"sampai pun, nana mana? " Puan joora menanya anaknya Mingyu atau lebih dikenali sebagai ibu kepada Mingyu.
"nana ada dalam kereta. Sekejap Mingyu pergi dekat kereta" Mingyu tersenyum lalu menghampiri kereta Volkswagen arteon hitam miliknya yang terpakir elok di dalam rumah agam milik ibunya.
"cepat keluar. Kau jangan cakap yang aku pukul kau dekat rumah faham? Dah keluar cepat" Mingyu menunggu aku untuk keluar dari kereta sambil sambil itu dia tersenyum pada ibunya. aku pun keluar dari kereta perlahan-lahan.
"awak masuklah dulu. Beg, biar saya yang ambil" Mingyu memusap kepala aku. Wah! Mudahnya kau menipu ibu kau Mingyu.kalau ibu kau tahu Mingyu apa yang kau buat dekat aku, tentu ibu kecewa dengan kau. Aku hanya senyum dan menghampiri ibu sahaja.
"ibu, sihat? "
Sapa aku lalu memeluk ibu erat. Ibu yang tadi tersenyum mula pudar memandang aku hairan.
"nana kamu okay ke? Kenapa muka kamu ni? Tangan pun" aku terdiam memikirkan alasan untuk diberi.
"Mingyu yang buat ibu. Mingyu ingat nak gurau dengan budak ni tak tahu pulak air tu panas itu yang tersimbah dekat muka budak manja ni" aku menoleh. Budak manja dia panggil aku? Nak sayang-sayang pun tak boleh inikan lagi manja?. Dia yang berada di sebelah bersama dua beg roda itu aku pandang.
"lah, dah pergi klinik belum ni? "
Aku hanya mengangguk. Mingyu pula hanya tersenyum sambil mengusap-usap kepala aku.
"lebam bibir tu kenapa pula nana? "
"Mingyu tersenggul"
Aku dan Mingyu akhirnya masuk ke dalam rumah. Biliknya aku tuju. Mingyu pula masih lagi berada dibawah bersama ayahnya berbincang tentang syarikat milik ayahnya.
Aku kembali teringat akan kejadian perkahwinan aku bersama jin. Sampai sekarang aku masih lagi tak tahu kemana dia menghilangkan diri.
"kau buat apa dekat luar tu? " terhinjut bahu aku kerana sapaan mengejut dari arah belakang. Dia yang baru sahaja masuk ke dalam bilik ini aku pandang.
"saja ambil angin"
"aku nak keluar ada kerja. Kau tinggallah sini dengan ibu" Mingyu membuka beg rodanya. Lalu beberapa fail nipis yang dibawa dari rumah diambil.
"kalau saya nak ikut boleh? "
"buat apa? Kau nak pergi dengan muka bengkak macam tu? Kalau orang tanya. Kau nak aku jawab apa? " Mingyu memandang aku lalu menghampiri aku.
"hmm, tak apalah. Awak pergi jelah. Saya boleh borak dengan ibu awak nanti, tolong masak ke" aku tersenyum lalu masuk ke dalam bilik Mingyu.
"aku pergi dulu"
"okay"
Mingyu keluar dari biliknya begitu sahaja. Manakala aku duduk diatas katil dan baring pada cadar biru laut itu. 5 minit berbaring aku pun bangun dan turun ke bawah.
Kelihatan ibu sedang mengeluarkan barang memasak untuk makan tengahari kami sekeluarga.
"ibu nak nana tolong tak? "
Ibu menoleh memandang aku sambil tersenyum. Aku pula setia menunggu apa yang disuruh.
"kamu ambil 5 biji telur. Ibu nak buat telur gulung. Bahannya ibu dah potong nanti kamu tinggal masukkan je dalam telur tu" aku mengagguk dan mengambil 5 biji telur yang dipesan oleh ibu tadi.
"ibu masak apa ni? "
"ogokbap, ttetoboki, stew kimchi dengan telur gulung" aku hanya menganggukkan kepala. Dengar je sudah kecur liur. Apatah lagi makankan?
"nana"
Aku mengangkat muka. Mingyu? Bukan tadi dia dah pergi kerja ke? Tangannya diletakkan diatas meja. Menghampiri aku yang sudah terhalang dengan meja kabinet.
"pergilah siap, tadi kata nak ikut" Mingyu senyum ke arah aku. Tercengang terus aku dibuatnya. Garfu masih lagi setia aku pegang.
"ouh, oo.. Ok"
Aku pun naik ke atas bilik Mingyu dan mengambil tas tangan bersama telefon bimbit yang berada diatas cadar.
Di dalam kereta aku hanya diam begitu juga Mingyu. Bunyi radio yang bermacam-macam lagu dimainkan hanya masuk ke dalam telinga kanan dan keluar telinga kiri.
"nanti sampai pejabat aku, kau duduk je diam-diam dekat situ. Buat hal kau sendiri. Kalau kau sentuh barang aku. Dekat situ juga aku lempang kau" amaran yang diberi Mingyu itu aku telan dengan paksa.
YOU ARE READING
{C} House Of Card .S1
RomanceTekejut. Ya, aku terkejut. Bakal suami aku hilang entah kemana. Dulu dia yang beria-ria. Janji manis bagai. Tapi dia yang hilang entah kemana? Mesej tak di balas apatah lagi di telefon langsung tak diangkat. Buntu. Aku buntu, siapa yang sudi nak ga...