18

159 11 1
                                    

        "hahaha ada jelah engkau ni. Terima jelah. Okay je aku tengok" Mingyu ketawa besar saat mendengar cerita dari sahabatnya jungkook.

         "eee gila. Mati hidup balik pun aku tak terimalah. Kau kalau nak sangat. Kau kahwinlah dengan dia. Aku tak nak" kepala jungkook digelengkan tanda tidak mahu.

        "aku dah ada isteri kook-"

        "eh sedar pula kau. Ingat tak sedar. Saja aku kenakan kau tadi. Sangkut pula. Tapi memang betullah aku tak nak lahwin dengan perempuan tu. Aku lebih rela tunggu hye ki yang tengah belajar kat luar negara tu" Mingyu terdiam.

        "okaylah aku balik dulu" jungkook hanya bergumam dan Mingyu terus meninggalkan jungkook yang masih sibuk menyelesaikan kerjanya.

◌◌◌◌

          "nana aku pergi tandas kau sekejap eh. Bona ni berak pula" aku ketawa kecil apabila isteri Seungkwan berkata sebegitu. Terus tubuh kecil Bona diangkat.

          " Jungrok dah berapa tahun? " kepala budak kecil itu diusap oleh aku.

           "empat" aku tersenyum kecil. pandangan aku beralih pula pada Seungkwan yang hanya tersenyum melihat anak lelakinya.

         "ada apa kau datang sini? "

         "saja. Ingat nak borak dengan kau... Mingyu sekali. Tapi Mingyu tak ada pulakan.. "

        "siapa suruh datang tak bagitahu. Memanglah. Sekejap lagi Mingyu baliklah. Dia paling lambat pun pukul 8 dah sampai rumah" jam yang tersangkut di dinding aku pandang sebelum mengalihkan perhatian kepada Jungrok pula.

◌◌◌◌

        "eh telefon siapa ni? " jungkook mengambil telefon berjenama itu kemudian dihidupkan. Terlihat sahaja gambar Mingyu menjadi latar belakang telefonnya dia sudah tahu telefon itu milik kawannya.

       "kena hantarlah ni. Nasib baik aku dah habis kerja" terus telefon lelaki itu di masukkan di dalam kocek manakala telefon Mingyu dipegang sehinggalah dia masuk ke dalam kereta telefon Mingyu diletakkan di atas tempat duduk penumpang.

◌◌◌◌

        "aku buat air sekejap" Hyuna bangun dari duduknya. Baru sahaja beberapa tapak  dia hampir jatuh kebawah semula.

       "eh kau okay tak ni? " Seungkwan menanya.

       "aku okay. Pening sikit" sekali lagi dia cuba berjalan. Makin menjadi pula sakit pada kepalanya.

        Terus tubuhnya ditahan oleh Seungkwan. Takut lelaki itu kalau tiba-tiba sahaja isteri kawannya jatuh pengsan.

     "kau duduk-"

      Pintu terbuka dari luar. Mingyu baru pulang dari rumah. Pegangan pada pinggang Hyuna terus dialihkan oleh Seungkwan.

       "kau buat apa dekat rumah aku ni, Seungkwan? Dengan isteri aku pula tu" Mingyu meletakkan kunci keretanya diatas meja sedikit kasar.

       "eh kau jangan salah faham Mingyu. Aku cuma-"

       "cuma apa? Cuma nak try isteri aku? "

       "eh bukan-"

       "yang kau ni? Dah tak ingat suami? Baik kau kahwin je dengan Seungkwan ni kalau nak bergayut dengan dia!" Seungkwan terdiam. Dia sendiri buntu nak cakap apa.

       Anak lelakinya pula sudah memandang adengan tersebut. Suasana menjadi tegang. Pening yang semakin mencucuk dikepala ditahan oleh Hyuna.

     "tak Mingyu. Dengar apa yang saya nak cakap-"

      "cakap apa?! Aku dah nampak tadi! Kau saja je buat pening macam tukan?! Kau nak laki orang ni peluk kau kan! Hah, baru aku tahu kau lagi murah dari Soora"

      "eh apa kau cakap ni Mingu. Dia isteri kau lah!" Seungkwan agak terkejut dengan tuduhan dari Mingyu kepada isterinya.

      "isteri apa macam ni! Murah sangat bagi badan dia dekat kau!"

      "Mingyu isteri kau! -"

      "tak apa Seungkwan. Tak apa. Thanks. Aku pergi buat air sekejap. Kau boraklah dulu dengan Mingyu" perlahan-lahan langkahnya cuba diatur.

        "siapa suruh kau pergi?! " bahu perempuan itu ditolak oleh Mingyu. Terjatuh Hyuna pada kusyen yang tersedia.

      "dia dah pegang kau. Kau nak buat air untuk dia pula! Lepastu apa lagi?! Letak pil dalam minuman dia?! Huh,  kalau dah murah memang-"

Pang!

         "saya minta maaf sebab dah tampar muka awak. Saya bukan nak kurang ajar tapi cara awak tuduh saya memang dah melampau Mingyu! Saya ni isteri awak tahu. Sanggup awak tuduh isteri  awak sendiri murah! Awak tanya tak apa yang  jadi sebelum tu?! Awak tak tahu apa-apa jadi jangan tuduh melulu! Saya pening Mingyu! Bukan sengaja saya nak Seungkwan peluk saya! Saya tahu dia dah kahwin. Dah ada anak dua orang! Saya tahu Mingyu! Saya masih tahu batas saya!" Mingyu menggenggam penubuk.

      "pening tu kau boleh je buat-buat! Kalau kau dah tahu Seungkwan dah beristeri. Mana isteri dia?! Huh. Nampak sangat kau sengaja panggil dia datang rumah! Kau tahu tak! Aku tak pernah anggap kau isteri aku! Sikit pun tak pernah! Jadi untuk peringatan kau-" terus lengan Hyuna ditarik bawa ke luar rumah.

      Sliding door  yang sudah terbuka dilalui oleh pasangan tersebut. Terus tubuh kecil Hyuna ditolak kuat oleh Mingyu.

Push!!

        "we Mingyu! " Seungkwan menghampiri Mingyu yang berada diluar.

       Ahreum yang baru sahaja keluar dari tandas terus menghampiri Seungkwan yang berlari keluar.

       "Hyuna!" jerit Ahreum. Jungrok yang berlari menghampirinya ditahan. Takut anaknya pula yang tergelincir masuk ke dalam kolam yang dalam itu. Tubuh Bona didukungnya kuat.

        "aunty!" jerit jungrok.

        "Mingyu apa kau buat ni! Isteri kau tak pandai berenang tahu tak!" Mingyu hanya memandang Hyuna yang sudah menglupur meminta pertolongan. Tiada langsung perasaan takut atau kesian. Malah rasa kepuasan menguasai dirinya.

       "Mingyu! Hyuna lemas kau tahu tak!" jerit Seungkwan. Dia juga buntu mahu buat apa.

Push!

      Air merecik buat kali kedua. Terus tubuh Hyuna disambut oleh seseorang. Laju tangan Hyuna merangkul leher yang telah membantunya. Terbatuk-batuk apabila sudah diselamatkan oleh orang yang masih dia tidak kenali.

       "kau buat apa ni Mingyu! Kau gila ke! Macam ni ke kau layan Hyuna selama ni! Aku dah cakapkan kalau kau tak nak dia. Lepaskan dia! Kau bodoh ke apa!" jungkook menghamburkan amarahnya pada Mingyu.

       Mingyu sudah terdiam. Terkejut juga dia tadi tiba-tiba sahaja jungkook terjun dalam kolam renang untuk selamatkan isterinya yang hampir lemas.

       Jungkook yang masih berada di dalam kolam renang itu hanya memandang tajam kepada Mingyu. Tanpa menunggu masa dia terus bergerak ke arah Seungkwan. Tubuh kecil Hyuna diletak di atas lantai kemudian dia naik ke atas. Hyuna yang masih lemah itu dipapah masuk kedalam rumah.

       "aunty!"

       "jangan sayang. Aunty Hyuna tak sihat" ditahan tubuh Jungrok yang ingin mendekati Hyuna yang dipapah oleh Jungkook.

        "aku tak sangka kau buat macam ni dekat Hyuna. Aku percayakan kau selama ni. Rupanya kau sama je Mingyu" Seungkwan terus masuk ke dalam rumah meninggalkan Mingyu yang masih berada diluar.

       "dah jom kita balik. Lain kali jelah datang sini"





       

     

{C} House Of Card .S1Where stories live. Discover now