama.
◌◌◌◌
"Mingyu! " aku menoleh. Kemudian menghampiri meja bersebelahan tingkap itu.
"macam mana kahwin, okay? "
"macam tu lah Jungkook, tak ada beza pun. Cuma itulah, aku masih belum terangkan pasal hal ni dekat soora" aku mengeluarkan telefon pada kocek seluar. Kemudian seorang pelayan datang.
"latte ais satu"
"apa maksud kau belum terangkan dekat soora? " Jungkook menanya. Dia menyedut air kopi susu yang dipesan beberapa minit yang lalu.
"sebulan hari tu, aku telefon dia tak angkat. Lepastu masuk bulan baru ni bila dia dah jawab panggilan aku. Dia banyak mengelak. Dia lebih suka aku mesej dia daripada telefon. Sedangkan masa aku dengan dia dulu. Dia cukup marah kalau aku mesej dia. Dia lebih suka dengar suara aku"
"kau tak cuba siasat dia? "
"kau nak fikir dia curang belakang aku ke apa? Aku kenal dia dah lama Jungkook. Dia tak akan curang dengan lelaki lain. Dia tunang aku kot" Jungkook hanya diam mendengar jawapan dari Mingyu.
"isteri kau macam mana? "
"macam tulah, macam mana lagi"
"haih, kau ni... Jangan benci sangat isteri kau tu. Tak dapat apa-apa pun" aku hanya mendiamkan diri. Buat hal sendiri sehingga Jungkook menukar pada topik lain.
7.00 p.m
Akhirnya aku sampai di rumah. Enjin kereta dimatikan dan aku mengatur langkah keluar dari kereta menuju ke hadapan pintu utama.
Kelihatan Hyuna sedang berbaring di atas lantai yang beralaskan karpet bulu itu. Bosanlah tu.
"eh, Mingyu awak dah balik?"
Aku hanya meneruskan berjalan sehingga sampai ke bilik aku. Butang baju aku buka dan mengambil tuala yang disangkut pada penyangkut.
"Mingyu"
"buatkan aku air suam, sekejap lagi aku turun" kemudian aku masuk ke dalam bilik air begitu sahaja.
◌◌◌◌
"air apa kau buat ni? " air panas yang sudah dibancuh disiram tepat pada muka. Aku memejam mata menahan pedih pada muka dan juga dada."aku minta air suam, bukan panas sial. Kau faham bahasa tak? Tak faham? Ke nak aku ajar. Ha? " Mingyu menghampiri dapur dan mengambil cerek yang berisi air panas.
"Mingyu, Mingyu"
Aku cuba menahan tangan mingyu yang memegang cerek yang berisi air panas. Aku tahu niat dia.
"Mingyu, jangan Mingyu. Saya mintak maaf. Mingyu, ah! " aku menjerit kecil apabila air panas didalam cerek terkeluar sedikit terkena pada lengan aku.
Cerek panas itu dicampak pada lantai. Membuatkan air yang berada didalamnya tertumpah pada lantai.
"dah tahukan beza suam dengan panas? "
Mingyu menanya aku dan aku hanya mengangguk-anggukkan kepala."sekarang ni, aku nak kau bersihkan lantai ni. Dah siap, baru kau naik tidur" selepas itu Mingyu pun keluar dari kawasan dapur tersebut.
Aku hanya diam dan membuat kerja. Dapat aku rasa muka yang bengkak akibat dari air panas tadi begitu juga dengan lengan aku yang sudah kemerah-merahan.
Aku nak menangis tapi aku tahan.
Aku takut Mingyu dengar lagi teruk aku kena. Selesai mengemas aku pun naik memasuki bilik. Mingyu sudah berada di atas katil, tidur terlebih dahulu.
Terus kaki aku melangkah masuk ke dalam bilik air. Muka aku ditilik sendiri pada cermin. Merah habis ni. Kena pergi klinik mintak ubat sapu.
Tapi dengan waktu macam ni. Bukak lagi ke klinik? Sedangkan farmasi pun tutup awal. Kalau bukak pun belum tentu mingyu izinkan aku keluar.
Lama aku berdiri dihadapan cermin tandas itu. Tombol pintu bilik air dipulas dan aku menghampiri katil.
Kena baring menegaklah ni?
Tak sampai beberapa minit aku dah terlelap. Penat agaknya kena marah dengan mingyu setiap hari.
Mingyu tersedar apabila merasa kehadiran nana di bahagian sebelahnya. Dia berpusing ke kiri lalu bangun dari pembaringan.
Muka isterinya dipandang dengan penuh rasa kesian. Manusia apa je yang tak rasa kesian sedangkan haiwan pun panggil kawan-kawan dia yang lain bila kawan dia mati.
Tangan kanan isterinya diambil kemudian diusap lembut. Berkerut muka nana apabila Mingyu menekan kesan merah yang ada pada lengannya.
"agaknya kalau aku tuang air panas dalam cerek tadi. Lagi teruk muka dengan tangan kau" Mingyu ketawa kecil.
◌◌◌◌
"siaplah cepat, pergi klinik. Nanti penyakit lain pula yang datang" aku memandang Mingyu.
"kalau beli ubat je tak boleh? "
"eih!, dah cukup baik aku nak bawak kau pergi klinik kau tahu tak? " Mingyu menghampiri aku.
"kalau doktor tanya saya nak jawab apa? Tak logik kalau saya kata air panas tertumpah. Tak akan dapur kita tinggi sangat sampai muka saya ni melecur juga. Ke awak nak saya mengaku awak yang simbah? " entah dari mana, aku berani menyoal dia sebegitu.
"menjawab eih kau. Cukuplah kau dah menyusahkan aku nak pergi klinik untuk belikan kau ubat" jari telunjuknya menunjal-nunjal kepala aku.
" kalau awak rasa menyusahkan tak payah beli ubat dan saya tak minta pun"
Pang!
" kau tahu tak aku ni siapa?! Aku ni suami kau tahu! Aku dah elok layan kau baik nak bawak kau pergi klinik, kau menjawab dengan aku!" pipi aku lagi sekali di tampar.
"Mingyu sakit! Sakit! "

ANDA SEDANG MEMBACA
{C} House Of Card .S1
RomanceTekejut. Ya, aku terkejut. Bakal suami aku hilang entah kemana. Dulu dia yang beria-ria. Janji manis bagai. Tapi dia yang hilang entah kemana? Mesej tak di balas apatah lagi di telefon langsung tak diangkat. Buntu. Aku buntu, siapa yang sudi nak ga...