epiloge

228 10 0
                                    

✧══════•❁❀❁•══════✧

            "Min jae! Jin ae! Cepat sini turun! Buat apa lagi dekat atas tu?!" jerit Hyuna. Pelik kelibat anaknya masih lagi tidak kelihatan dihadapannya.

            "aigoo! Jinae! Kenapa main bedak!" jerit aku apabila masuk sahaja kedalam biliknya. Patutlah lama aku tunggu. Buat projek rupanya budak ni.

          "Minjae mana?"

           "wah! Ingggat mommy banyak duit ke nak beli barang kamu? Tahu tak kamu berdua ni dah lambat pergi sekolah. Yang pergi main bedak tu kenapa? Pergi mandi balik sekarang... " terus Jinae masuk kedalam bilik air bersama tuala.

        Manakala anak lelakinya berlari keluar dari bilik adiknya. Aku mengeluh kecil. Sejak ada dua orang anak ni. Kerap betul aku bersenam. Kemas tu kemas ni. Tadi baru sahaja siap menyediakan sarapan. Kali ni pula, kena kemas bilik Jinae yang penuh dengan bedak dimerata tempat.

◌◌◌◌

          Aku mengeluh seketika. Sementara menunggu Mingyu pulang kerumah sempat aku sediakan makan malam sekeluarga. Minjae dan Jinae aku pandang.

        Dua budak itu sedang berbaring sambil memandang skrin tv. Tidak lupa juga botol susu dimulut.

       "nanti lepas minum susu buat kerja sekolah" mereka hanya menganggukkan kepalanya sahaja. Tahun ni Minjae sudah masuk 5 tahun manakala Jinae sudah 4 tahun.

           Selepas kejadian beberapa tahun yang lalu. Mingyu banyak berubah tambahan pula hadirnya dua cahaya mata. Lagilah melebih-lebih aura dia.

            "mommy"

             "ya? "

             "tadi Minjae warna kartun dapat lima bintang! Cikgu bagi" aku membuat muka riaksi terkejut.

              "jinjja?! Wah daebak! "

             Ucap aku lalu memeluk Minjae erat. Tidak lama tu Jinae melepaskan pelukkan aku bersama Minjae.

            "mommy mommy, Jinae pun dapat lima bintang juga!" pandangan aku beralih kepada Jinae pula. Cemburulah ni aku tak peluk dia.

            "iya?! Wah pandainya anak mommy!" aku mengusap kepala Jinae lalu aku mengangkat tubuh Minjae duduk diatas ribaan aku.

           "mommy, mommy tak sayang Jinae ke?" aku toleh ke kanan. Jinae sudah menunduk hendak menangis.

              "sayanglah, kenapa?"

              "tadi mommy peluk Minjae sebab dapat lima bintang. Kenapa mommy tak peluk Jinae? Jinae pun dapat lima bintang" aku ketawa kecil. Ya tuhan budak ini....

             "alololo, sini meh mommy peluk. Mommy sayang semua anak mommy. Mana boleh sayang sorang je. Kenalah sayang semua. Dah lap air mata, daddy dah balik" laju air matanya dilap apabila nama Mingyu disebut oleh aku.

          "daddy!"

          Terus brerlari Minjae mendapatkan tubuh Mingyu. Aku pula berjalan menghampiri Mingyu bersama Jinae.

          "awak nak makan dulu ke mandi dulu" aku menanya.

          "mandi dululah, berlengas badan" aku hanya menganggukkan kepala. Minjae dan Jinae sudah kedepan semula dari tadi. Aku pula terus masuk ke ruang dapur untuk menyediakan makanan.

{C} House Of Card .S1Where stories live. Discover now